31 May 2013

Perpustakaan


Perpustakaan.

Walau bunyi macam bosan tapi tak pernah menghampakan, biasanya sejuk perpustakaan buat mata mahu pejam walaupun dihadapan menimbun kerja menunggu untuk dikerjakan!

Perpustakaan di Bandar tempat aku diam tak ubah macam istana yang sunyi dan kusam.
Tapi kelmarin aku mampu senyum kerana ada perpustakaan komuniti 1 Malaysia buat kami,
Seluruh perasaan kecewa yang aku pendam seakan hilang bersama senyum nampak gigi

Dah lama aku impi perpustakaan moden dengan interior mengancam, lalu aku jadi penunggu disitu saban hari sampai tiba malam !

Tapi semalam gembira aku sudah padam

gara-gara peraturan baru tak benar aku menumpang,
mengecas laptop yang sudah padam!

30 May 2013

Salah peraturan rancangan

Minggu lepas company buat family day ke Legoland! Wahhh eksaitednyer saya sebab leh masuk FREE!! Tapi sayangnyer keseronokkan hilang bila pegi time cuti sekolah baru je bermula, bawak anak kecik yang xpaham ape-ape tentang lego tapi nak berjalan,berlari,pusing-pusing tengah-tengah panas which mak dia plak jadi panas sebab duk mengejar, mendukung yang akhirnyer tak pegi pon round-round satu Legoland tuh! Kesian tengok anak kepanasan and risau dia demam plak bila balik nanti. Tambah pulak kena que nak masuk legoland tu sampai sejam lamanyer! Memang panas membara lagilah jawabnyer kan! End up aku x enjoy pon! Kena pergi lagi sekali lain kali!


29 May 2013

Kau Yang Bernama Zi



Tarikan tinta merahmu atas bongkah-bongkah kuning. Yang penulis-penulis itu bukan pun dirimu.

Kau ambil bongkah itu sedang mereka asyik dengan lembaran-lembaran kertas. Tak seorang pun nampak kerana kau pandai sembunyi. 

Dari negeri Raja Perempuan kau tiupkan angin panas sampai semua pun tunduk. Bila dunia dalam genggaman, engkau jadi sombong dan angkuh.

Kasihan.

Celik tapi sengaja buta. Mendengar tapi sengaja memekakkan telinga.

Kau kira kau dapat sembunyi di balik rimbunan pokok terpilih? Tapi kau lupa siapakah yang memberikan kau perlindungan itu.

Maka dengan perbuatan tangan-tanganmu itu mencampakkan dirimu dalam Api tak terkira panasnya. Lalu perkataan apakah paling sesuai untuk menggambarkan dirimu?


28 May 2013

Mengenali Personali Dengan Tabiat Pemakanan Roti Canai

Tahukah anda, roti canai bukan sekadar makanan? Ia juga menggambarkan personaliti seseorang itu dari segi jenis roti canai yang mereka pesan.

Roti Bawang – Berhati halus dan mudah menangis

Roti Boom – Askar pencen atau anggota RELA

Roti Kosong – Suka berjimat-cermat dalam kehidupan. Pandai mengurus kewangan. Sesuai dijadikan calon suami/isteri.

Roti Pisang – Mempunyai masalah sembelit tapi tidak diceritakan kepada orang (suka berahsia)

Roti Sardin – Sukakan cabaran. Gemar mengikuti perkhemahan unit beruniform di sekolah dan menjadikan sardin sebagai lauk utama.

Roti Sotong – Mempunyai hobi mencandat sotong

Roti Telur – Seorang pembersih jika bertanyakan kepada penebar roti canai “adakah telur ayam dibasuh?”. Begitu juga sebaliknya.

27 May 2013

Oh My English - Bahagian 1


Tetiba aku tingin nak bukak kelas English pasal pronunciation kat sini, walaupon grammar aku sendiri forever fail so maap kan lah. I’m sure kowang dah tau sebutan yang betol, but since aku noticed ada jugak gang seangkatan yang sebut ala2 lidah melayu, moh belajar sesame.

Pekataan hari ini ialah:
BREAKFAST 
/ˈbrekfəst/

Kesilapan sebutan aku yang lalu ialah “break.fuhst” sebab literally ikot ejaan. Punyerlah trying too hard nak practice sebutan sampai lepas tuh jadik “breck.fuhst” pulak. Kerasnyer lidah aku nie. Semenjak tuh, aku asik pasang telinga dengar sebutan orang pulak “Wahh dia sebut betol!” atau “Ohh kita geng lidah keras -.-'!”

26 May 2013

Tazkirah Untuk Khalifah - Bahagian 2



Kita dijadikan Allah atas 2 sebab. Menjadi hambaNya dan menjadi khalifah di muka bumi milikNYA. Secara kasarnya, hamba yang baik adalah hamba yang menurut segala perintah serta menjauhi segala larangan tuannya dengan taat. Khalifah yang baik pula seharusnya pemimpin yang amanah dan bijak mentadbir segala jiwa dan harta di bawah pentadbirannya selaras dengan apa yang diperintahkan Allah. 

Sebagai hamba, sejauh manakah kita berjaya menurut perintahNya? Sejauh mana pula laranganNya kita patuhi? Jauh sekali menjadi khalifah yang baik kerna terlalu banyak kerosakan di muka bumiNya dilakukan oleh tangan-tangan kita sendiri. 

Apakah jawapan seharusnya diberi andai diri ini ditanya,..

“Siapakah kita sebenarnya?”

25 May 2013

Terapi Minda


Dulu..

Aktiviti yang paling seronok dilakukan semasa hati tengah kacau adalah duduk di kedai makan sambil memerhati gelagat orang.. aku tak tahu lah orang lain.. but untuk aku.. aktiviti macam ni berjaya men-distract-kan otak serabut aku dari memikirkan masalah2 dalaman sekejap..

Seronok sebenarnye tengok gelagat orang.. tengok cara orang bercakap.. berjalan..ketawa.. bergosip.. kadang-kadang kalau nasib baik  dapat tengok orang bergaduh.. menangis sume.. Cuma yang tak syok bile ade budak2 yang tak cukup umur dok ber’cinta’ depan mata.. haduii sakit jadinya mata..

Ape-ape pun.. kalau nak memerhati gelagat orang kena pandai cover.. takut orang cop stalker pulak nanti.. naya je.. hahahaha..

24 May 2013

Terlebih Tunjuk dari Faham



Aku tak marah. Cuma kadang-kadang stress.

Stress sebab kadang-kadang atau kebanyakan masa, manusia macam lebih tahu apa yang aku patut buat dengan hidup aku, lebih dari Tuhan. Aku alu-alukan cadangan tapi bukan diperbodohkan atas keputusan yang aku dah tentukan.

Aku tak buat keputusan hidup semborono. Kebanyakan keputusan penting hala tuju hidup masa depan aku, aku tanya mengikut saluran yang sepatutnya sebagai hamba dan diikuti majlis syura bersama insan-insan penting.

Orang mempersoal kenapa begitu begini. Rugi saja bila tak sama tahap atau lebih dari orang lain.
Sekeras mana kau cuba buat orang faham, akhirnya kau sedar, tak guna.

Tuhan saja memahami.