Saja nak share kegembiraan dengan kawan2 yang saya telahpun selamat kembali ke tanah air setelah balik dari Umrah. First day puasa saya bersahur di Malaysia dan berbuka kami di Madinah. Subhanallah. Pengalaman yang cukup berharga bagi diri ini kerana pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Haram dan berpuasa pulak di sana. First day sampai di Madinah saya berpuasa hampir 17 jam lamanya tetapi Alhamdulillah sedikit pun rasa lapar atau dahaga tidak menjengah! Panas?? Ya memang panas tapi Allah melayan kami tetamunya dengan baik sekali. Dia hilangkan rasa penat,lemah sebab jauh perjalanan dan memudahkan setiap urusan kami di sana. Syukur Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment