31 July 2013

ramadhan raya random

Tak de topic nak tulis.. tapi untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini.. maka mari kite menulis secara random.

  1. kurang dari 2 minggu lagi nak raya.. cepatnye kan.. rase macam baru je 2/3 hari lepas mula puasa.. hmmm….
  2. shopping kompleks dah mula sesak dengan orang sebok nk beli baju and persiapan raya.. sampai ade yang sanggup korban solat jumaat.. hmmmm….
  3. Tak tahu kenapa param tahun ni sangat tak meriah.. tak tau la aku je yang rase camtu.. atau memang dah tak meriah…
  4. Untuk tahun yang ke-3.. raya aku kosong.. rindu nak raya dengan arwah mak… huhuhuh..


30 July 2013

Do'a

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al Amin (Panelis ‘Tanyalah Ustaz’ / Peguam Syarie)

Do’a yang Makbul: adalah do’a yang Allah akan makbulkan Cuma belum tahu bila.
Do’a yang Mustajab: adalah do’a yang on the spot Allah bagi


Waktu yang kita tahu Do’a Mustajab:
1. Malam awal Rejab
2. Malam Nisfu Sya’aban
3. Malam Hari Raya AidilFitri
4. Malam Hari Raya AidilAdha
5. Malam Jumaat


Waktu yang kita tak tahu bila Do’a Mustajab:
Malam Lailatul Qadr.


Take Note: Do’a yang diajar Rasulullah especially untuk malam Lailatul Qadr:


 “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau menyukai pemaafan, maka maafkanlah aku”

29 July 2013

Asal-usul Lailatul Qadr

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al Amin (Panelis ‘Tanyalah Ustaz’ / Peguam Syarie)

Sahabat Rasulullah bertanyakan bagaimanakah kita ni boleh beribadat sehebat nabi Sam’un Al-Ghazi? 1000 bulan. Selepas itulah turun Jibril membawa wahyu Allah yang di dalam bulan Ramadhan adanya 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Siapa Sam’un Al-Ghazi ni?
Dia adalah seorang nabi yang gagah dan seperti namanya, menjadi pengawal Gaza pada zamannya. Dia pernah ditangkap dan dibutakan mata oleh musuhnya dan ketika itulah dia berdo’a dan bernazar jika Allah membantunya dia akan berjuang untukNya tanpa henti selama 1000 bulan.


Secara perinci, baca sini: Lailatul Qadr: Tahukah Engkau

28 July 2013

QA Puasa bersama Dr. Sukki Bahagian 2/2

Q: Q: Hukum orang memasak yang merasa masakan dengan hujung lidah?
A: Kalau tak telan, makhruh. Kalau telan batallah.

Q: Orang mengandung dan puasa?
A:
  1. Kalau orang mengandung berbuka puasa kerana dirinya yang tak larat. Dia hanya perlu ganti puasa aje
  2. Kalau orang mengandung berbuka puasa kerana bimbang kan anak dalam kandungannya walhal dia sihat aje. Dia kena ganti puasa dan juga bayar fidyah.

Q: Macamana nak tegur orang yang puasa tapi tak solat.
A: Dengan lidah, cakap. Dengan perbuatan, bukanlah pukul dia. Tapi kalau dah tak berani sangat kedua2 tadi tu, Kita kena tidak redha dengan perbuatannya.

27 July 2013

QA Puasa bersama Dr. Sukki Bahagian 1/2

Q: Korek hidung batal puasa tak?
A: TIDAK. Batal puasa jika sesuatu masuk ke dalam perut MELALUI RONGGA TERBUKA.
Jari yang korek hidung tu keluar balik, tak sampai ke perut. Kalau injection ataupun letak eyemo kat mata.. kulit dan mata tak diertikan sebagai rongga yang terbuka. Tapi kalau guna nasal spray tu yang kita sembur masuk mulut tu batal aa.
 
Q: Orang yang tidak perlu qada’ puasa hanya dikenakan Fidyah sahaja?
A:
  1. Orang tua yang sedang sakit tua dan tiada kudrat nak ganti puasa dah.
  2. Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh dah. i.e kena makan ubat sentiasa.

26 July 2013

Puasa Melayu

Tazkirah disampaikan oleh Dr. Mohd Sukki @ Shauqi Othman (UPM / Panelis ‘Tanyalah Ustaz’ / Akademi Imam Syafei)

Puasa Melayu (Puasa Adat)
Orang yang berpuasa hanya mengikut rukun tapi tidak menjaga perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa. Rasulullah katakan orang sebegini sebagai berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga aje.
i.e. orang berpuasa tapi tak solat.

