05 March 2013

Bila Tubuh Berbahasa



Selepas tamat SPM, aku merayau di pekan Alor Setar. Terlihat seorang lelaki dan seorang gadis di perhentian bas berkomunikasi dalam bahasa yang memikat walau memang sepatah gerakan pun aku tak dapat tafsir.

Bahasa tubuh. Bahasa penuh gaya dan ekspresi.

Aku perhati dan aku beranikan diri menyapa dengan kertas yang dah ditulis tapi takut-takut mahu bagi.

Lelaki itu terus malu dan diam. Gadis itu lebih mesra. Komunikasi berlangsung hanya antara aku dan gadis bermodalkan pensil dan kertas serta senyuman.

Azam aku, mahu belajar bahasa isyarat. Aku mahu selami dunia mereka, dan kongsi dunia aku. Biar tanpa batasan lagi.

Kita dan mereka.

3 comments:

  1. Aku tahu A - Z aje
    Masa muda2 dulu kalo dalam komuter balik dari Shah Alam ke KL.. spanjang jalan dok mengeja dengan Xai

    ReplyDelete
  2. kira ok la tu. dalam kepala ni ingat "i love you" ..dengan "Malaysia". hahaha..sungguh yg lain lupa. =_="

    ReplyDelete