01 January 2014

Manisnya 2013 - Mas



Assalamualaikum dan salam tahun baru semua. 


Manisnya tahun lepas kan. Alhamdulillah. TQ Allah atas nikmat kesihatan dan kemampuan kpd kita semua untuk melaksanakan segala apa yg telah kita capai 2013. Setelah berehat setahun (2012) Mas dah balik ke asal (tapi lebih tembammmmmm-lah-sangatt!) dengan membeli motor baru, panjat Gunung Kinabalu utk kali ke2, kembali scuba diving, outdoor impromptu, dan paling berharga kini 3beradik completely insane with riding activities.. Hehe..  


Pencapaian lain masih blom nampak sangat, walaupun keje dah sploh tahun, tp masih level kuli je..tp apapun Alhamdulillah, masih ok lagi. Boifren? Ok,..yg tu lg laa takleh komen! Aww..  


Korang plak, cane?




Manisnya 2013 - Soulie

Tiap2 tahun harapan yg sama cuma ayat yg berbeza. But of course 2013 has its special moments. 

I got my new ride, first time merasa full bonus, threw a birthday party for Qeeb and i’m sooo gonna print photos of him crying in front of his birthday cake for 3 years in a row and most probably a video montage on his wedding, I read more books even though most of it were only 5 pages.

I’ll definitely treasure all the small things that make me smile. All those ups and downs are just a part and parcel in life. 

31 December 2013

Manisnya 2013 - Didie

Perkara terindah berlaku sepanjang tahun 2013 adalah kesempatan saya menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.Tidak dijangka saya akan ke Mekah tahun ini cuma menanam niat sahaja.Tak sangka Allah tunaikan sebegini cepat. Alhamdulillah rezeki. Saya juga telah diserap menjadi pekerja tetap dalam syarikat pada mei yg lalu.Penantian yang sungguh menyeksakan rasanya sebab menunggu saat-saat faedah syarikat layak digunakan selain merasa bonus kebaboommm itewww.Syukur sangat2! Yang paling best jugak, sudah tercapai hasratku untuk kembali ke berat badan ideal yang kuinginkan!Hahaha jangan jeles ye kawan2! Resepinyer selain makan vitamin Shaklee saya juga bersenam dan menjaga memilih makanan untuk dimakan!Baru rasa seperti sebelum menjadi ibu!Lalala

Manisnya 2013 - DarkWan

Buat pertama kali dalam tempoh 8 tahun kerjaya, aku berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri di awal tahun. Tanpa ilmu yang cukup di dada, cuma redah saja. Pengalaman manis, masam dan pahit, sudah aku rasa sebelum aku kembali bekerja semula ketika hujung tahun. Manisnya? Bebas seperti burung yang melungsur dari cenuram tinggi menghadap laut lepas dihembus dengan angin dingin.

Tahun ini juga aku dapat cahaya mata sulung. Dah tentulah, perkara paling manis untuk tahun ini untukku. Celik mata dan melihat zuriat sendiri di samping, perasaan sukar digambarkan dengan kata-kata, cuma dapat difahami oleh  mereka yang juga bergelar ibu dan bapa.






Manisnya 2013

2013. Banyak yang manis, dan masih lagi menanti yang paling manis akan berlaku – sehingga saat-saat akhir tahun nanti. (Ketika saya menulis, ada 4 hari sebelum tahun 2013 berakhir jadi saya tak boleh kata yang paling manis sudah berlaku)


Menceburi perniagaan MLM (Shaklee) secara kecil-kecilan di dalam talian (online) adalah antara yang paling manis pada tahun ini. Tak sangka, tapi tak kesal juga. Alhamdulillah, mula mengecap manisnya.



Bulan terakhir 2013 saya menerima satu lagi berita gembira yang akan terus menjadi kemanisan selagi hayat dikandung badan di dunia dan akhirat nanti. Belum disahkan oleh pakar, namun boleh tersenyum dengan keputusan pemeriksaan sendiri.

20 September 2013

Kegunaan Tiang Elektrik

Fungsi tiang elektrik sebenar ialah untuk menyalurkan bekalan elektrik. Tetapi, ia juga mempunyai kegunaan tambahan lain.

1. Landmark rumah

“Man, rumah kau kat mana?”
“Kau kira sampai tiang elektrik nombor 60, rumah aku kat dalam tu”

2. Tempat Kencing

Bukan setakat anjing, kadang-kadang ada juga manusia kencing kat tiang elektrik. Gross !



3. Benchmark Mat Rempit

“Setakat motor buruk kau tu Pablo, simpan kat rumah je lah. Minggu lepas kau cicir 2 tiang”



4. Tempat Pertemuan

“Nanti Yah tunggu Abang kat tiang nombor 134 ye? Hari ni kita pergi jalan-jalan tengok wayang”

5. Ikat Pencuri

 

Tambahkan kegunaan lain dalam ruangan Comment!

(Gambar: Google.com)
 

11 September 2013

Corat-Coret Penjaja Kecil - Tentang Perniagaan

Berniaga ni, sunnah. Itupun, kalau ikut cara Rasulullah berniagalah. Antara sunnah berniaga ni termasuklah cara berniaga tu sendiri. Kalau menipu dalam berniaga, tak perlulah nak keluarkan “sebab berniaga nak ikut sunnah” tu. Itu namanya dah punah runah.

Bukan semua orang pandai berniaga. Tapi semua orang pun sebenarnya berniaga. Perasan dengan tak perasan je. Orang makan gaji contohnya, menjual masa, tenaga dan idea dia selama 8 jam untuk bekerja dengan majikan masing-masing.

