31 August 2013

Step ringkas nak beli rumah - Part 2


Selalunyer bank akan mintak dokumen macam list kat bawah ni:
1.       IC
2.      Payslip 3 bulan
3.      Surat sah jawatan
4.      EPF Statement
5.      EA form
6.      Bank Statement(gaji masuk)
7.      Letter of Purchase agreement/S&P/Geran

So benda basic ni korang preparela dulu beforehand. Scan pastu senang nak email je kat dorang.
Kalau nak mudah lagi, register je nama kat website ni www.loanstreet.com.my then nnt dorang akan tolong kita untuk carikan bank nak apply loan. Kita just inform criteria loan macamana kite nak(refer post step ringkas nak beli rumah). Ni belum cerita pasal lawyer lagi k. Topik tu next pulak! Hehe

30 August 2013

Step ringkas nak beli rumah -Part 1


Untuk orang-orang yang baru first time nak beli rumah mesti blur what to do first! Aku ler tuuu. Now baru tau ape nak dibuat. Meh aku kasi share tips awal eh.
1.       Make sure semua commitment kita every month cantik bayarnyer. Kalau tak banyak cerita sket bank ni.
2.      Buat excel list yang contain benda-benda ni supaya senang nak call banks untuk mintak info:

Item/Banks
Bank A
Bank B
Bank C
Total loan



Max tenure



Lock in period



BFR



Interest



Monthly



Free moving cost



MRTA



Valuation fee




Bila ada list ni senang nak compare which bank we want to apply!

29 August 2013

Tragedi ngeri

Tragedi bas terjunam kat gaung di Genting Highlands baru-baru ni sangat ngeri dan menakutkan terjadi kat Malaysia. Seumur hidup aku dah 31 tahun ni belum pernah lagi aku dengar kat Malaysia berlaku kejadian macam ni. Kalau kat luar negeri tu banyakla kot. Baca paper pasal pengalaman dari org yg survived, dorang kata penumpang-penumpang jatuh tertindih macam sandwich! Mula-mula dengar suara dorang menjerit lepas sekejap tu senyap dah semua. Maksudnyer semua dah meninggal! Kesiannyer mangsa-mangsa dan ahli keluarga mereka. Siapa nak kita marah atau salahkan? Penumpang yg terselamat kata pemandu bas tu yang memang cuai sebab memandu dalam keadaan marah! Astaghfirullahalazim…

28 August 2013

Review Pendek: KIL Movie


Cerita nih nice aku suka.
Redza Minhat nih kalau korang macam ingat-ingat lupa, dia ada berlakon dalam Pisau Cukur.

Part yang aku paling terpaling suka masa dalam cerita nih is scene akhir tu masa Akil pergi kat rooftop, pandang bawah macam nak terjun. Pastu keluar pulaaak lagu latar dia “Mati Hidup Kembali” by Butterfingers. Pastu Zara datang plak bawak eskrem..

Cerita ni tak heavy sangat, boleh la nak tonton2 santai and sweet-sweet gak. Pilihan pelakon dia best. Even small scene Indian Aunty tu pun boleh kasi feel.

Tapi aku wonder.. Adik Akil mati jugak la kan? Sekali dengan Mak dia?

 

27 August 2013

Proton Saga SV ialah kereta terbaik di Alam Semesta

Ada 3 sebab mengapa Proton Saga SV memenuhi kehendak rakyat Malaysia.

Sebab Pertama:
Ia mampu dibeli dengan harga yang munasabah. Harga cuma RM33,438 di atas jalan yang bersamaan dengan RM250 sebulan ataupun RM8 sehari. Lebih rendah dari harga sekotak Dunhill !

Sebab Kedua:
Ada teknologi CVT. Jadi, penggunaan bahan api adalah lebih efisyen dan kos pun lebih rendah.

Sebab Ketiga:
Ciri-ciri TIP TOP dan keselamatan pun FIRST CLASS! Ada dual airbag (belah pemandu dan co-driver), keyless entry remote, dan banyak lagilah.

