30 June 2013

Trauma

Dulu aku selalu dengar citer, and tengok kat youtube, takpun kat movie, pasal manusia dirasuk diganggu makhluk lain.

Tapi hari nih, aku menjadi saksi depan mata aku sendiri, betapa kes rasukan nih memang sebenarnyer boleh terjadi, tidak mengira siapa.

Bila benda begini terjadi, aku jadi kaget, panik and tatau nak buat ape. Tapi mereka yang lebih beramalan, nampak cam sangat tenang dan kuat menghadapi dugaan sebegini.

Satu hari bulu roma aku meremang, sampai aku rasa tak selesa untuk bersendirian. Mungkin nih bayangan dan mainan je, tapi untuk pengalaman pertama kalinya, aku agak sedikit trauma.

Ya Allah, lindungilah keluargaku seluruhnya, Amin!

29 June 2013

GIVIT, The Right Way To GIVE


Adekah anda mempunyai masalah banyaknye barang yang tak berguna tapi kondisi masih baik? Nak buang membazir amalan syaitan, nak bagi orang tak tahu nak bagi siapa.

HA!

Masalah sama yang dihadapi oleh founder GIVIT Australia, Juliette Wright.

Mulanya dia nak dermakan baju babynya tapi bila dia menghubungi pusat-pusat kebajikan mereka katakan yang mereka dah BANYAK baju baby. OH? Jadi apa yang kurang? Kami sangat memerlukan Kasut But Getah. OH? Tak sangkakan.

Dari situlah timbulnya idea untuk me-match makekan keperluan dengan pemberian. Website GIVIT menyenaraikan keperluan individu-individu yang kurang berkemampuan dan sekaligus memudahkan dermawan untuk memberi mengikut keperluan mereka. GENIUS!

Support: GIVIT

28 June 2013

Save Merapoh Caves Part 3 of 3

Memang Cool caving nih! Kalau belum pernah try. Kena try SEKALI dalam sejarah.

Gua Hari Malaysia ni merupakan salah satu daripada 85 Gua yang baru ditemui di Merapoh. Ada lagi 500 kot Gua yang belum diteroka kat sini. Banyaknye GUA kat Merapoh ni!
Orang tempatan memang sedia maklum. Orang luar macam aku dan anda ni je tak tahu.

Jadi adalah sangat membazir kalau kawasan Merapoh ni, tempat beratus-ratus Merapoh Caves ni, tempat yang dikatakan merupakan tulang belakang takungan air untuk supply seluruh semenanjung Malaysia ni diletupkan dan dibina kilang simen yang bukan kepunyaan orang Malaysia pun. Tak gitu?

 
courtesy: LailiBasir

27 June 2013

Save Merapoh Caves Part 2 of 3

Baru permulaan perjalanan dah kena merangkak biawak dalam air yang mengalir sepanjang dalam Gua. Menari-nari mengimbangkan badan menyusuri jalan yang berbatu-batu licin. Menunduk-nunduk mengelak stalagtit. Berapa puluh kali jugak la terantuk helmet. Frasa “Oh mak kau!” memang biasa kedengaran. Kejung peha terpaksa berjalan seperti itik. Merangkak commando dah rasa macam Rambo. Dan meredhakan terpegang t**i kelawar untuk mengimbang badan.

Belum lagi kisah kena panjat 3 air terjun mini berarus deras menggunkan teknik “sandar badan ke dinding dan kaki tolak dinding lagi satu”

Merangkak yang final tu paling best bila dalam kesamaran nampak cahaya matahari dari pintu Gua lagi satu.
Pergh!

 
courtesy: azlishah

26 June 2013

Save Merapoh Caves Part 1 of 3

“OK, Team Mission, kita akan meredah Gua sehingga ke hujung sejauh dekat 1km, dan kemudian patah balik jalan yang sama, dan keluar dari pintu Gua ni sebelum jam 3.30 petang. Team santai, sampai air terjun pertama aje.”

Gua Hari Satu Malaysia. Ya, itulah namanya, bak kata En. Laili, ianya dijumpai pada tarikh 16 Sept tahun lepas, Hari Malaysia.

Join team santai aje lah. Takut lak. Tapi dah jauh gini datang Taman Negara bukan selalu, rugi lak tak mencabarkan.

“Jom a korang, Mission!” ajak Didie dengan penuh semangatnya.
“OKkkeh!” cepat je smerang jawab.

Tu belum dia ajak shopping berjemaah lagi tu.

 
courtesy: Iqbal Pandaman
 

25 June 2013

Kulit lembu adalah lauk!

Bagi yg tak tahu, mungkin akan sedikit menjuih bibir atau mengerut dahi. Bagi saya, tiada yang pelik pun. Dari kecil saya terdedah dengan kulit lembu sebagai lauk, selain daging, tetel, babat, hati, paru dan kaki lembu.

