07 March 2013

Sehari Seratus


Cuba bayangkan kalau seumur hidup ini kita boleh bercakap 100 patah perkataan saja dalam masa sehari. Tak lebih daripada 100 dan tak kurang daripada 100. Esoknya reset jadi 100 patah perkataan balik. Mesti terasa macam setiap perkataan itu sangat berharga kan. Automatik terus bertukar jadi Maybeline.

Kerana diri kata-kata mu begitu berharga.

Nak jawab ya pun terasa membazir. Nak jawab tidak pun sama terasa membazir. Terpaksa angguk kepala dan geleng kepala saja sepanjang hari. Nak marah ke membebel ke maki-hamun ke pun tak boleh. Sebab nanti terus habis 100 patah perkataan.

Lambat-laun.

Terus bertukar menjadi seorang insan yang berakhlak mulia.

3 comments:

  1. fuhh mmg konpem betukar jadik manusia berakhlak mulia sbb tanak sia2kan cakap benda mengarut

    ReplyDelete
  2. Kalau lah iye...
    Maka.. smerang akan macam entry "Bila Tubuh Berbahasa"

    ReplyDelete
  3. "Bila Tubuh Berbahasa" vocabnya memang khusus dan limited. mungkin juga bak kata kak Dani.

    mungkin juga 100 tu guna untuk berzikir saja.

    ReplyDelete