200 unit pertama habis LICIN dijual. Batch baru dalam production. Teruja tak teruja tak? Apa lagi, tempah la sekarang!



26 August 2013

Tip: Pasport Antarabangsa Kaunter Ekspress

3rd attempt aku dan suami ke Jabatan Imigresen untuk buat passport anak. Akhirnya Berjaya jugak!

Nota kepada korang yang nak buat passport SILA BUAT RESEARCH. 2x pergi Nombor Habis!

OK Nih tips kepada korang yang nak buat Pasport,
Yang ada anak bawah 2tahun, warga Emas, atau OKU.
  1. Datang le awal, tayah mandi anak dulu, sejuk.
  2. Pergilah time weekdays, sebab Sabtu dan Ahad TIADA KAUNTER EKSPRESS.
  3. Jangan lupe surat beranak anak.
  4. Ambil gambar dari kedai gambar bertauliah dan tahu skema gambar.
  5. Untuk anak, buat aje 5 tahun sebab masani half price, RM150
  6. Research sini: Jabatan Imigresen Malaysia



 

25 August 2013

100patah RAYA!


Pada tarikh entry ini, kami buat 100patah gath pertame. Yeay!

Date: Ahad, 25/8/2013
Venue: Rumah Kak Fara (Tudung Kuning) @Lorong Kiai Sujak, Kapar, Klang
 

So yang ada di dalam gambar adelah:Didie, Farah, Mas, Mukeh, Dop, Dani, & Soul.

Time nih time raya jadi nampak agak kemeriahan suasana raya baju-baju sopan dan kacak embun gitu. Ngahaha..

Kak Fara, thanks for having us. Kami tinggalkan tuan rumah dengan rumah yang bersepah untuk dikemas. Aiyo!.. ngahaha..

Dan last but not least. Thanks to members yang sudi datang ke gath 100patah nih. Especially Dop lah sebab yang lain tu dah part of geng GLC.

24 August 2013

Review Pendek: Istanbul Aku Datang


Akhirnya aku tengok gak cerita nih.

Heiii membara-bara aku time Azad pujuk Dian dengan cincin tuh. Huuuh. Dalam hati aku memanggil-manggil,

“Dian! Jangan tertipu dengan jantan-jantan sebegini!”

Alasan dia memang standard untuk peluang kedua punya alasan. Huh! Tapi kalau dah sayangkan senang aje nak kena balik. Nasib Dian baik sebab masa tu dia dah ada rebound man yang she end up marrying. Good for you Dian! 

Sweet tapi aku tak suka. Aku sangat tak OK part bersekedudukan tuh. Banyak lagi kut cara nak buat cerita tu sweet. It sends the message that ITS OK? ….. NOT COOL! NOT RIGHT!

 

23 August 2013

The Conjuring

Anda suka menonton filem seram?


Filem seram "The Conjuring" ialah filem terkini arahan James Wan. 



Tahap keseraman filem ini ialah sehingga di Filipina, pihak pawagam menjemput paderi untuk menolong penonton-penonton yang memerlukan bantuan dari segi psikologi dan emosi.


Perkara menarik mengenai pengarah muda berbakat yang berusia 36 tahun ini ialah, beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak. Bagaimanapun, beliau dibesarkan di Perth dan kini memegang kerakyatan Australia.
 
Sebelum ini, beliau lebih dikenali kerana arahan filem seram “Saw” dan juga karakter “Billy The Puppet”. Beliau juga ialah pengarah siri sekuel "Fast & Furious 7" yang bakal menemui penonton pada Musim Panas 2014 nanti.

22 August 2013

Oh My English - Bahagian 2

Pekataan hari ini ialah:
CAREER
/kəˈri(ə)r/

How do you pronounce career? I used to pronounce as ‘care-rier’. Especially time pegi interview dolu2. “I want to build my career with this company, I want more challenges in my career”. OMG blushing kejap bila teringat that moment aku pronounce benda yang salah banyak kali.
So aper kah sebutan yang sebetol2nya? Mari sebut bersama2 uols…. ‘ke-rier’. Bayangkan kuih keria senang sket nak ingat kan?

