Kalau tanya saya, sarapan yang saya suka makan dan suka
buat, jawapan saya adalah JEMPUT-JEMPUT BILIS
Walaupun namanya jemput2 bilis, biasanya bersama2 di dalamnya
kentang dan bawang. Kalau rajin, leh letak udang putih kecik2 tu.. and nak
mantop lagi, letak cili padi potong2 siap2 before goreng. Bila tergigit masa
makan, nikmat!
Syok!
Jemput2 tu ramai org panggil cekodok. Saya tatau mana datang
word cekodok, tapi nama jemput2 kerana adunan tu digoreng dengan diambil
sejemput-sejemput menggunakan hujung 5 jari. Ramai orang guna sudu, tapi saya
prefer guna hujung jari. Saya pastikan tangan sentiasa bersih!
Rangup di luar, lembut di dalam, Nikmat!
I like jemput2 mcm ni!!
ReplyDeletenota:
ReplyDeletejemputz tak de kena mengena dengan jemput-jemput.. haha
kalau dalam bahsa Kelantan.. Je'puk MakLah