01 May 2013

Perubahan


aku duduk disitu ,
aku lihat kiri, aku toleh kanan
tak sama!
banyak beza!

Stesen itu sudah berubah.
tangga itu kini bernama escalator,
derapan kaki, gumaman manusia jelas aku dengari
meski kaku atas gerakan escalator
emosi tetap bergerak.
Berubah ikut masa, dengan cara mereka.
Semuanya kini jauh berbeza.

perlukah perubahan?
apa aku akan bahagia dengan perubahan?
aku renung  wajah yang melintas
satu demi satu

ada senyum
ada mencuka
ada selamba

Perubahan! Perubahan!
Mereka laungkan “kita ubah! Kita ubah!”
tak kurang juga “ini kalilah!”



Dalam dunia aku semuanya sama saja, Tak pernah berubah .tak ada perubahan. Aku tetap kucing sampai bila-bila.

6 comments:

  1. Ahahahah.. Ending yang tak dijangka-jangka...

    ReplyDelete
  2. thanks Syuhada sudi wat challenge tajuk susah ni hehehe...

    ReplyDelete
  3. stesen bas ke stesen komuter ni kucing?

    ReplyDelete
  4. hehehe ending yang kiut...meowww!

    ReplyDelete