03 June 2013

Autocruise



Autocruise.

Itu kiasan kepada pemanduan tanpa sedar semasa pergi dan balik dari kerja.Tidak kira pemanduan kereta mahu pun motorsikal. Hanya mengambil masa kurang sebulan untuk otak kita menyimpan data-data laluan perjalananan, laluan touch N go atau smart tag, speed trap point, tempat perlu beri laluan, landmark tertentu, termasuklah lopak atau lubang yang perlu dielak.

Kita hanya terganggu apabila papan iklan bertukar wajah.
Kita mungkin akan tersedar pabila minyak sudah merah.
Kita rasa gundah bila nilai touch n go sudah rendah.
Lagi resah bila penumpang sebelah marah-marah.

Bagi yang tidak pernah merasai autocruise. 
Hati-hati lah. 

Otak anda mungkin sudah separa parah.

1 comment:

  1. Sib baek dah jadi pabliktransporter skang nih..
    Babai Jammers!

    ReplyDelete