31 March 2013

Hak Peribadi

Hak peribadi

Sesetengah pihak mengerti dan menghormati hak peribadi pasangan masing-masing. Berbekalkan rasa percaya dan yakin bahawa pasangan adalah jenis yang setia, tu semua takkan jadi masalah.

Tapi lain pula keadaan pada sesetengah pihak lain. Mereka mengganggap pasangan harus berkongsi segala username dan kata laluan untuk akaun-akaun peribadi ; khususnya berkaitan ‘social networking’ @ hubungan so..sial. Opss! Sorry.

Saya berbeza. Saya menghormati hak peribadi pasangan (atau BAKAL pasangan). Tapi sekali kepercayaan ini terkoyak, jangan harap saya akan percaya sekali lagi. Tak kuasa la nak geledah telefon bimbit bijak mereka, komputer peribadi, beg duit, dan segala kepunyaan mereka tu.

Anda bagaimana?

30 March 2013

Soklan yang Berprasangka

Kiah: Tijah beli kereta baru color apa?
Tijah: Hitam
Kiah: Laaa kenapa beli color hitam?! Tak menarik langsung
#Judging  You don’t know what is good and what is bad for that person.

Kiah: Kereta tuh brapa  ribu? Color hitam lagik murah ye?
Tijah: ....
#Assuming - Never assume anything, in fact never assume at all.

Lebih sentap kalo ditanya camnie:
Kiah: Tijah beli kereta aper?
Tijah: Ferrari
Kiah: Seriously? Gaji you sampai skang tak cukup beli Lamborghini ker?

Janganlah jadik pembunuh syukur orang lain. Elok2 orang tuh dah syukur dengan apa yang dia ada, tapik biler di tanya soklan2 camnie boleh membuatkan orang tuh jadik conscious dan low self esteem. Tabaik. #selfnote 

29 March 2013

HFMD


Biar aku citer sket pasal penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFM Disease)

Ianya virus. Bila virus, tak boleh diberi antibiotik. Akibatnya, makin menjadi-jadi rashes. Ubatnya hanyalah banyak minum air.

Symptomnya demam, ulser, dan rashes di tangan dan kaki.

Kanak-kanaklah paling mudah dijangkiti, tapi HFMD nih mudah dirawat.

Kalau dewasa yang dijangkiti, maksudnya antibodinya memang lemah.

Nasib Puan Dani lebih malang dari tu. Dia bukan setakat diberi antibiotik, malah Steroid, menjadikan virus makin mencanak-canak riang lari laju, rashes menjadi ganas dan terbakar. Kulit seperti melepuh. Pergerakan terbatas.

Wad 607 la jawabnya ketika ini. Hadi plak bergembira sakan tanpa Mummy & Papa.

28 March 2013

Er.. En. M


Anak kami payah sikit untuk tidur pada waktu malam sebab kepanasan. Dia mesti gelisah sebab tido berpeluh. Kami pun pergi menempah air-cond.

Selesai air-cond dipasang di dalam bilik kami. Suamiku En. M pun pergilah kerja. Kebiasaannya En. M memang akan pulang lewat dari kerja. Dia memang seorang yang agak berdedikasi dan komited dengan kerjayanya.

Sewaktu makan malam aku mendapat panggilan darinya, 

“B, Hadi ok?”
“Ok je. Suka dia air-cond tu” ujarku.
“Oh ada lubang bawah pintu tu B kena tutuplah.” pesannya.
“Lubang?”
“Ala ada ruang bawah pintu tu, B cari la storyboard ke guna untuk tutup.”
“Storyboard?”

Aku cam… Er..

27 March 2013

FF Selebriti Malaysia: Ish EL nih!


Aku penah minat ngan Elfira Loy sket masa dulu. Bile dia team up ngan Ajak Shiro, aku rase team nih memang funny and sempoi.

Tapi bile selalu sangat dapat imuniti and mengade manje terlebih, aku rase makin meluat. Sama meluat cam tengok Gambit.

Mebbe sebab dia muda, comel, kecik, so dia nih cam buleh diterima as kanak-kanak ribena. Tak heranlah kalau kemesraan tu kelihatan seperti mengade-ngade dan terlebih-lebih plak.

Hakikatnya, EL nih masih kebudak-budakan. Logik je Ajak layan dia cam adik-adik gitttewwwww.

Kalau ditanye, konfem lebih kurang jawabnye "Dia cam adik je bagi saye, tak lebih dari tu. Janganlah fitnah"

26 March 2013

A Little Singing Bird



Lirik seseorang di perantauan. English is not my forte. Dia excellent. Jadi, aku culik status fb-nya, lalu mengiramakannya gaya aku.

"A songbird stood on a branch nearby,
broke into symphony and unrestrained melody,
It jumped about, flew around, hoping that we could both soar,
And made me feel the same ever more,
But I could only smile,
and perhaps whistle, a little,
for I have neither the wings
nor the voice to sing.
If only gravity would let me be free,
If only what matters is just you and me."

