“Wahai
orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang
yang bertaqwa” (Al-Baqarah: 183)
Kalau dilihat dari sudut sistem:
Input ->| Proses |-> Output
Maka al-Quran telah mendahului kita dengan memberikan contoh proses
berpuasa dan hasil atau outputnya.
Input = Iman
Proses = Puasa
Output = Taqwa
Sekiranya selepas berpuasa kita masih lagi tidak mendapat ketaqwaan
mahupun meningkatkan sedikit ketaqwaan sebelum kita berpuasa, maka sama-samalah
kita bermuhasabah. Cubalah periksa, mungkinkah iman atau pun ibadah puasa kita
masih ada kekurangan.
Semoga puasa dan ibadah kita semua diterima Allah.
No comments:
Post a Comment