Yang penting sebut dengan confident walaupon tersalah. Still dapat jugak offer kerja time tuh hehe. Tapik bila dah tau pronunciation sebenar tuh kita kasik practice supaya tak tersasul lagik. 

21 August 2013

Tak sanggup melihat

Kenapa banyak sangat berita peperangan di Negara-negara islam ni?! Perang antara orang-orang islam sendiri pulak tu! Ya Allah apa yang Engkau hendak tunjukkan ini? Tolonglah hentikan pertumpahan darah sesama Islam. Kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa. Sedih dan pilu melihat gambar-gambar kematian mereka. 

Hanya doa yang mampu kami berikan untuk menolong mereka dari terus diseksa. Ya Allah, Kau Maha Besar lagi Maha Berkuasa, hentikanlah peperangan yang sedang berlaku di Negara-negara Islam ini. Berilah peluang anak-anak kecil itu untuk membesar dan menikmati keindahan dunia ini yang Kau ciptakan. Berilah mereka kesempatan untuk mengenali dan berbahagia bersama keluarga mereka. Amin amin Ya rabbalalamin.

20 August 2013

Kenapa aku suka "Rise of The Guardians"


I'm a Piscean.. A dreamer. Atau dalam erti kata lain, suka berangan?

Dulu, with all my heart aku percaya kewujudan Santa Claus, Jack Frost, Tooth Fairy, Easter Bunny, Sandman, Peter Pan, unicorns, Little ponies di awan, leprechaun and rainbows, Care bears, prince & princesses, kingdoms.. dan yang sewaktu dengannya.

Somehow these make-belief things, it keeps spirit alive. It gives hope.

Aku tak sure macamana nak explain kat anak aku nanti kalau dia beria percaya benda-benda ni macam aku dulu.

Sebab deep down, eventho aku tahu ni semua tak wujud tapi I like to belive it is real… in denial… Ahahahah..
 

19 August 2013

Ucapan Raya - Fara

Kuharap masih belum terlewat, untuk memohon kemaafan darimu sahabat. Semoga Ramadan memberi manfaat, dan Aidilfitri kau sambut penuh nikmat.

Sememangnya bermaafan itu sebaiknya setiap masa, bukan terhad di Aidilfitri sahaja, oleh kerana ketika Ramadan kita sudah berusaha, mengumpul harta bekal ke syurga, semoga kemaafan sesama insan menjadi pelengkap, kembali ke fitrah tanpa sekelumit pun dosa.

inshaAllah dengan izin-Nya…

Selama ini, kata-kataku mungkin berbisa, gurau sendaku mungkin tak kena pada tempatnya, Kau mungkin terguris, hatimu mungkin terhiris. Kau tahu aku bukan sempurna, tapi aku mahu mencuba, menjadi sahabat dunia akhirat.

Ikhlaskan hati kita, memberi dan menerima kemaafan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

18 August 2013

Peringatan buat Isteri

Tugas isteri adalah membantu suami dalam menguruskan rumahtangga. Jadilah isteri yang faham apa tugas seorang isteri. Jangan banyak meminta sesuatu yang suami tak mampu beri. Banyak-banyakkan berdoa agar suami kita jadi suami yang soleh, bertanggungjawab dan boleh membimbing kita ke arah jalan Allah swt. 

Ibu mertuaku selalu berpesan, rajin-rajinlah baca Yassin dan buat solat hajat jika kita mahu suami kita berubah menjadi suami yang kita inginkan. Terimalah segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada suami. Jangan pernah meninggi suara kepada suami mahupun membezakan suami dengan suami orang lain walau seburuk manapun suami kita. 

InsyaAllah rumahtangga kita bahagia hingga hujung nyawa.

17 August 2013

Peringatan buat Suami

Kamu suami-suami di luar sana yang sedang membaca coretan ini, jadilah suami yang baik, suami yang ringan tulang, suami yang penyayang, suami yang tidak menggunakan kuasa veto dalam rumahtangga. Jadilah suami yang sensitif kepada kesusahan dan kepayahan isteri menguruskan hal-hal rumahtangga. 

