10 June 2013

Tak Pandai Berterima Kasih

Ketika kecil, ibu dorongkan aku untuk sentiasa dapat nombor 1. Tapi, kalaupun aku dapat nombor 1 dan ibu-ibu anak orang lain puji "pandainya Wan, macam mana Wan belajar, nanti tunjuk anak makcik" - ibu akan "play down". "Taklah, banyak main je dia ni".

Jadilah aku, manusia yang tidak makan pujian. Kedengaran positif di situ, tapi ada satu masalah. 

Aku tak pandai mengucapkan terima kasih bila orang beri penghargaan.

Bila aku besar, barulah aku tahu bagaimana untuk membalas pujian. Disebabkan semua perkara itu datangnya dari Allah, maka hanya layak dikembalikan pujian itu kepada Allah juga.

Kerana aku ini memang tiada apa-apa.

2 comments:

  1. mak aku pon akan "play down" bila org kasik pujian.. maybe tujuan asal takmo riak.. aku pon taktau nk respon apa bila ada pujian (even when its due)

    ReplyDelete
  2. Eh.. aku sukalah entry ni!
    Thumbs UP!! HIGH UP!!

    ReplyDelete