03 June 2013

Autocruise



Autocruise.

Itu kiasan kepada pemanduan tanpa sedar semasa pergi dan balik dari kerja.Tidak kira pemanduan kereta mahu pun motorsikal. Hanya mengambil masa kurang sebulan untuk otak kita menyimpan data-data laluan perjalananan, laluan touch N go atau smart tag, speed trap point, tempat perlu beri laluan, landmark tertentu, termasuklah lopak atau lubang yang perlu dielak.

Kita hanya terganggu apabila papan iklan bertukar wajah.
Kita mungkin akan tersedar pabila minyak sudah merah.
Kita rasa gundah bila nilai touch n go sudah rendah.
Lagi resah bila penumpang sebelah marah-marah.

Bagi yang tidak pernah merasai autocruise. 
Hati-hati lah. 

Otak anda mungkin sudah separa parah.

02 June 2013

Ini Cerita Tentang Minyak

Photo: Alhamdulillah, 677 Minyak Botol 2kg telah terkumpul.

Masih memerlukan 6,323 botol lagi sebelum 16 Jun 2013.


Ini cerita minyak
Bukan naik minyak atau harga minyak naik. Ini cerita tentang orang lain yang hidupnya tak macam kita-kita.
Perasan tak?
Kita bertungkus lumus kerja, bayar bil, beli kereta, beli rumah tak masuk lagi tudung, baju, kasut mahal-mahal. Ganjaran untuk diri sendiri katanya.
Sungguh. Tak salah langsung
Tapi sedar tak kita?
Berapa tabungan kita untuk akaun DISANA?
Tak nampak. Tapi ada.
Saya cuba mengajar diri untuk banyak memberi walaupun diri sendiri pun tak cukup sana dan sini.
Lalu menurut saya andai ini, saya kongsi dan ada yang sudi, ada yang memberi, semoga saya dapat persennya nanti.
JOM DERMA MINYAK!!!


01 June 2013

Peluang Keempat - Mukhlis

Tidak semua mempunyai peluang keempat. Malah kebanyakannya tidak mendapat peluang kedua sekalipun.

Mereka yang mempunyai peluang keempat, bukanlah dikatakan bernasib baik, tetapi lebih kepada anugerah kepada mereka yang terpilih. Mereka ini pasti mempunyai kelakuan yang unik, berbeza dan jujur, sehinggakan berkali-kali diberikan peluang sehingga keempat kalinya. Tapi andainya peluang keempat tidak digunakan dengan baik, hasilnya bukan sahaja  mendatangkan bencana, malah mungkin tidak mempunyai sebarang peluang selepas itu. Pada dasarnya, peluang kedua mahupun ketiga malah keempat sekalipun, amat besar nilainya, cume manusia selalunya menyalahgunakan peluang.

Aku tidak berhasrat untuk mempunyai peluang kedua. Kerana aku bersyukur dengan anugerah seorang isteri ketika ini.

Peluang Keempat - Dani

Macamana aku jumpa Isteri aku.

Mulanya masa kenduri kahwin Salim. Kalau kenduri classmate selalu jadi mini reunion. Aku perasan seorang awek nih tapi tak ingat siapa dia. Lepas riki-riki rupanya Marlina. Cun oh sekarang.

Kali keduanya masa Reunion Class of 1994. Reunion sekolah rendah aku. Dalam ramai-ramai aku spot lagi Marliana. Khabarnya masih single.

Kali ketiganya masa kenduri doa selamat Arwah Cikgu Mael. Err, takkan aku nak tegur masa tu macam tak sesuai.

Finally peluang keempat aku untuk approach Marliana, masa kenduri kawan baiknya Ayu. Tapi Marliana dah anak satu. Kecewa. Nasib baik Ayu ada adik, Zubaidah.. isteri aku sekarang.

Peluang Keempat - Didie

Dulu tidakku peduli permintaanmu. Mintalah sebanyak mana kali pun padaku jangan harap aku ingin melayanmu.

Dulu tidakku hirau kehebatanmu. Walau sehebat mana pun kau ada aku kisah?!