Tolongla jangan harapkan isteri je dalam membesar dan menguruskan anak-anak. Tolonglah jangan jadi suami yang baran dan bengis tak tentu pasal. Jadilah suami yang romantis pada isteri agar segala penat lelah isteri tu hilang bila suami layan isteri dengan baik. 

Jadilah suami yang boleh jadi suami dan sahabat baik kepada isteri! InsyaAllah Allah akan merahmati anda semua wahai Suami.

16 August 2013

Bila anak kita...


Bila anak kita dah mula belajar nak berjalan kita tak sabar nak tunggu dia boleh berjalan dan berlari. Bila anak kita dah mula belajar nak bercakap kita rasa tak sabar nak tunggu dia petah bercakap!Bila anak kita dah pandai panggil nama kita, kita rasa terharu sangat sebab dia dah boleh beza mak atau ayah dia.

Bila dia dah pandai sebut nama-nama ahli keluarga kita, kita rasa bangga dan happy jugak. Tiba-tiba rasa cepatnya anak kita membesar dan mula pulak berfikir janganlah cepat sangat anak kita membesar. Takut nanti mulalah rindu saat-saat pembesaran dan kecomelan dia masa kecil. Itulah lumrah manusia.  

15 August 2013

Ucapan Raya - Soul

Fakta raya some new, some routine for me this year...

Main bunga api & mercun pop-pop. Takbir raya. Gosok baju raya kain linen yang degil gila nak licin T____T. Carik sampin matchy2. Pujuk rayu anak pakai baju melayu. Salam raya. Family photos. Upload gambar kat instagram. Check whatsapp. Reply ucapan raya.  

Makan rendang/ lemang/ kuah kacang. Duit raya. Ziarah pusara arwah bapak and mom. Jumpa my sis & family kat Port Dickson. Tido dalam keta. Munch kuih. More photos. Layan kids. Layan traffic jam.

Selamat hari raya kengkawan online dan offline semua.


Hari bahagia, mari sama2 kita merayakannya dengan gembira.

14 August 2013

Kenangan raya Didie - Part 3

Lelaki tu sebenarnya polis yang memang sedang mencari aku di mana mak dan induk dah menungguku di balai polis rupanya! Aku tengok mak pon nangis teresak-esak dan terus memelukku. 

Mak cerita padaku balik yang dia tersedar aku hilang masa dalam bas sebab dia cari aku xjumpa! Terus dia ke balai polis buat report anak hilang. Nasib baikla kes kanak-kanak hilang masa zaman aku kecik-kecik tak sebahaya sekarang. 

Kami balik rumah nenek dan rumah dalam keadaan yang riuh rendah lepas dengar berita aku hilang. Semua orang bertanya macam mana aku boleh hilang. Kids being kids la kan senyum dan cerita saje.

13 August 2013

Kenangan raya Didie - Part 2


Dah leka tengok mainan org aku lepaskan tangan mak yang sedang memegang aku. Nak pegi tengok lagi dekat mainan dia. Sempat jugak aku senyum kat budak cina tu. Hehe Dah agak lama terralit aku pon menoleh kebelakang nak cari mak. 

Alamak! Mak xde! Induk pon tak nampak! Mana maaakkk??!! Aku menangis sendirian dan tiba-tiba aku didatangi dua orang lelaki yang tidak dikenali. 

Masa tu memang aku tengah nangis sakan. Dua lelaki tadi ambik aku dan bawak masuk ke dalam kereta. Tanpa berfikir panjang aku ikut je sambil nangis teresak-esak sebab takut. Lelaki tu cuba memujukku dengan menghulurkan  sebiji buah epal.

12 August 2013

Kenangan raya Didie - Part 1

Kenangan raya aku yang paling terkesan sekali dalam hati adalah masa umur aku 8 tahun kot. Tahun tu turn beraya di kampong belah mak kat Alor Gajah. So kami sekeluarga biasanya akan pulang awal sehari sebelum hari raya. 

