23 August 2013

The Conjuring

Anda suka menonton filem seram?


Filem seram "The Conjuring" ialah filem terkini arahan James Wan. 



Tahap keseraman filem ini ialah sehingga di Filipina, pihak pawagam menjemput paderi untuk menolong penonton-penonton yang memerlukan bantuan dari segi psikologi dan emosi.


Perkara menarik mengenai pengarah muda berbakat yang berusia 36 tahun ini ialah, beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak. Bagaimanapun, beliau dibesarkan di Perth dan kini memegang kerakyatan Australia.
 
Sebelum ini, beliau lebih dikenali kerana arahan filem seram “Saw” dan juga karakter “Billy The Puppet”. Beliau juga ialah pengarah siri sekuel "Fast & Furious 7" yang bakal menemui penonton pada Musim Panas 2014 nanti.

No comments:

Post a Comment