31 May 2013

Perpustakaan


Perpustakaan.

Walau bunyi macam bosan tapi tak pernah menghampakan, biasanya sejuk perpustakaan buat mata mahu pejam walaupun dihadapan menimbun kerja menunggu untuk dikerjakan!

Perpustakaan di Bandar tempat aku diam tak ubah macam istana yang sunyi dan kusam.
Tapi kelmarin aku mampu senyum kerana ada perpustakaan komuniti 1 Malaysia buat kami,
Seluruh perasaan kecewa yang aku pendam seakan hilang bersama senyum nampak gigi

Dah lama aku impi perpustakaan moden dengan interior mengancam, lalu aku jadi penunggu disitu saban hari sampai tiba malam !

Tapi semalam gembira aku sudah padam

gara-gara peraturan baru tak benar aku menumpang,
mengecas laptop yang sudah padam!

1 comment:

  1. apa kes library tak kasik charge laptop huhuhu... kena la beli power bank ekekek

    ReplyDelete