Adik aku semakin kaget. Tapi, tak tahu nak buat apa pun!
“Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di
sisiNya melainkan dengan izinNya.”
Firra memberontak. Rontaan makin ganas dengan mata terbeliak
bagaikan mahu membaham semua orang.
Dalam masa sama, makcik cleaner memicit ibu jari kaki Firra
dengan lebih kuat. Firra memekik!
HUARGH!! HUARGHH!!!
ZOOM!
Kecut perut! Langsung cikgu-cikgu perempuan yang memegang
Firra tadi cabut lari termasuklah mak cik cleaner sekali.
“Cikgu Suhada, pegang kuat-kuat!” Arah Cikgu Azmi.
Dalam bilik sekarang, tinggal adikku yang memegang kepala
Firra, Cikgu Azmi yang memaut bahu Firra dan Cikgu Hisam yang memeluk diri
sendiri.
No comments:
Post a Comment