11 January 2013

Lapar

Pukul 3:30 pagi. Lapar. Aku betul-betul lapar. Sebabnya, dah lama tak makan makanan ruji rakyat Malaysia. Hari-hari makan mee segera, perut pun segera lapar.

Sejuk. Musim panas yang sejuk, inilah San Francisco. Lagilah tambah lapar.

Ah, dapat makan makanan sampah pun jadilah sementara menunggu sarapan pagi. Kasar benar bunyinya. Baiklah, junk food ya, pembaca-pembaca yang budiman.

Turun dari katil, keluar pintu dan turun lif. Eh, lupa bawa dompet. Ulang semula proses sebelum ini. Habis 30 kalori dan lemak-lemak berlebihan dalam badan.

Pergi vending machine. Cucuk kad kredit. Ini negara kapitalis, semua benda pun plastik.

Ni nak makan apa ya ?




5 comments:

  1. Kat opis aku antara item yg diletak dlm tu is vitagens. kul 11pg letak..kul 12 licin.. sumer kelaparan kutt.. ekeke..tapi ramai beli tapau bwk blk utk anak2..pasal cheaper.. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnye!! Kalau la itd ada benda gitu..

      Delete
  2. Lokasi tu tak boleh tahan tu..
    ni kat sane la eh Dop?

    ReplyDelete
  3. aku tak penah tgk mesin ni yg terima cc. wowee...

    ReplyDelete