24 July 2013

RASA Terpanggil

Bila ada saja isu-isu semasa hangat diperkatakan di dada-dada akhbar, entah mengapa tiba-tiba kita pun RASA terpanggil nak cakap juga mengenai perkara tersebut di media sosial seperti Facebook, Twitter malahan di meja makan.

Entah mengapa, aku pun kurang pasti. Kalau Pak Menteri, Polis, Tok Penghulu, RELA ataupun paling-paling pun Rukun Tetangga bolehlah rasa terpanggil ye tak? Ini, orang biasa-biasa je. AJK Bahagian UMNO pun tidak.

Kadang-kadang, tak perlu pun memanggil diri sendiri untuk bersuara mengenai perkara tersebut. Tapi, entahlah. Mulut gatal je nak sebut, tangan gatal je nak tulis.

Penulis: RASA terpanggil untuk tulis entri sebab stok entri kurang hahaha.

No comments:

Post a Comment