Tapi kenapa sejak akhir-akhir ini aku sudah berubah? Lain…inginku lain..ohhh tidakkkkk! Peluang pertama GAGAl! Cuba lagi peluang kedua juga GAGAL! 

Tidak pudar semangatku nampaknyer. Cuba peluang ketiga masih GAGAL! 

Kenapa ini terjadi? Ini semua gara-gara suamiku telah menginstall Candy Crush dalam ipadku! Aku jadi tertarik, terhasut dan tercuba permainan yang bukanlah baru dan sekarang aku menggilaimu wahai Candy Crush game!! 

Tolonglah beri peluang keempat untukku menang setelah berhari-hari stuck kat level yang sama!

Peluang Keempat - Mas

Kenapalah tajuk entry begitu kompleks sekali.. rasanya kalau cakap bebetul, peluang yang Allah kurniakan pada kita semua kat dunia ni lebih dari sekali, dua, tiga, maupun empat kannn? Hee.. Maka, nak tanak, aku pon kene gak laa gagahi diri dan start menaip entry peluang ke-empat nih.. 
Peluang ke-empat untuk mengumpulkan hadiah2 terkumpul iChat Emoticon.png (512×512) wakakakaka

Emmm.. ala… ala.. nk cakap apa la ni wehh??

Cakap pesenel things la ehh? Haha. Sure korang bosan :P

Peluang pertama = belajar kat IPT
Peluang kedua = pekerjaan
Peluang ketiga = mengumpul harta dunia
Peluang ke-empat = ??? jeng3x..

“Ya Allah, kurniakanlah peluang terbaek ye. Aminn”

Peluang Keempat - Fara

Teringat filem 80-an, “Darah Satria” lakonan Aman Shah. Kenal? Ada satu adegan yang Aman Shah balik kampung, syok2 tunggu awek idaman (lakonan Lydiawati) lalu depan rumah, tiba2 mak dia suruh angkat tong gas..  bila sampai semula di halaman, si-awek baruuu je berlalu.. terlepas peluang nak mengurat. Satu lagi, malam pertama lps nikah, dia dipanggil bertugas.. terlepas lagi!!!! ekekeke…

OK, serious.

Peluang bukan dinanti, tapi dicari. Terlepas sekali bukan penyebab berhenti. Ada akal dan kudrat, pandai2lah melihat. Pensil tumpul pun perlu diasah. Sekali gagal, carilah peluang kedua, bukan berserah. CARI. Lagi, lagi dan lagi…


Manalah tahukan, kejayaan ada pada PELUANG KEEMPAT?

Peluang Keempat - Awi



Kali ni aku ingin menulis tentang peluang bekerja. 

Secara pukul ratanya, aku telah berpeluang bekerja di empat tambah empat (sama dengan lapan) syarikat dengan industri berbeza. Bermula dengan bidang R&D kemudian masuk ke Heavy Machinery. Kemudian pergi pula ke Semiconductor sebelum masuk ke industri Solar

Itu baru empat peluang pertama. 

Empat peluang seterusnya, bermula dengan Automotif seterusnya ke Rail Industry sebelum ke Integrated Facilities Management dan sekarang terjun ke Petrochemical, sebahagian dari industri Oil & Gas

Bukan hobi menukar kerja tapi peluang yang Allah beri tanpa disangka-sangka.

Benarlah kata-kata bos aku lapan tahun dahulu.. “Work first, money will come later…”

Peluang Keempat - Adahuys




Wajah depan mata itu aku tatap sepuasnya. Dia yang pernah aku sayang, selalu saja buat hati aku tak senang. Tak pernah sekali sayang itu berbuah tenang. Makin lama hati aku sudah hilang rasa buat dia. Puas aku cari segala alasan logik dan mantik agar aku boleh rasa kembali nikmat setia.

Satu demi satu aku pertahan, hati ini sebagai gantian. Aku pujuk diri memaafkan setiap satu perbuatan. Hilang aku dimata bukanlah alasan untuk dia ambil ringan nilai seorang perempuan.

Aku dan dia, kami dan KITA. bukan lagi alasan. Pergilah, aku lepaskan kerana tak mungkin ada peluang keempat.


 aku  tak mampu bertahan.