08 January 2013

Ejen Rahsia



Semalam aku nampak lagi. Perkara yang sama. Jadi berkali-kali. Setiap hari. Bertubi-tubi. Timbul juga syak wasangka sesekali. Aku rasa mesti itu perisik di sini. Ejen rahsia, orang tua kata. Boleh tahan hebat juga komunikasi mereka. Tak pakai walkie talkie pula.

RFID agaknya.

Hebat teknologi mereka. Sejak zaman-berzaman gamaknya. Tak perasankah mereka diperhatikan sentiasa? Buta? Entahkan saja. Sesekali penat juga. Memerhatikan mereka. Setiap masa. Sampingannya tiada. Melanguk saja. Semata-mata.

Aku fikir bagus juga jadi seperti mereka. Kadangkala menadah juga tangan meminta kepadaNya. Tak dapat kepala, pinggang mereka pun bagus juga. Tertarik hati dibuatnya. Kan.

Hai, semut halus di dinding rumah saya.

10 comments:

  1. err,, tumpang tanya... RFID tu apa..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radio frequency identification

      Delete
    2. Ala.. macam dalam TouchnGo and MyKad tuh.. eh.. kan?
      Ha.. ye la kot..

      Delete
  2. kenapa font ko besar sgt huzaimatus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? ni kena tuka font kat blog neh.

      Delete
    2. Sebab.....
      semut nak bace!



      ahahha..
      ok aku dah kocikkan

      Delete
  3. ubat semut 3 peket 5 ringgit.open for order.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semut itam ke semut api

      Delete
    2. rumah aku tgh banyak semut now nih.. sebb tgh musim rambutan.. semut hitam tuh.. err.. tapi ekceli umah aku ada byk semut.. ada semut api (ni pun ada kategori.. semut api kecik.. semut api beso2), semut halus yg sakit giler bila gigit tu..nampak sgt manis2 belaka tuan rumah tu.. ehehe

      Delete
    3. apa2 semut pun boley.tabur celah2 dinding atau laluan die.dlm seminggu sudah clear.pasar mlm bnyk jual.itu ubat serbuk mcm kacang tumbuk bentuk die.ce terai

      Delete