05 February 2013

Tatkala Celik Mata



Pabila cahaya suria terjah tembus kaca jendela kamar
Sedikit hangat namun nyaman perasaan tak tergambar
Terleka memandang di siling ligatnya pusingan tiga bilah papan 360 darjah
Seraya terhanyut menyunting angan-angan mencorak kisah

Tenggelam tubuh di lautan selimut bantal penuh inspirasi
Enak termenung di penjuru sana kadang pula penjuru sini
Sesekali terasa mahu dipejamkan mata terus bermimpi
Tetapi khuatir pula terlajak hingga matahari meninggi

Cagarkan tidur kononnya mahu hari ni produktif lagi terisi
Laburkan ingin supaya hari ni ceria lebih lagi
Terpandang gitar putih di hujung sana
Hati melonjak ilham mengetuk jiwa teruja

Yes! Hari ni kita buat satu lagu gembira!

3 comments:

  1. Ada upload kat youtube tak... nk gk dgr lagu gumbira itewww

    ReplyDelete
  2. kolaborasi dgn teman buat lagu cikai2 saja ada la.

    youtube : The Nagging Daughters (^_^)

    ReplyDelete