Ade 3 jenis orang berPuasa:
  1. Puasanya tidak sah dan dia mendapat dosa. Berpuasa tetapi tidak berilmu. Berpuasa tetapi masih melakukan kejahatan.
  2. Puasanya sah tetapi dia tidak mendapat pahala. Inilah Puasa Melayu.
  3. Puasanya sah dan dia mendapat pahala. Terbaek! Berpuasa yang berasaskan Iman.
 

25 July 2013

Apa itu Aidil Fitri olahan semula perkongsian Dr. Sukki @Shauqi Othman


Pernah tak korang terfikir..
Apesal Kalau Hari Raya Puasa ni dipanggil Selamat Menyambut AIDILFITRI?
AIDILFITRI?

Aku tak pernah.. selama ini.. haha.. aku terima aje perkataan tu.

Pastu Ustaz Sukki dalam tazkirah dia ada sebut.

AIDIL – FITRI
Kembali kepada FITRAH.

Apakah Fitrah manusia?

Petikan dari Surah AdzDzariyaat. Ayat 056
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu
.
 FITRAH manusia ialah menjadi hamba kepada Allah SWT.
Bulan Ramadhan bulan training. Sebulan kita berjaya train diri untuk membuat perkara baik, meninggalkan perkara mungkar. Bulan yang kita ibadat lebih dari biasa. Selepas sebulan, kita raikan AIDIL – FITRI

24 July 2013

RASA Terpanggil

Bila ada saja isu-isu semasa hangat diperkatakan di dada-dada akhbar, entah mengapa tiba-tiba kita pun RASA terpanggil nak cakap juga mengenai perkara tersebut di media sosial seperti Facebook, Twitter malahan di meja makan.

Entah mengapa, aku pun kurang pasti. Kalau Pak Menteri, Polis, Tok Penghulu, RELA ataupun paling-paling pun Rukun Tetangga bolehlah rasa terpanggil ye tak? Ini, orang biasa-biasa je. AJK Bahagian UMNO pun tidak.

Kadang-kadang, tak perlu pun memanggil diri sendiri untuk bersuara mengenai perkara tersebut. Tapi, entahlah. Mulut gatal je nak sebut, tangan gatal je nak tulis.

Penulis: RASA terpanggil untuk tulis entri sebab stok entri kurang hahaha.

23 July 2013

Ramadhan & Keberkatan Harta Bahagian 3/3


Pernah tak korang rasa apesal aku do’a tak pernah makbul. Pernah ke korang solat pastu lupa surah pendek yang selalu hafal. Haaa.. cek balik pemakanan. Makan makanan yang datang dari sumber yang Haram akan:
  1. Kurang ingatan
  2. Do’a tak makbul
Kisah Imam Syafie sewaktu berusia 9 tahun. Dia belajar dengan Tok Gurunya memang senang je ingat dan hafal. Tapi satu hari dia berasa payahnya nak ingat ajaran Tok Gurunya. Tok Gurunya suruh cek pemakanan. Bila Imam Syafie balik tanya ibunya rupa-rupanya dia makan kambiing. Kambing tu tali terpajang sedikit lalu makan rumput kat kebun jiran. Detail kan? Takut tak?

22 July 2013

Ramadhan & Keberkatan Harta Bahagian 2/3


Jauhi perniagaan yang “Ghoro” (Uncertainty). Perniagaan yang belum tahu hasilnya.
Terbahagi kepada 2:

1. Yang ringan
Boleh dimaafkan. Contohnya kita bayar parking RM1 sebelum start parking pun. Maknanya belum habis kita berparking. Contoh lagi yang senang faham adalah penjual durian. Dia tak boleh gerenti SEMUA durian dia jual isinya cantek.

2. Yang besar
HARAM.
Contoh 1 Perjudian seperti mengumpul duit peserta untuk beli hadiah kepada pemenang. Pertandingan SMS yang ada yuran tambahan.
Contoh 2 Insurans Konvensional. Loan Rumah Konvensional yang bergantung kepada BLR tu.

Macamana kalau dah terlibat?
BERHENTI. BERUBAH. Harta yang sebelumnya riba, adalah miliknya tak perlu pulang balik.
 

