25 June 2013

Kulit lembu adalah lauk!

Bagi yg tak tahu, mungkin akan sedikit menjuih bibir atau mengerut dahi. Bagi saya, tiada yang pelik pun. Dari kecil saya terdedah dengan kulit lembu sebagai lauk, selain daging, tetel, babat, hati, paru dan kaki lembu.

Kulit yg dah disiat dari badan, dijemur hingga kering. Proses pengeringan boleh sampai bebulan atau bertahun2. Bila dah kering, digunting dan dipanggang bagi menghilangkan bulu2nya… kemudian direndam bagi menanggalkan kotoran semasa memanggang. Usai rendam barulah direbus. Proses rendaman dan rebusan menjadikan kulit mengembang dan melembut.

Hiris kecil2 dan masaklah ikut selera! tumis bersama sayur atau makan camtu je dgn cili dan kicap pon sodap!




5 comments:

  1. dah macam sotong kembang aku tgk..buat kulit lembu kangkong pun sedap nih

    ReplyDelete
  2. #gulpppp!

    D masih belum boleh terima mkn mknan seperti ini.

    Sekian...


    Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang kita dah makan masa pergi rumah orang. Rasa sedap, tapi segan nak tanya.

      Agak2 kalau tuan rumah kata "kulit lembu", akan stop makan ke atau makin laju?

      Heheheheeee.

      Delete
  3. family aku pon makan.. aku err.. takper laa... macehhh.. ;-)

    ReplyDelete
  4. Ferst time encounter aku ingatkan perut..
    mmg fevered aku la perut..
    aku makan banyak2 kat kenduri bertunang kawan..

    sekali dia kata kulit lembu?
    errrrr....




    sedap jugak eh..
    pfft ppfft.. terasa2 bulu kat tekak sebenarnya takde pun.. saikoloji

    ReplyDelete