Saya mengambil langkah radikal dalam pestrukturan hutang saya, saya membuat beberapa unjuran aliran tunai saya selama 5 tahun. Dan membuat objektif untuk menyelesaikan tiga hutang kad kredit. Saya masukkan beberapa pemboleh ubah iaitu kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi sepanjang pestrukturan hutang tersebut. Antara keputusan penting yang saya ambil ialah menukar kereta kepada pengangkutan awam, berpindah rumah dari rumah bujang ke rumah orang tua saya, dan membuat penolakan besar keatas lebihan gaji saya untuk pembayaran hutang. Percaya atau tidak, pernah untuk selama 6 bulan lebihan gaji saya setelah di tolak kos pengurusan hidup dan hutang, bakinya cuma RM 50.
Rahsianya adalah disiplin.
Dulu masa kami sorang yang kerja.. gaji memang slalu tinggal2 baki2 gitu aje..
ReplyDeleteKekadang negatif2..
Bila ada birthday ke perayaan ke.. Bayar dwit mara n bil2 sume half2 aje.. sekadar menunjukkan komitmen.. pastu the next month senak nak kaver balik..
Percaya dengan konsep, the more you give.. ikhlas.. the more you get..
(masatu takde istilah kad kredit.. sume cash..)
skarang adik dah kerja.. kami tong2 dwit bil rumah mak..
kami pun dah bersuami..
lega dah dari kesenakan dahulu kala..
Alhamdulillah
shopping online lajuuu jek skarang..
haish bahya!