28 February 2013

Sangat bengang ok!!


Nowadays kita memang sangat bergantung dengan segala macam storage device kan? Thumdrive laa, external hard disk laa, cd la dan macam-macam lagi. Nak dijadikan cerita, segala dokumen kerja, gambar-gambar peribadi aku berada dalam external hard disk dan baru-baru ni hard disk tu corrupt!!! 

OMG!! 

Rasa nak teriak kuat-kuat and nak marah/maki hard disk tu tapi apakan daya nangis keluar airmata darah pon tak guna benda dah jadi. Aku dah hantar hard disk tu to my friend mintak tolong dia selamatkan data dalam hard disk tu tapi until now dia belum dapat resolve sebab bz bekerja. 

Sangat-sangat berharap dapat balik data-dataku!

27 February 2013

Hikayat aku 2

Ni aku lukis. Aku suka lukis. Sejak kecik memang aku suka lukis. Apa je yang ada depan mata aku zaman kecik2 dulu, aku akan lukis. Buku2 cite cinderela ke snow white ke, dgn dwarf2nya skali aku lukis. Mak aku la rajin puji aku lukis. Tapi skill melukis aku takde la meningkat pun. Setakat biasa2 je. Disebabkan aku suka melukis, aku slalu la lukis kawan2 masa skolah dulu, sampaikan ada yang kecik ati sebab trademark untuk kenal gambar tu ialah dia, adalah kejongangan gigi dia. Dah memang cara tu untuk melukis, takleh la salahkan aku kan?? Sekian. Bersambung.
gitar pink aku

26 February 2013

Kalau Mungkin

Orang suka orang bila orang itu seiring sehati sejiwa sekepala.

Orang prejudis terhadap orang bila orang itu haluannya berbeza pendapatnya tak serupa.

Cuba bayangkan kalau semua orang sama kepala hati dan jiwa, mungkin rumah kita semua sama.

Cuba bayangkan kalau semua orang sama kepala hati dan jiwa, mungkin kerja kita semua sama.

Cuba bayangkan kalau semua orang sama kepala hati dan jiwa, mungkin barang kita semua sama.

Sedangkan warna berbeza dengan variasi berjuta.

Irama melodi dengan variasi berjuta.

Keupayaan manusia dengan variasi berjuta.

Yang berbeza tercipta dibawah nama harmoni dan bahagia.

Kalaulah manusia memahami dan menghayati intipatinya.

Mungkin aman dunia.

25 February 2013

Jangan! Jangan! Jangan!

Orang-orang tua sinonim dengan pelbagai pantang larang. Pernah tak kita ada perasaan tak setuju? Kurang setuju atau mungkin kita pernah berkali-kali tak setuju tapi diamkan saja?


Jangan duduk depan pintu nanti banyak halangan hidup

Jangan masak sambil menyanyi nanti dapat suami tua
Jangan makan dalam periuk nanti hujan lebat masa kenduri kawin

Jangan,jangan, jangan,

Tapi

Pakar motivasi era baru berpesan “anak harus dididik untuk meneroka, biar mereka merasa dan tidak seharusnya menggunakan perkataan JANGAN!

Hari ini adik ipar menegur aku

“jangan meratah lauk,mak saya cakap nanti kahwin lambat”

“oh ye? Ingatkan sebab qada dan qadar?”

Aku senyum dan blah segera!

24 February 2013

Berbogellah itu manusiawi

Berbogellah! Tapi jangan salah faham. Ini bukan bererti anda perlu menanggalkan apa-apa yang ada di kulit anda. Mari lihat dari dari sudut hati dan jiwa. Berpura-pura itu salah, tidak benar, munafik dan hukumnya adalah berdosa. Tapi bukan soal dosa yang ingin saya “highlight”kan disini. Kebanyakkan kita suka untuk tidak menyatakan apa yang kita rasakan di dalam hati. Hati cakap lain, mulut kata lain. Takut? Mungkin. Tapi takut itulah yang melitupi hati dan perasaan kita itu tadi. Sehingga dengan mudah terjebak jatuh ke dalam perangkap garis halus di antara betul dan salah. Tanggalkanlah! (“Berbogellah!”) dan nyatakan isi hati anda yang sebenar.

23 February 2013

Perbarisan Hari Wilayah 2013



Kali pertama menyertai perbarisan untuk syarikat. Masa mula-mula email keluar untuk cari peserta sukarela aku macam teruja.Boleh?! hahaha Bila dah excited nak join tiba-tiba tak ada geng pulak! Alaaaa terpaksalah aku mengajak/meracun kawan2 untuk join sekali.hehe 

Nasib baik ada 2 org lagi geng ladies yang join. Part tak bestnya bila kena pegi latihan kawad hari-hari 2 minggu sebelum hari kejadian! Penat wehhh sebab latihan dibuat pada hari bekerja! Pagi pegi kawad, tengahari sambung keje. Tambah plak masa rehersal dan actual kena keluar rumah jam 5pg okay! Sebab kena berkumpul kat stadium kul6pg!