Petang bantai tu, mak and induk nak pergi ke pekan Tampin buat last minit shopping. Tak ingat plak mak cari apa masa tu tapi aku memang ikut dorang sekali laaa. Tengah mak and induk leka menyopping, aku pon leka tengok mainan yang dipegang sorang budak lelaki cina. 

Memang ralit betul menengoknyer sampai tak kelip-kelip mata mandang. Bestnyer mainan budak tu getir hati.

11 August 2013

Tazkirah Untuk Khalifah - Bahagian 3



“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” (Al-Baqarah: 183)

Kalau dilihat dari sudut sistem:

Input ->| Proses |-> Output

Maka al-Quran telah mendahului kita dengan memberikan contoh proses berpuasa dan hasil atau outputnya.

Input = Iman
Proses = Puasa
Output = Taqwa

Sekiranya selepas berpuasa kita masih lagi tidak mendapat ketaqwaan mahupun meningkatkan sedikit ketaqwaan sebelum kita berpuasa, maka sama-samalah kita bermuhasabah. Cubalah periksa, mungkinkah iman atau pun ibadah puasa kita masih ada kekurangan.

Semoga puasa dan ibadah kita semua diterima Allah.

10 August 2013

Ucapan Raya - Dani Neh

Dengan rendah diri dan menyusun jemari
Aku ingin memohon maaf jika ada terkecilkan hati
Terkasar bahasa, terover perangai, terlupa diri
TerExit whatsapp Group, termerajuk dan lari
Sungguh semua itu manusia dan emosi
Sejak azali tak boleh lari
 
Semoga semua mendapat kerahmatan Ilahi
Dan Peroleh kegumbiraan walau hanya happy sebab cuti
Dalam pada itu sentiasalah beringat di segala segi
Beringatlah masa makan supaya tidak merana ceri-beri
Beringatlah masa memandu supaya selamat ke destinasi
Beringatlah masa maen mercun supaya masih ada jari menulis entry
Beringatlah beringatlah supaya lepas raya tak sambung MC
 


Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin, ikhlas dari aku Nurmadani
 

 

09 August 2013

Ucapan Raya - Mas

Assalamualaikum dan salam 100patah (saje nk tukau salam 1Malaysia haha)
Disini saya nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua penulis dan pembaca 100patah sekalian yang dirahmati Allah sentiasa, insyaAllah. Harap semua dapat memaafkan saya yang tidak terlalu aktif untuk mengepost entry, dan keEMOan yang agak terlampau semasa menulis entry sendiri, maupun membalas komen, maupun menyepam thread2 yang ada.
Semoga satu hari nanti kita semua akan dapat bertemu muka; mana la tau ada reunion ke apa ke kan :) Sehingga itu, kita tunggggggu je lah!
 
Moga semua selamat pergi dan balik, walau ke mana jua destinasi raya korang.
 
Ikhlas
 
NP


08 August 2013

Ucapan Raya - Suhaila

Kawan-kawan 100patah..

Hampir setahun kite bersama di alam blogger dan whatsapp.. ade yg bertahun dah kenal.. ade jugak yang baru kenal.. tapi macam dah rapat sesangat.. dah bermacam-macam kita kongsikan bersama.. kite bergosip.. kiter bertukar info.. kite beronline marketing.. memang fun..

Maka sempena hari raya ni.. saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang  perkenalan kita.. saya ade terkasar bahasa dan terlanjur kata sampai ada yang terasa hati.. mahupun kecik hati.. saya jugak nak mintak maaf sebab jarang sangat buat entri kat sini.. saya manusia tak sempurna.. maafkan saya zahir dan batin..


Semoga anda semua dirahmati Allah dibulan kemengan ini.

07 August 2013

Eid Mubarrak!

Insha-Allah, Esok Hari Raya!!

‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Ye, tiada yg lebih indah daripada menjadi insan yang kembali ke fitrah, yang suci daripada dosa dan noda. Insha Allah..  

