Pabila cahaya suria terjah tembus kaca
jendela kamar
Sedikit hangat namun nyaman perasaan tak
tergambar
Terleka memandang di siling ligatnya
pusingan tiga bilah papan 360 darjah
Seraya terhanyut menyunting angan-angan
mencorak kisah
Tenggelam tubuh di lautan selimut bantal penuh
inspirasi
Enak termenung di penjuru sana kadang pula
penjuru sini
Sesekali terasa mahu dipejamkan mata terus
bermimpi
Tetapi khuatir pula terlajak hingga
matahari meninggi
Cagarkan tidur kononnya mahu hari ni
produktif lagi terisi
Laburkan ingin supaya hari ni ceria lebih
lagi
Terpandang gitar putih di hujung sana
Hati melonjak ilham mengetuk jiwa teruja
Yes! Hari ni kita buat satu lagu gembira!
Ada upload kat youtube tak... nk gk dgr lagu gumbira itewww
ReplyDeleteYe ye betul betul!!
Deletekolaborasi dgn teman buat lagu cikai2 saja ada la.
ReplyDeleteyoutube : The Nagging Daughters (^_^)