Berbogellah! Tapi jangan salah faham. Ini bukan bererti anda
perlu menanggalkan apa-apa yang ada di kulit anda. Mari lihat dari dari sudut
hati dan jiwa. Berpura-pura itu salah, tidak benar, munafik dan hukumnya adalah
berdosa. Tapi bukan soal dosa yang ingin saya “highlight”kan disini. Kebanyakkan
kita suka untuk tidak menyatakan apa yang kita rasakan di dalam hati. Hati
cakap lain, mulut kata lain. Takut? Mungkin. Tapi takut itulah yang melitupi
hati dan perasaan kita itu tadi. Sehingga dengan mudah terjebak jatuh ke dalam
perangkap garis halus di antara betul dan salah. Tanggalkanlah! (“Berbogellah!”)
dan nyatakan isi hati anda yang sebenar.
isi hati yg baik2 mmg patut di share... kalau isi hati yg kurang baik.. mmg patut la diselindung2 .. lagi2 yg boleh membukak aib orang...
ReplyDeletetapi kalau 'berbogel' kerana benar.. dan kita yakin hal tu tidak semakin memudaratkan.. insha Allah... apa salahnya..