19 August 2013

Ucapan Raya - Fara

Kuharap masih belum terlewat, untuk memohon kemaafan darimu sahabat. Semoga Ramadan memberi manfaat, dan Aidilfitri kau sambut penuh nikmat.

Sememangnya bermaafan itu sebaiknya setiap masa, bukan terhad di Aidilfitri sahaja, oleh kerana ketika Ramadan kita sudah berusaha, mengumpul harta bekal ke syurga, semoga kemaafan sesama insan menjadi pelengkap, kembali ke fitrah tanpa sekelumit pun dosa.

inshaAllah dengan izin-Nya…

Selama ini, kata-kataku mungkin berbisa, gurau sendaku mungkin tak kena pada tempatnya, Kau mungkin terguris, hatimu mungkin terhiris. Kau tahu aku bukan sempurna, tapi aku mahu mencuba, menjadi sahabat dunia akhirat.

Ikhlaskan hati kita, memberi dan menerima kemaafan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

1 comment:

  1. selamat hari raya kak fara. aku rasa entry nih font dia begitu besar skali hehehe

    ReplyDelete