Kulit yg dah disiat dari badan, dijemur hingga kering. Proses pengeringan boleh sampai bebulan atau bertahun2. Bila dah kering, digunting dan dipanggang bagi menghilangkan bulu2nya… kemudian direndam bagi menanggalkan kotoran semasa memanggang. Usai rendam barulah direbus. Proses rendaman dan rebusan menjadikan kulit mengembang dan melembut.

Hiris kecil2 dan masaklah ikut selera! tumis bersama sayur atau makan camtu je dgn cili dan kicap pon sodap!




24 June 2013

Selera Johor

Kalau tanya saya, sarapan yang saya suka makan dan suka buat, jawapan saya adalah JEMPUT-JEMPUT BILIS

Walaupun namanya jemput2 bilis, biasanya bersama2 di dalamnya kentang dan bawang. Kalau rajin, leh letak udang putih kecik2 tu.. and nak mantop lagi, letak cili padi potong2 siap2 before goreng. Bila tergigit masa makan, nikmat!

Syok!

Jemput2 tu ramai org panggil cekodok. Saya tatau mana datang word cekodok, tapi nama jemput2 kerana adunan tu digoreng dengan diambil sejemput-sejemput menggunakan hujung 5 jari. Ramai orang guna sudu, tapi saya prefer guna hujung jari. Saya pastikan tangan sentiasa bersih!


Rangup di luar, lembut di dalam, Nikmat!


23 June 2013

Tukar Pelan Celcom Prepaid (Bahagian II)

Fuh! Excited ni! Dengan hati yang berbunga-bunga, aku pun taip

MIG YES YES YES YES YES YES YES!!!

Sebenarnya nak buat macam tu tapi nanti arahan salah pula. Jadi, aku taip ni je..

MIG YES

Dan hantar ke 28882. Sistem kemudian memberi makluman:

Arahan tidak sah.Sila taip MIG HELP untuk perkhidmatan peralihan pelan atau 15PAX HELP untuk 15pax & hantar ke 28882

Aik? Silap hantar arahan ke? Salah UPPER CASE dengan lower case ke? Takpe, buat dua-dua.

Lower case: mig x2, 28882, mig yes –> arahan tidak sah
UPPER CASE: MIG X2, 28882, MIG YES –> arahan tidak sah

EHHH??


Bersambung..

22 June 2013

Kisah Bidadari Syurga II


[Disusun dan diolah semula dari status Ustaz Ibnu Batoota Owsem]


Dalam kotor dan busuk wanita Dunia itu sehingga Allah haramkan solat, baca Quran, masuk masjid, tetapi mereka tetap SANGAT CANTIK, MENGGODA dan MENYEJUKKAN MATA bagi SUAMI.


Entah bagaimana pula bidadari itu yang suci, bersih, sentiasa dara, sentiasa muda, tak pernah memandang kepada yang lain kecuali suaminya dengan penuh rasa cinta dan rindu?


Rugilah lelaki-lelaki yang berzina, rugilah lelaki-lelaki yang tertipu dengan wanita Dunia yang haram untuk mereka kerana diharamkan bertemu bidadari sejati kepada mereka. 


Jika inginkan wanita Dunia, muliakanlah mereka dengan jalan nikah, jadikanlah mereka sebagai KETUA bidadari di sana!

21 June 2013

Kisah Bidadari Syurga I





Kisah bidadari Syurga itu, bila didengarkan kepada wanita, maka akan terbitlah rasa cemburu para wanita yang bergelar isteri.  Tingginya cemburu sehingga ada yang sanggup berdoa, agar suami tidak dapat seorang pun bidadari di Syurga melainkan dia.

Bidadari itu diciptakan dari empat jenis bunga terwangi pernah dicipta Allah iaitu:
  • Misk
  • Anbar
  • Za’faran
  • Kafur

Kedengaran biasa-biasa saja sebab hakikat itu tidak kita fahami. Ia cuma boleh difahami bila kita lihat wanita-wanita Dunia itu ada empat kotoran yang busuk:
  • Haid
  • Istihadah
  • Nifas
  • Darah
(bersambung)

20 June 2013

Perjalanan Malam (yang patut kita tahu)



Dari zaman sekolah rendah, masuk sekolah menengah kerapkali gembira bila dapat cuti. Gembiranya cuti. Biasanya selepas cuti sehari di tengah-tengah minggu itu pasti akan ada ustaz ustazah sekolah mahupun ustaz ustazah jemputan  ceramah  Isra’ dan Mikraj.



Cuti dan ceramah


Sekdar itu pengertian tentang perjalanan Nabi SAW diwaktu malam, tentang buraq yang pantas dan permulaan perintah bersolat.