21 July 2013

Ramadhan & Keberkatan Harta Bahagian 1/3


Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Termizi Mohamed Din Penolong Naib Presiden Jabatan Syariah Takaful Ikhlas.

Soalan Bocor SPM (Soalan Padang Masyar)

1. Bagaimanakah anda manfatkan umur yang ada?
2. Bagaimanakah anda manfaatkan masa muda?
3. Dari manakah anda mengambil harta?
4. Ke manakah harta anda dibelanjakan?

5. Bagaimanakah anda manfaatkan ilmu?
Dalam soalan “SPM”, 2 kali ditanya berkenaan dengan harta. Menunjukkan beratnya kita kena take note of harta kita, Halal Haram, dari mana secara detail, belanja untuk apa.
Dah ada soalan bocor ni, boleh la kita bertindak untuk menjadikan skema jawapan kita tu cantik untuk di jawab diSana kelak. Wallahu Alam.

20 July 2013

Tazkirah Untuk Khalifah - Bahagian 3



Nikmat hanya dapat dirasa apabila kita kehilangannya. 

Contohnya, kita merasa nikmat mulut apabila sakit ulser, susah hendak menjamah makanan.
Terasa nikmatnya kaki bila sakit lutut tidak boleh berjalan, berlari.
Terasa nikmatnya kenderaan bila kereta tersadai di bengkel akibat kemalangan.
Terasa nikmatnya pekerjaan bila majikan bankrap kita ditinggalkan.
Terasa nikmatnya kasih sayang ibu bapa, bila mereka tiada di depan mata.

Tetapi nikmat yang paling besar tentunya nikmat menjadi seorang Islam. Hanya hambaNya yang baru kembali kepada Islam akan sedar betapa nikmat, indah dan bertuahnya diberi hidayah untuk menjadi seorang Islam.

Sesungguhnya tiadalah yang bersyukur dengan nikmat Allah ini melainkan hanya sedikit.

19 July 2013

"Celik"



Kita sayang semua orang.
Kalau boleh tak mahu ada benci pun.
As we grow older, kita belajar untuk hargai nilai positif dan tolak tepi negatif.
Belajar hargai dan pandang kebaikan.
Sedahsyat mana dikhianat
Masih tenang.
Boleh senyum.
Sedaya mungkin tak beri ruang pada bisikan syaitan
Tak pernah wujudnya kebetulan
Atau “nasib baik”.
Tak pernah.
Kerana gugurnya daun yang sehelai itu
Terapungnya burung di angkasa itu
Terhiris jari dek sehelai kertas A4
Terhantuk di bucu almari
Jumpanya kita, awak dan saya, semua
Tak pernah dengan makna kosong
Akan terlihat
Selagi mana tak luput dari hati.


Mata hati yang celik dengan Syukur

18 July 2013

Morning Doa :)

Perrgghhhh… haven’t wrote anything in months~~!!

Been super busy but Alhamdulillah, everything is settling now..

Allah is so great kan.. Walaupun kadang2 so busy sampai solat pun mcm Superman, He still give us so much blessing..

Anyway, nk share doa amalan


“We have reached the morning and at this very time all sovereignty belongs to Allah, Lords of the world. O Allah, I ask You for the good of this day, its triumphs, its victories, its light, its blessing and its guidance, and I take refuge in You from the evil of this day and the evil that follows it” 

17 July 2013

Review Pendek: Cloud Atlas

Aku rate: Boleh la kalau nak tengok sekali.. Not that BAD tapi aku boleh tengok sekali je kot cerita cenggini. Sedikit mencabar nak follow and nak memahamkan story line sebab asik bertukar2 scene. Memang selalu akan lost sikit tengok cerita nih. Tip: Jangan tengok dengan orang suka bertanya dua-dua pun akan lost..

Yang aku paling istiqamah sepanjang tengok movie nih adelah.. Spot The Actor/Actress.. Guessing siapa ni siapa ni.. Dari segi Make-up & Special Effects tu ada yang memang teliti dan cun tapi agak fail masa part2 yang NEO SEOUL tuh.. Nak menyepetkan mata orang yang buntang bukan senang rupenye.
 
 


16 July 2013

Akedemi Ramadhan

Bicara Ramadhan 2: Akademi Ramadhan bersama PM Dr. Sharifah Hayati

Kenapa Bulan Ramadhan adalah paling EKSKLUSIF?

