09 March 2013

Roti Inti Milo


Sewaktu sekolah rendah duhulu, setiap kali cuti panjang hujung tahun mesti kami adik-beradik hendak balik ke kampung. Kampung kami nun di Kelantan. Yang bestnya adalah hujung tahun, mesti Musim Tengkujuh jadi kami boleh bermain air banjir. Abah Tok mesti buatkan kami rakit batang pisang. Di kampung, saya manja dengan Long Nah, Ibu saudaraku yang dikategorikan OKU. Tidak pada mata kami kerana hatinya besar, rajin dan tidak pernah marah. Waktu petang sejuk-sejuk selepas bermain air banjir, Long Nah pasti akan buatkan Roti Inti Milo untuk kami. Sekarang baru saya sedar, bukan mudah untuk mambuat Roti Inti Milo dengan hanya sebelah tangan

1 comment:

  1. baiknye long nah! aku baca pon tersentuh huhu...
    trus imagine buat milo pakai seblah tangan

    ReplyDelete