01 May 2013

Perubahan - DarkWan

Lazimnya bila disebut perubahan itu adalah untuk lebih baik. Tapi biasa saja aku kecewa dengan pendokong-pendokongnya. Apatah lagi dengan pemimpin-pemimpin yang jika kau tahu apa yang aku tahu tentu kau akan menghentak meja dan menggeleng kepala.


Perubahan memerlukan usaha bukan kepalang. Maka mulakanlah dengan diri sendiri. Sungguh malang bila yang cuba diubah itu lebih sukar diubah berbanding dengan diri sendiri jadi sedarkah kita bila keadaan itu tidak berubah? 

Ubah itu memang susah. Ubah itu memang payah. Tapi manis perjuangan lebih terasa bila peritnya sehingga mengalirkan air mata. 

Tidaklah aku berkata melainkan kepada diri sendiri. Seyogia ingatkanlah aku bila aku terlupa.

6 comments:

  1. Dop! Berubah!!
    ~ aku tolong ingatkan

    ReplyDelete
  2. "kita mmmg kena tunjukkan perasaan kita... tapi dgn cara yang elok.." - ust. Don

    tapi, word "Seyogia" tu.. aku ingatkan word korea ala2 gwiyomi gitu hahahahaha! gitu eh eja dia? bukan sayugia je ehh.. hahaha

    "Tapi manis perjuangan lebih terasa bila peritnya sehingga mengalirkan air mata" - this part is sooooo true! :-)

    Thanks Dop! aku appreciate giler ko post entry ni awal! TAHNIAH! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut DBP, ejaan yang tepat ialah "seyogia"

      http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sayugia&d=10

      Delete
    2. hahaha hatta aper spelling nyer skali pon seyogia tuh, iols tak reti nak pakai!

      Delete
  3. kalau kira sekali tazkirah ustaz don..dah kira beratus-ratus patah dah ni dakwan..
    tp sebab kau letak ustaz don..aku bg 5 bintang..haha

    ReplyDelete