Tapi apepun 1 pengalaman yang menyeronokkan walaupun penat.


22 February 2013

Misteri Senja - Episod 1


Petang tu giliranku mengambil anak2 dari taska. Tiba di rumah dalam kelam Mahgrib, sesuatu menghalang keretaku dari berhenti. Namun kupaksa diri jadi berani di depan anak2.

Anak2 mula menangis ketika aku turun dan bergegas membuka gate. Mereka bimbang aku diapa-apakan. Usai membuka pagar, sepantas kilat aku kembali ke kereta dan memandu masuk ke dlm pagar. Halangan cuba mengejar tetapi terhenti bila ku sergah. Kedengaran deraman halus bagaikan berlagu pilu. Pintu pagar kututup. Nafas lega kuhela.

"Kenapa anjing tu kejar kita, mak?"  tanya Idlan penuh rasa ingin tahu.

Di luar, anjing masih bersiaga, sedia menghalang apa yg datang.

"nantilah mak cerita"

21 February 2013

Stereng Kesabaran


Kesabaran seorang manusia sebenarnya terletak pada stereng kereta.

Betul.

Kadang-kadang nampak macam baik, sopan dan penuh dengan ilmu agama di dada. Tetapi, sebaik saja lima jari mencecah stereng kereta memang lajulah kesabarannya tertanggal daripada sekeping hati seorang manusia. Sebab itulah, tak semestinya kalau kau nampak macam penyabar maka kau adalah seorang yang betul-betul penyabar. Tak semestinya.

Tak semestinya.

Kalau kau tak percaya, cuba periksa berapa laju lidah kau boleh terkeluar maki-hamun kalau ditimpa kesesakan jalan raya atau terjumpa pemandu yang perangai seperti sedikit celaka. Memang berbululah jawabnya. Sekaligus melajukan pergerakan lidah untuk memaki-hamun, menyumpah seranah dan mencarut.

Tak percaya?

Cubalah.

20 February 2013

Diffusion of responsibility, MALAYSIAN, we have a problem

Diffusion of responsibility: sociopsychological phenomenon whereby a person is less likely to take responsibility for action/inaction when others present.


07.02.13, I did an ad-hoc experiment at LRTWangsaMaju
Spotted, a blind-man (ground floor) trying to locate the counter (1st floor)


Countless people passed by, NOBODY gives a damn!
After we’ve gotten the token, went to the platform, NOBODY moves from their spot at all!

Once we’re inside the train, I simply took out my book, pretending to read.
NOBODY gives way or offer him a seat.

In the end, I need to request few people to do so.

Seriously MALAYSIAN??!!!


19 February 2013

Diari Malam



Lagu yang aku rekod 13 kali. Kali ke-13, aku dah penat, aku pun kongsi sama kawan-kawan. Pengarah Weekenders Club guna lagu ini untuk video aktiviti naik Broga yang cantik dengan ciptaan Allah. Sesungguhnya, aku puas hati. Walau sumbang sana sini.


pinta malam
kunjungkan rindu
hamparkan rasa
yang terpendam

buat pemiliknya
terpisah jarak
dipujuk sabar
bertali kasihnya

silakan malam
bersuaralah
silakan bintang
menarilah
silakan bulan
terangilah

hiburkan rindu
buaikan jiwa
agar tersenyum
esok harinya

awan berarak
mengusap resah
rasa terpana
kenangan masa

ingin membentang
kepingin indah
memacak mimpi
dalam realiti


Nota sisi : kalau rajin, taip “Diari Malam” di Youtube, hayatilah.

18 February 2013

Zaman Sentuh-Sentuh


Sentuh  sentuhan?

Zaman sekarang semua orang main sentuh-sentuh saja. Komputer pakai skrin sentuh, telefon bimbit semua pun pakai sentuh-sentuh. Andai telefon tak pakai yang sentuh-sentuh itu terkebelakang dalam teknologi.


Aku sedih.

Adik aku cakap “ bangla pun pakai telefon  skrin sentuh”.

Semalam, dalam bas aku ke Kuala Lumpur, kiri kanan aku orang asyik sentuh-sentuh skrin. India, Cina, Melayu, Mat Saleh, Mat Indon, Mat Bangla semua ada telefon skrin sentuh.

Aku kecil hati sebab tak ada telefon skrin sentuh.

Aku bertambah kecil hati apabila anak saudara umur 3 tahun sentuh-sentuh skrin telefon aku dan baling telefon tu sebab tak fungsi katanya.