Cukup sampai situ yang aku tahu dan ambil tahu.


Lebih memeranjatkan pada umur hampir 3 dekad hidup. Baru kali ini. Baru Isra’ dan mikraj ini aku buka tafsir Surah Al- Isra’


Subhanallah.

Alhamdulillah

Allahuakbar

Menggigil. Maka aku isytiharkan diri aku WAJIB baca sekali seminggu!


19 June 2013

Kenali Frasa: Smiling Like a Fool

Smiling Like a Fool : Senyum sorang-sorang ataupun dalam peribahasa melayunya “Seperti Kera Mendapat Bunga”. Sesuatu perasaan yang thrill dan best sangat terjadi. Kuch Kuch Hota Hai.

Bila baca meaning dia macam tak berapa baik sebab ada Fool di situ. Kera pun ada juga. Tapi jangan salah faham, people saying that to you has good intentions. Contoh ayat:

“Look at Anes, smiling like a fool all day.. Maklumlah suami dia datang KL”.

It’s a good… eerrr It’s a great feeling actually.
Orang-orang yang selalu “Smiling like a fool” nih orang bercinta.

Ingatkah masa anda “Smiling Like A Fool”. Best kan?
 

18 June 2013

Sempurnakah solat kita?

Aku selalu tertanya-tanya tentang bagaimana seseorang itu melakukan solatnya. Dalam kehidupan seharianku solat di dalam surau di mana-mana jua tempat, sedang nak solat ada insan lain disebelahku ingin menunaikan solat. Aku baru membaca separuh doa Iftitah tapi insan sebelahku ini dah mula rukuk. Just wondering bacaan dia dengan bacaanku xsamakah? Yang xsama mungkin kelajuan bacaan atau surah tapi isi utama mesti sama ye x? Dia terus baca Al Fatihah ke? Xbaca Iftitah ke? Lajunyer dia baca. Tajwid, makhraj sempurna ke? Iftitah tu sunat atau wajib dibaca? Aku rujuk internet dan buku semua ada Iftitah tu. boleh tolong explain x?

17 June 2013

Sayur Kacang Masak Kicap Siri 1



Minggu itu dia dan kawan-kawan seasrama dibenarkan pulang kerumah. Dia gembira bukan kepalang , apalagi dapat pulang melepas rindu dendam pada keluarga tersayang.

Setiap langkah ke perhentian bas dia hanya senyum dengan hati yang berbunga riang.

Itu tengahari pertama dia pulang sejak tinggak diasrama. Hari itu dia nekad masakkan hidangan istimewa untuk keluarga. Sebagai isyarat yang dia kini anak gadis yang mampu banggakan mak dan ayahnya.


Makanan terhidang. Disusun ikut ajaran cikgu KHB disekolah. Sedang enak menjamu selera ayah bersuara


“ kenapa masak kicap kacang panjang ni masam?”

“ ehh, ye ke?” katanya sambil merasa


“akak terlebih letak asam jawa agaknya….”

16 June 2013

Tukar Pelan Celcom Prepaid (Bahagian I)


Pelan Celcom prepaid yang aku guna sekarang ni, pelan International. Bukan tersilap pilih beli, tapi sebab memilih nombor cantik. Takdelah cantik sangat pun sebenarnya hahaha.

Mujurlah ada cara nak pindahkan dari pelan International ni ke pelan lain yang lebih sesuai dengan kegunaan aku. Pelan yang dimaksudkan ialah Pelan X2.

Dengan penuh rasa kompiden, aku taip arahan ini dari handphone.

MIG X2

dan kemudian dihantar ke 28882.

Terus dapat balasan.

Caj RM5 akan ditolak dr akaun anda utk beralih ke pelan Xpax Baru. Bonus & 8pax/15pax/15pax/Teman20 tidak terdpt dlm pelan ini. Htr MIG YES ke 28882 utk teruskn

Eh bersambung ..


15 June 2013

Kenali Vocab: Suuk! Suuk!

Suuk! Suuk! : penggunaannya mestilah berulang dan disusuli dengan tanda seruan. Digunakan untuk memberitahu Ni! Ni! Atau Lihat Sini! Lihat Sini!

Asal perkataan adalah pengaruh dari cerita “The Fifth Element”. Pelakonnya Milla Jovovich dan Bruce Willis. Milla ni alien purba yang dijelmakan sebagai seorang gadis daripada sakibaki DNAnya dari hempasan aircraft yang dinaikinya.
Dia ni enthusiastic, excited, fast learner dan sangat curious semasa dia baru dijelmakan menjadi manusia. Dia juga kuat makan. Dengan bersungguh-sungguh dia tunjuk ayam panggang dalam microwave
 
“Suuk! Suuk!”.
 
