Aku selalu tertanya-tanya tentang bagaimana seseorang itu melakukan solatnya. Dalam kehidupan seharianku solat di dalam surau di mana-mana jua tempat, sedang nak solat ada insan lain disebelahku ingin menunaikan solat. Aku baru membaca separuh doa Iftitah tapi insan sebelahku ini dah mula rukuk. Just wondering bacaan dia dengan bacaanku xsamakah? Yang xsama mungkin kelajuan bacaan atau surah tapi isi utama mesti sama ye x? Dia terus baca Al Fatihah ke? Xbaca Iftitah ke? Lajunyer dia baca. Tajwid, makhraj sempurna ke? Iftitah tu sunat atau wajib dibaca? Aku rujuk internet dan buku semua ada Iftitah tu. boleh tolong explain x?
hehehe tak berani nk komen maklum lah cetek gak bab2 Al-Quran..
ReplyDelete1. kadar bacaan cepat atau lambat. Huallahu'alam.. tapi, bacaan mengikut harkat, kita boleh pilih.. contoh: mad 'aridh, kita boleh pilih nk amik 2, 4 atau 6 (dan lebih) harkat. so kalau kita pilih untuk 2 harkat, semua dalam ayat2 yg kita baca, bila jumpa dgn mad aridhissukun ni, kena seragamkan kepada 2 harkat.. maybe benda2 ni boleh menyebabkan lama atau sekejap seseorang baca ayat..
itu kita bersangka baik je lah..
and aku pernah jugak belajar (ini aku tak cakap aku btul ke salah.. sbb ini yg aku ingat dan belajar sejak kecik hahaha.. tolong betulkan aku kalau salah) :-
takbiratul-ihram - wajib
iftitah - sunat
fatihah - wajib
surah selepas fatihah - sunat
errmm.. maybe boleh google RUKUN SOLAT.. aku pon ingat2 lupa hahaha!
RUKUN SEMBAHYANG:-
ReplyDelete1. NIAT
2. TAKBIRATUL IHRAM
3. BERDIRI BETUL
4. FATIHAH
5. RUKU
6. IKTIDAL
7. SUJUD
8. DUDUK DIANTARA 2 SUJUD
9. DUDUK TAHIYAT AKHIR
10.BACA TAHIYAT AKHIR
11.SELAWAT
12.SALAM
13.TERTIB
Betul a kata kfara tu..
ReplyDeleteaku pun selalu amik shortcut yang wajib2 aje.. isssshhh..
jangan ikut aku..
Woohhhh good info ni kak fara!
ReplyDeleteThanks!!
:)