Pandai berniaga ni bagi aku dengan cara memaksimakan keuntungan dengan kos yang sedikit. Tapi, kena balik kepada “sunnah” tu semula. Berniaga kena jujur, tidak mengambil keuntungan berlebihan dan sebagainya.

10 September 2013

Budi baik dibawa mati

Budi baik dibawa mati.

Bawak mati je ke? taknak appreciate masa idup ke?

hangin betul bila dapat berita ada department yang taknak buat keraian utk org yg nak berenti or tuka department atas permohonan sendiri. Kalau dipindahkan atas kehendak atasan, ada la majlis, tp kalau mintak tukar or benti keje takde majlis or hadiah walaupun org tu dah keje lama gila kat situ.

Macam bangang kan? gila emosi betul entry aku nie. Hahaha. tapi biar ah. tak kira. Saya tak puas ati!! ..takkan laa berkira sangat weh.. isk xpaham aku!

Disclaimer: bukan saya okeh yang nak sangat diraikan tuh! haha

09 September 2013

Permudahkan segala urusan kita


Selalu terfikir dan tertanya-tanya kenapalah susah sangat nak selesaikan satu-satu perkara. Kenapalah bukan rezeki aku untuk dapatkan sesuatu yang aku nak. Kenapa rasa jauh je perjalanan ni padahal dekat je destinasi yang nak dituju. Banyak sangat soalan yang hari-hari duk tanya benda yang sama. Jawapannya adalah marilah kita kerap lakukan Solat Sunat Dhuha! Bukan lama dan susah pun.
Niat:


Rakaat pertama baca Al Fatihah dan Surah Al-Kafiruun. Rakaat kedua baca Al Fatihah dan Surah Ad-Dhuha.

Untuk mudah hafal doa Dhuha ni aku save as favourite dalam Youtube lepas tu dengar berulang-ulang kali. Alhamdulillah now dah hafal! Jom Dhuha now kawan-kawan!

08 September 2013

Tak Jawab Soalan

Rancangan “Nasi Lemak Kopi O” tadi mengetengahkan isu "jawab soalan dengan soalan".

Dialog lebih kurang macam ni.

Gadis A: Weh, jom pergi makan. Aku laparlah.
Gadis B: Kau lapar ke?

Kelakar kan? Cuma, dalam situasi ni, bagi aku tiada masalah.

Sebaliknya dalam hal lain, aku ni sedikit hampa bila kita tanya sesuatu, orang balas “rujuklah Al-Quran dan Hadith”.

Betul jawapan tu, tapi .. macam tak membantu je?

Contohnya, kalau orang tanya macam mana perempuan nak tutup aurat, beritahulah kena tutup semua bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Kalau tahu, kongsikanlah.  Kalau tak tahu, jangan buat orang sakit hati.

Ishh.

07 September 2013

3 patah perkataan

Percaya tak dengan 3 patah perkataan mampu mengubah hidup kita? Mungkin kita tak perasan tapi bila dibaca balik memang make sense. Baru-baru ni aku tengok satu video pasal penunggang motosikal yang dilanggar lari. Melanting penunggang tu nauzzubillah. Alhamdulillah dia selamat tanpa sebarang kecederaan tapi lebam-lebam atau scratch sikit mungkin ada. Ntah macamana ada pulak pemandu kereta lain yang merakam video tersebut. Itu satu kebetulan atau memang dirancang? Wallahualam. Jika benarlah ia berlaku cuba renung 3 patah perkataan ini..”MERAH TANDA BERHENTI!”, “MEMANDU DENGAN BERHATI-HATI”, “JANGAN CUAI MEMANDU”, “SAYANGILAH DIRI ANDA”, “ANDA MAMPU MENGUBAHNYA”. Kebetulan terdengar topik ini di radio pagi tadi.

06 September 2013

Tazkirah: Siapa Syiah? bersama Ustaz Aizam JAKIM Bahagian 3

Fakta menarik: Semua 11 Imam Syiah yang sudah ada tu semuanya Ahli Sunnah (Sunni)
Dikatakan untuk mengelirukan kita.
 
Fakta menarik lagi: Syiah DIHARUSKAN untuk berpura-pura (Taqiyyah).  Harus Bohong.
Dalam banyak-banyak ajaran sesat, Syiah yang paling banyak berbohong, mengada-adakan riwayat, menggunakan nama-nama anak cucu cicit Rasulullah untuk mengelirukan Sunni. Beware OK.

Bila Syiah masuk Malaysia?
Sewaktu revolusi Syiah tahun 1979 iaitu sewaktu Ayatullah Khomeini menjatuhkan Shah Iran.
Syiah menular secara sedikit-sedikit, perlahan-lahan di dalam masyarakat. Sekitar awal 1990an mula wujud hukum-hukum pelik; Nikah Mut’ah, penyebaran buku-buku syiah di Malaysia maka sewaktu itulah baru sedar yang Syiah sudah mula bertapak di Malaysia.


05 September 2013

Tazkirah: Siapa Syiah? bersama Ustaz Aizam JAKIM Bahagian 2

Apa itu Sunni?
Adalah Ahlus-Sunnah wal Jama'ah (Bahasa Arab: أهل السنة والجماعة) atau lebih sering disingkat Ahlul-Sunnah (bahasa Arab: أهل السنة) atau Sunni adalah mereka yang senantiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al Qur'an dan hadits yang shahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran Syi'ah.
In other words, kita ni
Sunni lah.

Di dalam kepercayaan Syiah Imam 12 (SI12), Imam Mahdi iaitu Imam yang terakhir sudah lahir 200+ tahun tetapi sedang dalam persembunyian. Dikatakan beliau merupakan anak kepada Imam Hassan al-Asykari yang menurut Sunni, mandul sebenarnya.