17 June 2013

Sayur Kacang Masak Kicap Siri 1



Minggu itu dia dan kawan-kawan seasrama dibenarkan pulang kerumah. Dia gembira bukan kepalang , apalagi dapat pulang melepas rindu dendam pada keluarga tersayang.

Setiap langkah ke perhentian bas dia hanya senyum dengan hati yang berbunga riang.

Itu tengahari pertama dia pulang sejak tinggak diasrama. Hari itu dia nekad masakkan hidangan istimewa untuk keluarga. Sebagai isyarat yang dia kini anak gadis yang mampu banggakan mak dan ayahnya.


Makanan terhidang. Disusun ikut ajaran cikgu KHB disekolah. Sedang enak menjamu selera ayah bersuara


“ kenapa masak kicap kacang panjang ni masam?”

“ ehh, ye ke?” katanya sambil merasa


“akak terlebih letak asam jawa agaknya….”

2 comments:

  1. saspennya. tak sabar nak tunggu siri 2.

    ReplyDelete
  2. akak tgh berkawan dgn org jawa agaknye..ahaha

    ReplyDelete