  1. Semua yang sunat, pahala dia seperti Fardhu. Pokoknya, pahala paling kecil pun dapat pahala Fardhu.
  2. Semua yang Fardhu (wajib) pula pahalanya 70x ganda!
  3. Satu-satunya bulan yang ada Malam LailatulQadar. (Sila Google apekah LailatulQadar)
  4. Bulan nilah Allah gandakan rezeki berganda ganda ganda
  5. Bulan ni je bila kita bagi makan pada orang puasa:
BONUS:
Gugur Dosa
Jauh dari api Neraka
Dapat pahala SAMA macam orang yang puasa tu. TAK KURANG.
 
      6. BONUS Umat Rasulullah: Setiap malam dosa orang berpuasa itu diampuniNYA.

15 July 2013

Er.. Nak Makan Sahur?

Al-kisah anak Kak Sham ni. Semangat nak bersahur.

Dua-dua abang dan adik. Bersungguh pesan kat maknya jangan lupa kejut nanti, nak makan sahur kata mereka.

Bila tiba time sahur, Kak Sham pun bangun la siap-siapkan mana-mana patut untuk juadah bersahur. Agak-agak dah ready, Kak Sham pun kejutlah budak-budak tu untuk ke meja, makan sahur.

Abang elok je duduk makan.
Tapi Si Adik melalak-lalak.
“Nak Makan Sahur!”

Bagi air takmo, bagi nasi semua takmo. Nangis-nangis
“Nak Makan Sahur! Nak Makan Sahur!”

Last-last Kak Sham pujuk, “Takpelah mama tak paksa Ayep posa”

Rupanya dia ingat Sahur tu sejenis makanan.
Aku cam... Er..

 

 

14 July 2013

Ramadhan Tiba Lagi Bahagian 2/2

Puasa ni melatih Hati. Melatih Takwa.

Dok rumah sesorang. Perut lapar. Bawah saji ada Ikan siakap 3 rasa. Tapi boleh tahan tak makan. Bukannya orang tahu kalau kite makan pun.
Tapi kenapa kita boleh tahan diri?
Takwa.
Sebab kalau makan… Jangan kata BATAL PUASA. Katalah BERDOSA! HARAM!

Kalau BATAL PUASA. BATAL boleh ganti. 

Tapi kalau katakan BERDOSA /HARAM, ibarat sama berat macam BERDOSA mencuri, HARAM makan rasuah.. 

Lainkan impak dia..

Fakta Puasa:
Prof Nikolai Wanilov menekankan untuk menikmati kesihatan yang sempurna haruslah mengosongkan perut daripada sisa-sisa makanan berlebihan dan racun dengan cara benar-benar menahan pemakanan selama 3 atau 4 minggu

13 July 2013

Ramadhan Tiba Lagi Bahagian 1/2

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang di Theaterette PNB.
Tag line ustaz guna: “Kalau tak Ramadhan ni… Bila Lagi!”
Bila lagi kita nak buat solat sunat
Bila lagi kita nak baca Quran
Bila lagi kita nak menderma
Bila lagi kita nak dressing sopan2

Jadikanlah Ramadhan ni turning point untuk kita berubah kepada something better.
Anggaplah yang mungkin Ramadhan nilah yang terakhir buat kita. 

Fakta Puasa: 
Puasa diwajibkan untuk seluruh umat Islam tahun ke-2 Rasulullah memerintah di Madinah, di kala ekonomi stabil, Negara aman, dan rakyat cukup makan. 
Relevensi: supaya orang tak kata Umat Islam puasa sebab miskin.

12 July 2013

Tarbiyah Menuntut Ilmu



Satu hari..
Lepas satu hari..
Dan lepas satu hari..
Hari demi hari..

Dalam usia yang dah mencecah lebih suku abad, Tuhan tarbiyah dengan cara berbeza sampai perspektif pun berubah dari satu fasa ke fasa yang lain. Nikmat makna dalam kata yang kita sebut sebut tak akan terbit sampailah orang kata kene setepek kat muka sendiri.

Hari ni kita kata pada orang “sabar, ini semua ujian”
Esok kita rasa sendiri “beratnya ujian ni..mana sabar?”

Sungguh.

Mahalnya sabar, mahalnya iman.
Kalau tak, tak adalah dinamakan menuntut ilmu di jalan Allah itu sebagai Jihad.
Nampak mudah bagi orang lain.
Sendiri, azab.

Iman, teguhlah.