Rentetan harga minyak naik hari ni masih ada lagi status tak puas hati dari kawan-kawan. Memangla kita simpati kepada orang-orang yg susah tapi memerlukan kenderaan untuk meneruskan kehidupan seharian tapi janganla mengomplen sampai tak ingat dosa pahala. Kita tak tahu perkara sebenar sesahih-sahihnyer kenapa harga minyak naik jadi cukup-cukupla mengata, memaki atau menyumpah orang. Biarlah Allah je yang balas perbuatan-perbuatan tak baik yang dilakukan oleh orang yg bertanggungjawab. Kita seharusnya fikir bagaimana nak meneruskan kehidupan untuk hari seterusnya agar kita sekeluarga bahagia walaupun terpaksa hidup tak mewah. Carilah rezeki seikhlas yang boleh insyaAllah Allah tengok usaha kita dan menggandakan rezeki.
like positive mindset. wpon poket saket tapik banyak lagik benda lain yang kita boleh bersyukur
ReplyDeleteYa, aku setuju dengan pendapat Didie, tak perlu sampai memaki mengata..cumanya pada pihak menteri,ahli parlimen dan orang di atas sana..janganlah pulak keluarkan komen kurang cerdik macam nak mengampu ketua..
ReplyDeleteMacam komen sorang ahli parlimen nih:
"Minyak petrol naik (harga), pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung ada tidak berkereta," kata anggota Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin.
apa salahnya cubalah bagi komen lebih bijak bahawa akan cuba berusaha sedaya-upaya mencari jalan menjaga kebajikan dan mengurangkan beban rakyat...serta tonjolkan usaha anda itu, bukan setakat komen saja..
kegelisahan rakyat bukanlah kerana ketidakmampuan membeli minyak petrol semata-mata tetapi jelas berdasarkan sejarah, dengan kenaikan harga barang...harga rumah,harga tiket pengangkutan awam, harga keperluan asas, harga keperluan persekolahan dan lain-lain pastinya akan turut sama naik atas faktor kenaikan kos pengilangan, kos bahan mentah, kos pengoperasian dan juga kos pengangkutan..
BTW, anda dah beli rumah ke?