16 May 2013

Di Mana ALLAH ?


Dahulu, ALAM ni TIADA sehinggalah ALLAH menciptakannya.

Tiada gelap.
Tiada cahaya.
Apatah lagi bumi yang berpusing di atas paksi  dan mengelilingi matahari yang menjadi perkiraan MASA manusia.

Tiada sesuatu melainkan ALLAH sahaja.


Jelas, ALLAH itu Al-Khalik (pencipta) dan apa saja yang lain ialah makhluk (yang diciptakan).

Maka, terjawabkah persoalan?

ALLAH bukan di Langit dan ALLAH juga bukan di mana-mana kerana wujud ALLAH itu TIDAK memerlukan TEMPAT.

Mustahil bagi ALLAH berkehendakkan makhluk seperti tempat dan masa.

Inilah pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah (ASWJ) yang dirintis jalannya oleh Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan disepakati oleh ulama-ulama ASWJ.

2 comments: