21 March 2013

100 patah 2 baris



Salah satu elemen yang boleh menjadi faktor kepada kehidupan umat manusia yang harmoni
adalah empati.

Salah satu elemen yang boleh menjadi faktor kepada kehidupan umat manusia yang hancur
adalah ego.

Ego boleh bunuh empati.
Empati mati, hati jadi besi.

Empati boleh didik ego.
Ego yang terdidik hidupkan karisma yang macho.

Empati yang hidup buat manusia lebih ‘hidup’.
Empati yang hidup buat manusia rasa cukup.

Ego yang hidup kadang buat manusia dihormati.
Ego yang hidup kadang buat manusia hidung tinggi.

Kasih-sayang bersemarak pabila hidupnya Empati
Kasih-sayang beku sepi bahana Ego yang tak bertepi

Ego dan Empati.
Mana satu pujaan manusia berhati.

2 comments:

  1. Sambil baca entry ni aku terfikir
    Ape word melayu untuk empati

    ReplyDelete