Mengubati kerinduan begini kadang-kadang berkesan.



By : The Nagging Daughters

25 March 2013

Hutang: Rahsia kekayaan

Banyakkan bersedekah dan berzakat. Itulah rahsia kekayaan hidup seperti yang di jelaskan di dalam surah Al-Baqarah (ayat 261-262). Walaupun tak banyak namun yang penting pastikan ia ikhlas. Alhamdulilah, Allah telah memberi kelapangan di dalam hidup saya. Kalau rasa nak buat potongan zakat melalui gaji pun memang sangat di galakkan. Senang dan mudah. Nak lagi cepat buka pintu rezeki, menikahlah dengan segera kepada sesiapa yang masih bujang lagi. Insya Allah, akan di berikan kelapangan dan kemudahan. Untuk sepanjang tempoh kehidupan ini, saya panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah yang maha besar atas segala nikmat yang telah diberikan. Syukur! Alhamdulilah! 

24 March 2013

Pesta Buku 2013

 
Bagi mereka yang jauh diutara macam aku ni memanglah pesta buku tu mengujakan. Sanggup turun KL semata nak beli buku. Tahun lepas pesta buku aku histeria beli buku sampai demam  gara-gara usung buku banyak naik keretapi.

berbaloi sebab beli buku stok untuk setahun.

lama tak bertapa dikedai buku sambil beli buku. Sekali-sekali terjah kedai buku sebab nak hirup aroma buku.

Tahun ini aku kena pastikan ada simpanan yang cukup untuk borong buku masa KLIBF nanti.

26 April 2013.

Sekarang aku jual buah potong di kedai mak. pendapatan sehari RM20.

 Aku harap aku punya duit yang cukup untuk borong buku lagi





23 March 2013

Er.. Kawan ku yang sopan


Aku ade seorang kawan.

Dia memang seorang yang berbudi bahasa. Elok tutur kata bila dengan kekawan. Suka gelak jenis terbelahak. Putih gebu orangnya. Cuma dia nih kalut-kalut sikit yang juga menambahkan aset kecomelan dia.

Kat asrama kami ada Musollah yang biasanya digunakan oleh pelajar Tingkatan Satu.

Time solat Asar selalunya kami kalut ramai-ramai sebab balik dari prep nak kene siap mandi, solat dan ke dining hall untuk siapkan meja makan. Dalam pada reramai kalut nak solat Asar tuh, aku terlanggar sikit buntut kawanku yang sopan tersebut yang sedang rukuk.

“Opps, Sorry Sorry” sopan je dia punya bahasa.

Aku cam… Er..

22 March 2013

Er.. Kawan ku Dory


Aku ade seorang kawan.
Dia kekadang cam Dory sket. Short Term Memory Loss.

Masa time belajar dulu kitrang suke tengok wayang. Selain dari melepak berejam-rejam kat MPH sampai jurujual asik pandang ‘slack’ aje. Maklomla student. What more nerdy thing to do.

Satu ari tu teringin lak nak makan waffle kat A&W kat tepi wayang tu. Kitrang pun singgah. Sedapnye Waffle dengan ais krim. Nyum Nyum..

Selang beberapa minggu lepas tu. Kami pergi lagi tengok wayang hasratnye.

 “Eh Dani, aku pernah makan kat A&W tu dulu dengan kawan aku. Sedap aku tengok dia makan waffle dengan ais krim.

Aku cam… Er..

21 March 2013

100 patah 2 baris



Salah satu elemen yang boleh menjadi faktor kepada kehidupan umat manusia yang harmoni
adalah empati.

Salah satu elemen yang boleh menjadi faktor kepada kehidupan umat manusia yang hancur
adalah ego.

Ego boleh bunuh empati.
Empati mati, hati jadi besi.

Empati boleh didik ego.
Ego yang terdidik hidupkan karisma yang macho.

Empati yang hidup buat manusia lebih ‘hidup’.
Empati yang hidup buat manusia rasa cukup.

Ego yang hidup kadang buat manusia dihormati.
Ego yang hidup kadang buat manusia hidung tinggi.

Kasih-sayang bersemarak pabila hidupnya Empati
Kasih-sayang beku sepi bahana Ego yang tak bertepi

Ego dan Empati.
Mana satu pujaan manusia berhati.

20 March 2013

Mantera Kebal



Mari aku kongsikan ilmu rahsia.  Ini mantera lama. Tak percaya jangan amalkan. Silap langkah buruh padahnya. Nak amal, kena konfiden paling tinggi tahap jurujual MLM.

Ini ayatnya.

“Aku kan (nama musuh), bukan nak kata la. Tapi, (guna ayat sendiri di sini)

Contoh ayat.