Jom tgk checklist antara yang disunatkan pada pagi hari raya.. 
(Sunat: buat dpt pahla, tinggal tak berdosa)
-            
  • Bertakbir dari masa terlihat anak bulan (pengumuman oleh mohor besar raja2) hinggalah imam selesai khutbah pada pagi raya

  • Ucapan

  • Mandi sunat hari raya, sebelum solat aidilfitri

  •  Makan sebelum solat aidilfitri

  • Memakai pakaian indah

  • Solat sunai hari raya

  •  Bergembira pada hari raya

  • Eid Mubarrak!

    06 August 2013

    QA Puasa bersama Ustaz Muhamad Bahagian 2/2

    Q: Perempuan yang ada anak kecil dan solat terawih
    A: Ikutlah tanggungjawabnya di mana. Solat terawih berjemaah adalah sunat. Jika ada anak kecil, solat di rumah pun ok.

    Q: Kenapa nabi ajar doa’ malam Lailatul Qadr itu mementingkan memohon kemaafan dari Allah. Kenapa tak minta kesenang ke, masuk syurga ke? Refer entry: Doa
    1. Orang yang banyak dosa selalu di timpa musibah. Dan apabila berdoa’, doanya tak makbul pun. Asik susah aje. Asik tak tenang aje. Dengan meminta keampunan in shaa Allah dipermudahkan.
    2. Nabi mengajar cara berdoa’. Membiasakan kita dengan budaya berdoa’. Kerana doa’ itu senjata orang mukmin.

    05 August 2013

    QA Puasa bersama Ustaz Muhamad Bahagian 1/2

    Q: Bagaimana perempuan yang ‘uzur’ ingin memanfaatkan ibadah di malam Lailatul Qadr?
    A:

    Rasulullah suka akan kebersihan, kawasan rumah yang bersih.
    Jadi bersihkan diri, berhiaslah di rumah. Cantas la apa-apa yang panjang, bersihkanlan mana-mana yang kotor.
    Bersihkan kawasan rumah, kemas rumah. Ingat setiap pahala yang kita buat akan berganda 1000 bulan. Kalau gantung langsir pada malam Lailatul Qadr. Dapat pahala menggantung langsir untuk 1000 bulan.


    Q: Di bulan Ramadhan, Pahala berganda, kalau dosa macamana?
    A: Dosa tidak berganda.


    Q: Solat Terawikh sebenarnya berapa rakaat?
    A: asalnya 2 rakaat. Kebiasaan kat sini 8 Rakaat dan 20. Boleh buat any numbers actually.

    04 August 2013

    Tanah Haram

    Saja nak share kegembiraan dengan kawan2 yang saya telahpun selamat kembali ke tanah air setelah balik dari Umrah. First day puasa saya bersahur di Malaysia dan berbuka kami di Madinah. Subhanallah. Pengalaman yang cukup berharga bagi diri ini kerana pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Haram dan berpuasa pulak di sana. First day sampai di Madinah saya berpuasa hampir 17 jam lamanya tetapi Alhamdulillah sedikit pun rasa lapar atau dahaga tidak menjengah! Panas?? Ya memang panas tapi Allah melayan kami tetamunya dengan baik sekali. Dia hilangkan rasa penat,lemah sebab jauh perjalanan dan memudahkan setiap urusan kami di sana. Syukur Alhamdulillah.

    03 August 2013

    Getaran itu Pencarian



    Aku percaya, tiada satu pun disekeliling kita yang wujud dan jelma tanpa asbab yang kosong sia-sia. Hati adalah ‘organ’ yang sentiasa mencari jalan pulangnya diiringi jiwa menuju Penciptanya. Aku percaya manusia yang tiada percaya Tuhan sekali pun, akan percaya ada sesuatu yang lebih besar darinya. Paling-paling, cikgu besar yang lebih garang, atau ibu bapa yang lebih berkuasa, atau bos yang menentukan naik pangkatnya. Manusia memang akan selalu rasa ada yang 'lebih besar' darinya.

    Dalam itu, senyap senyap dia mencari. Senyap senyap juga dia menafi. Kerana fakta yang didamba tak dijumpai.

    Dan jiwa aku sejak 2 hari lepas, bergetar mendengarkan ini.