Jadi dari situlah dapatnya perkataan “Suuk! Suuk!” ni. Kitrang ulang tengok cerita ni banyak kali kut.. “Multi Pass”

14 June 2013

Kenali Vocab: Mechak!

Mechak! : perkataan ini digunakan untuk mengatakan saya Mengantuk!. Penggunaan kebiasaannya disusuli dengan tanda seruan.. Mechak!
 
Asal perkataan ni tiada kaitan langsung dengan mengantuk.
 
Dulu aku dan sahabat tengok cerita “The Eye”. Part masa flashback kehidupan gadis malang yang boleh melihat kematian dan orang mati; di kampungnya di Thailand. Dia selalu dicemuh oleh orang kampung sebab kelebihannya. Dia tinggal bersama ibunya. Dan memanggil ibunya Mèè (pronounce: Meh); ibu dalam bahasa Thai. Suatu masa dia dah tak tahan, dia membunuh diri dalam bilik sambil memanggil-manggil ibunya..
 
Mèè Cha!, Mèè Cha!.
 
Jadi dari situlah datangnya perkataan Mechak! Macamana boleh relate dengan mengantuk?

13 June 2013

Cerita Seketul Daging

Lain di luar lain di dalam.

Tak sama. Tapi hampir serupa.

Di luar.

nampak gagah macam gajah. Mampu angkat batang pokok besar sehingga menimbulkan gerun dihati yang lebih kecil. Nampak dari jauh macam sukar untuk dijatuhkan. Ditakuti serta digeruni. Waktu gembira bisa berlari sana-sini sampai tak pandang apa-apa ditepi. Kalau bisa redah memang semua gigit jari. Tak peduli. Tak kisah langsung apa yang nak jadi.

Didalam.


Ada seketul daging tak tak nampak dengan mata kasar. Tapi boleh dirasai sendiri. Lembut.mudah terluka. sensitif dan kadang-kadang langsung tak munasabah. Aneh. Walau dibalut fizikal gagah namun hati nan seketul itu mudah benar rabak sampai terkoyak-koyak. Sakit.

12 June 2013

Kempen "Kami Benci Sampah"

Sejak VO ni, rajin buat daily cleaning. Bila wat cleaning, jelas nampak banyaknya sampah yang terhasil daripada aktiviti seharian kita. Jika purata seisi rumah menghasilkan 1 beg sampah sehari, satu kawasan perumahan yang ada 1000 rumah dah 1000 beg.. kalau 1000 kawasan perumahan? Tak ke dalam sehari, kita dah menghasilkan lebih sejuta beg sampah?

Itu sehari.

Itu satu negara.

Sampah yang dikutip dan dilupuskan tu ok lagi. Sampah-sampah yg terbiar itu yang mengundang agent2 pembiakan penyakit seperti nyamuk, lalat dan tikus. Tak lupa jugak banjir dan pencemaran udara.


Rasa mcm hidup dikeliingi sampah, yet kita masih lagi seronok menghasilkan sampah.

11 June 2013

Mimpi Mainan Tidur ?

Orang kata, mimpi itu mainan tidur. Namun, boleh jadi bingung juga sebab mimpi.

Dalam mimpi aku tadi, aku dengan rakanku berada di sebuah tempat. Tiba-tiba, kami didatangi Tuan Guru Nik Aziz yang datang berseorangan dengan kerusi roda. Rakanku itu memeluk TGNA sambil mengucapkan sesuatu kepada beliau (dah lupa isi kandungan). Mereka sama-masa menangis, dan aku yang turut tersentuh dengan pertemuan itu pun turut memeluk mereka dan menangis.

Sebenarnya, aku bukanlah peminat TGNA atas sebab-sebab tertentu. Tak perlulah tanya, ia cuma pendapat peribadi sahaja oleh aku yang kecil ini dan sukar aku nak jelaskan dengan keadaan diri aku yang dhaif ini.

10 June 2013

Tak Pandai Berterima Kasih

Ketika kecil, ibu dorongkan aku untuk sentiasa dapat nombor 1. Tapi, kalaupun aku dapat nombor 1 dan ibu-ibu anak orang lain puji "pandainya Wan, macam mana Wan belajar, nanti tunjuk anak makcik" - ibu akan "play down". "Taklah, banyak main je dia ni".

Jadilah aku, manusia yang tidak makan pujian. Kedengaran positif di situ, tapi ada satu masalah. 

Aku tak pandai mengucapkan terima kasih bila orang beri penghargaan.

Bila aku besar, barulah aku tahu bagaimana untuk membalas pujian. Disebabkan semua perkara itu datangnya dari Allah, maka hanya layak dikembalikan pujian itu kepada Allah juga.

Kerana aku ini memang tiada apa-apa.