Aku kan Senah, bukan nak kata la. Tapi, anak ko tu memang menggatal bukan main. Habis semua jantan dalam kampung ni dia goda”.

Perhatikan. Awal-awal lagi dah letak penafian. “Bukan nak kata la”. Kalau orang tu marah, cuma katakan “Eh, kan awal-awal lagi aku dah kata ..”

Itu bahasa Melayu. Kalau dalam Inggeris lagi ringkas. Sebut #justsaying.


19 March 2013

Pendam



Beras yang direndam lama-lama busuk jadi bedak sejuk. Ini benda baik.
Durian peram lama-lama busuk jadi tempoyak. Ini benda baik.
Ikan peram lama-lama busuk jadi pekasam. Ini benda baik.

Tapi, keserabutan dalam kepala dan jiwa peram lama-lama boleh bikin ‘layan blues’atau dengan kata lain, ‘jiwa kacau’.  Nak lagi champion, bom jangka masa. Anytime akan meletup menyebarkan tempias maut pada makhluk sekelilingnya. Ini tak baik.

Therefore, the power of storytelling adalah perlu dalam diri setiap manusia. Agar tidak menjadi pembuat bom atom. Janji, pendengarnya tepat kriterianya dan tenang pasti menyusul melaluinya.

Maka, don’t bottle up your problems. Speak it out smartly.

18 March 2013

Hutang: Penyelesaian

Saya mengambil langkah radikal dalam pestrukturan hutang saya, saya membuat beberapa unjuran aliran tunai saya selama 5 tahun. Dan membuat objektif untuk menyelesaikan tiga hutang kad  kredit. Saya masukkan beberapa pemboleh ubah iaitu kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi sepanjang pestrukturan hutang tersebut. Antara keputusan penting yang saya ambil ialah menukar kereta kepada pengangkutan awam, berpindah rumah dari rumah bujang ke rumah orang tua saya, dan membuat penolakan besar keatas lebihan gaji saya untuk pembayaran hutang. Percaya atau tidak, pernah untuk selama 6 bulan lebihan gaji saya setelah di tolak kos pengurusan hidup dan hutang, bakinya cuma RM 50. 

Rahsianya adalah disiplin.

17 March 2013

Nenek dan Ekonomi Terancang



Semua orang pun ada nenek. Kami panggil  nenek TOK (panggilan orang utagha)

Kedua-dua nenek aku ahli ekonomi

Aku mengemas meja lepas makan
 jangan buang lebihan kuah kari! Besok boleh buat cicah roti.

Aku menyapu sampah
 jangan buang getah tu, nanti boleh guna ikat apa-apa!

Aku beli kerepek buat kudap-kudap!
kenapa tak buat sendiri? Senang aja buat kerepek. Meh sini tok ajar.

Tok memang tak suka kalau kami beli-beli-beli sebab semua dia pandai buat sendiri. Jadi kalau balik rumah dia, sembelih ayam , kutip sayur di belakang rumah, petik limau untuk sirap limau! Patutlah selalu jumpa duit bawah tilam!

Ekonomi terancang!

16 March 2013

Mana pergi Pegawai Perhubungan Raja Belgium?


Seorang wartawan ditugaskan untuk mewartakan keberangkatan Raja Belgium, Raja Baudouin selepas lawatannya ke Detroit.

Dia cuba menghubungi Pegawai Perhubungan Raja tersebut di Hotel Sheraton di mana Raja Belgium itu dikatakan menginap.

“Maaf dia baru sahaja keluar”, ujar suara yang sopan. “Tetapi saya akan cuba mencarinya”.
Beberapa minit berlalu.

“Maaf saya tak dapat mencarinya. Boleh tunggu lagi? Saya cuba mencarinya lagi.
Selang beberapa minit lagi.

“Maaf sangat saya tak dapat mencarinya”
Dengan sabarnya wartawan tersebut bertanya, “ Kalau begitu bolehkah anda yang beritahu saya bilakah Raja Baudouin akan berangkat?”

“Ini Baudouin, kami akan berangkat jam 2.45 petang”

Best of Reader’s Digest 

15 March 2013

Jus Langit


Tahukah anda 75 peratus daripada badan kita ini sebenarnya terdiri daripada air?

Mestilah tahu kan.

Dan jika kita tiba-tiba ditimpa kesakitan dan penyakit itu biasanya adalah disebabkan kekurangan air di dalam badan. Dan selebih peratusnya itu adalah disebabkan semua ini telah ditentukan oleh Allah SWT (uiceh… insaf).

Dulu aku tak suka sangat minum air neng. Oh… air neng itu adalah panggilan untuk air masak. Orang zaman sekarang panggil sky juice. Aku rasa air neng ini tak sedap sebab tak ada perisa (perisa ke perasa ha?). Tawar hebeh kan. Tak menarik. Tak style.

Tetapi sekarang ini tidak lagi.

Jus langit hari-hari.