31 December 2013

Manisnya 2013 - Didie

Perkara terindah berlaku sepanjang tahun 2013 adalah kesempatan saya menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.Tidak dijangka saya akan ke Mekah tahun ini cuma menanam niat sahaja.Tak sangka Allah tunaikan sebegini cepat. Alhamdulillah rezeki. Saya juga telah diserap menjadi pekerja tetap dalam syarikat pada mei yg lalu.Penantian yang sungguh menyeksakan rasanya sebab menunggu saat-saat faedah syarikat layak digunakan selain merasa bonus kebaboommm itewww.Syukur sangat2! Yang paling best jugak, sudah tercapai hasratku untuk kembali ke berat badan ideal yang kuinginkan!Hahaha jangan jeles ye kawan2! Resepinyer selain makan vitamin Shaklee saya juga bersenam dan menjaga memilih makanan untuk dimakan!Baru rasa seperti sebelum menjadi ibu!Lalala

Manisnya 2013 - DarkWan

Buat pertama kali dalam tempoh 8 tahun kerjaya, aku berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri di awal tahun. Tanpa ilmu yang cukup di dada, cuma redah saja. Pengalaman manis, masam dan pahit, sudah aku rasa sebelum aku kembali bekerja semula ketika hujung tahun. Manisnya? Bebas seperti burung yang melungsur dari cenuram tinggi menghadap laut lepas dihembus dengan angin dingin.

Tahun ini juga aku dapat cahaya mata sulung. Dah tentulah, perkara paling manis untuk tahun ini untukku. Celik mata dan melihat zuriat sendiri di samping, perasaan sukar digambarkan dengan kata-kata, cuma dapat difahami oleh  mereka yang juga bergelar ibu dan bapa.






Manisnya 2013

2013. Banyak yang manis, dan masih lagi menanti yang paling manis akan berlaku – sehingga saat-saat akhir tahun nanti. (Ketika saya menulis, ada 4 hari sebelum tahun 2013 berakhir jadi saya tak boleh kata yang paling manis sudah berlaku)


Menceburi perniagaan MLM (Shaklee) secara kecil-kecilan di dalam talian (online) adalah antara yang paling manis pada tahun ini. Tak sangka, tapi tak kesal juga. Alhamdulillah, mula mengecap manisnya.



Bulan terakhir 2013 saya menerima satu lagi berita gembira yang akan terus menjadi kemanisan selagi hayat dikandung badan di dunia dan akhirat nanti. Belum disahkan oleh pakar, namun boleh tersenyum dengan keputusan pemeriksaan sendiri.