17 February 2013

Warna


Lakaran kehidupan adalah seperti melukis, mencorak dan mewarna langit dengan seribu macam impian.  Gempulan awan pula adalah benih-benih cinta yang bertaburan.  Perlu di kumpul dan di bentuk sehingga akhirnya menjadi satu hakikat. Warna pula datang dari hujung pelangi. Bahagia! cinta! gembira! sedih! dan resah adalah sebahagian daripada tona warna kehidupan. Kita semua adalah pelukis alam, pelukis yang mencorak  diri kita, lingkungan kita dan seterusnya kehidupan kita sendiri. Aneh, berus telah di tangan kanan, warna-warna di tangan kiri tetapi kita masih memilih warna sisi gelap untuk mewarnai kehidupan kita ini. Alangkah indahnya gabungan warna terang dan panas, bukankah begitu kehidupan semestinya?

16 February 2013

Mental!


Ini kisah anak sedara sulungku, Fitri, berusia 11 tahun, seorang PRS. Hebat bermain takraw, juga bola baling.

Suatu petang yang menggembirakan, Fitri pun berceritalah pengalamannya menjadi PRS membanteras stress bebudak (ceh, kalau lah dia tau betapa stressnya bekerja, konfem darjah 5 punya stress tu ibarat sebutir pasir di dalam Milo Ais, takde kesan langsung!)

"Ada budak perempuan ni hari-hari jumpa Abang. Last-last Abang cakap kat dia "Awak ni memang ada masalah mentallllll lahhhhhh!! Pergi jumpe cikgu lahh! Ishhhh!!!!"

Mak aihhh. Apehal camtu? 

Rupa-rupanya budak pompuan tu ada masalah "I love u Fitri!" Kira minat cinta monyet tak matang la nih.

15 February 2013

When You watch way too many crime series :P


One fine day, balik rumah awal, around 6.30.. Parents were away, hantar adik masuk UTP.. Rumah dah gelap sikit so try la bukak lampu.. La… Blackout..  Terus checked main switch in case power trip but everything was ok.. Kelam-kabut cari handphone, mannnn.. battery out! Same goes with phone rumah..

So I was ALONE, with no ELECTRICITY and PHONE was out!
It was like CSI and criminal minds punya opening where the girl got killed and tortured!!
Terus locked myself in my room with a hammer in my hand

Few minutes after, parents smpai rumah hoho
*DRAMA*

Oh, I’m 27 today!! 

14 February 2013

Penghinaan Agama


Bila orang menghina agama kita, sudah pasti kita melenting dan marah.

Bila orang menghinanya lagi, pasti kita tak duduk diam, melemparkan kata-kata kesat tanpa batasan.

Bila penghinaan berterusan, kita mudah mengeluarkan hujah-hujah serta hukum-hakam serba lengkap dan sempurna.

Tapi apabila kita meninggalkan solat di kala shopping dan berjalan, kita tidak pula menganggapnya menghina agama Allah.

Apabila kita mengendahkan nasihat dan teguran orang lain dengan mengatakan "Ini antara aku dengan Allah", tidak pula kita menganggapnya menghina dan mencabar kekuasaan Illahi.

Apabila kita mempersoalkan hukum tanpa kita mengamalkannya, tidak pula kita segan silu merasakannya penghinaan kepada agama.

Tidakkah diri itu lebih hina?

13 February 2013

2 Tambah 5


Seronok ke?

Kalau dah masuk umur 40 tahun, tetapi orang tetap ingat kau masih berumur 25 tahun. Tak seronok tahu. Aku belumlah masuk umur 40 tahun. Aku pun tak tahu panjang umur ke tidak nak sampai ke umur 40 itu. Tetapi kalau serata dunia pun ingat umur kau 24 tahun atau 25 tahun… memang tak seronok ok.

Dari sudut positif, aku rasa dia punya seronok itu mungkinlah kau tak payah nak suntik botox atau pun buat pembedahan plastik untuk kedutan muka dan sebagainya. Untuk aku, memang tak seronok.

Betul.
Memang sangat tak seronok.



Sebab dah susah aku nak cari jodoh

12 February 2013

Cinta Cerai



Kopi.

Aku sangat gila kopi zaman dahulukala. Sampai itulah jadi harapan utama untuk aku membuntangkan mata bila digoda untuk tidak tidur selama tiga hari. Kalau tak kopi Nescaffe campur susu tu, aku order Neslo (NEScaffe + miLO).

kenapa bukan NESMI? Mungkin tak cukup komersial.

Ok. Pedulikan nama.

Aku suka kopi. Cinta kopi tapi tak adalah sampai 8 bungkus 3in1, atau pagi petang siang malam minumnya. Cukup aku sambut pagi dan malam bercinta dengannya. Seringnya, aku suka campuran. Mesra dan lebih diplomasi rasanya. Berjaga dapat, kenyang pun dapat.

Malangnya, terpaksa bercerai dengan kegilaan kopi akibat kegigilan dalaman selepas minum.

Itulah ceritanya.