Showing posts with label 100 patah pekerjaan. Show all posts
Showing posts with label 100 patah pekerjaan. Show all posts

10 September 2013

Budi baik dibawa mati

Budi baik dibawa mati.

Bawak mati je ke? taknak appreciate masa idup ke?

hangin betul bila dapat berita ada department yang taknak buat keraian utk org yg nak berenti or tuka department atas permohonan sendiri. Kalau dipindahkan atas kehendak atasan, ada la majlis, tp kalau mintak tukar or benti keje takde majlis or hadiah walaupun org tu dah keje lama gila kat situ.

Macam bangang kan? gila emosi betul entry aku nie. Hahaha. tapi biar ah. tak kira. Saya tak puas ati!! ..takkan laa berkira sangat weh.. isk xpaham aku!

Disclaimer: bukan saya okeh yang nak sangat diraikan tuh! haha

30 April 2013

Virtual Office

Alhamdulillah, dah 2 minggu saya kerja dalam mode Virtual Office ni. Walaupun Cuma 3 hari seminggu, tapi terasa jugak syoknya tu, sebab saya memilih untuk VO pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Seperti hujung minggu yang panjang kan? Hari pertama tu, kurang selesa sebab duduk pun menumpang kat kerusi pendek colorful anak punya. Kerusi pun memainkan peranan penting untuk focus bekerja kan? Saya cuba guna kerusi kat meja makan pulak, tapi mula lah asyik rasa nak makan. Tak boleh jadi ni, malam tu juga saya beli kerusi baru, yang macam kat office.

Boleh gerak-gerak,
boleh sandar-sandar,
boleh pusing-pusing.

Kerusi manager.