04 March 2013

Hutang: Beban hidup

Hidup ini macam roda ferris wheel. Kadang-kadang kita diatas dan kebanyakannya banyak waktu kita habiskan dibawah. Sekali sekala bila dapat merasa duduk di atas dapat juga kita berpeluang untuk melihat beberapa perkara yang selama ini tak pernah untuk kita impikan. Perkara yang mungkin tidak dapat di lupakan adalah ketika waktu mula-mula bekerja dahulu. Sangat susah dengan upah bekerja yang sedikit, belum begitu pandai mengurus kewangan, dapat pula kad plastik. Kombinasi yang sempurna untuk mencipta hidup yang penuh dengan kesengsaraan. Hidup makin tertekan bila hutang semakin menimbun dan komitmen dalam hidup semakin bertambah. Tak termasuk hutang PTPTN sebanyak RM 80 ribu.

8 comments:

  1. "Duit duit duit... semua perlu duit.. kalau tak berduit... dunia rasa sempit.. perut pon melilit.. aa a aaaa aaa.." -- lirik nasyid yg pernah dinyanyikan oleh penyanyi hampir veteran Nassier Wahab. ekekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh. Nassier Wahab. Lama tak dengar nama tu hehehe.

      Delete
  2. kena atur strategi. nanti dah kahwin, kena menabung untuk anak setiap bulan dari dia kecil sampai besar. supaya tak perlu meminjam bila belajar, dan juga duit untuk support dia kahwin.(anak perempuan)

    kata sorang anak RM100 sebulan. kalau ada 4 anak, RM400 sebulan. (boleh kongsi2 bahagi2 dgn suami) by the time umur dia 18 tahun, simpanan dah berjumlah RM21,600...kira bolehlah nak belajar. kahwin tu, mungkin x berapa nak cukup. hahaha~ tapi kalau ada rezeki lebih, mungkin dilebihkan kepada masa depan anak2. tapi kena dirahsiakan supaya, dia sndiri pun kena belajar buat saving sendiri dari kecik. by the time dia nak kawen, "tadaaa...ni ibu ada duit simpanan sikit (kununnye). gunalah utk beli perabot, buat baju kawen dan sebagainya.." ceywahh..jauh pk..=P

    juga tak perlu menanggung situasi mcm saya. hutang PTPTN masih berjumlah sekian-sekian. nak kahwin, kena kerja dahulu. oh Tuhan, smoga murah rezekiku..dan kita2 semua..ameen~ huhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Yes..
      mari menabung untuk anak2!!

      Delete
  3. Tapi.. Kad plastik ajaib tu memang sangat ketagih laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

    Especially kalau Gi Shopping kat Bandung..
    Zaaaaaaaaaaaaas aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak ngat aih kak dani ni. hahaha~ parents dah awai2 warning "hang jangan amek kad kredit tuh..jangan"

      fuh. kalau amek, jadi derhaka gamaknya.

      Delete
    2. Aku pengguna kad plastik ajaib yang tegar. Tapi aku x pasti kenapa kat Bandung aku x guna keajaiban itu. Bila duit hampir kering, keluarkan duit Maybank (melalui BII) je.

      Hm .. aku sudah lupa kenapa. Banyak makan semut agaknya.

      Delete
  4. ptptn aku dulu 64k. fuhh~ lepas utang zaman blaja, sebuk tambah utang lepas keje.. dah la ada utang 9 thn.. pastu sain utang 30 thn lak tu.. pastu sebuk sain lg satu utang 7 thn.. omennn! adehh..

    ReplyDelete