Showing posts with label 100 patah luahan. Show all posts
Showing posts with label 100 patah luahan. Show all posts

10 September 2013

Budi baik dibawa mati

Budi baik dibawa mati.

Bawak mati je ke? taknak appreciate masa idup ke?

hangin betul bila dapat berita ada department yang taknak buat keraian utk org yg nak berenti or tuka department atas permohonan sendiri. Kalau dipindahkan atas kehendak atasan, ada la majlis, tp kalau mintak tukar or benti keje takde majlis or hadiah walaupun org tu dah keje lama gila kat situ.

Macam bangang kan? gila emosi betul entry aku nie. Hahaha. tapi biar ah. tak kira. Saya tak puas ati!! ..takkan laa berkira sangat weh.. isk xpaham aku!

Disclaimer: bukan saya okeh yang nak sangat diraikan tuh! haha

08 September 2013

Tak Jawab Soalan

Rancangan “Nasi Lemak Kopi O” tadi mengetengahkan isu "jawab soalan dengan soalan".

Dialog lebih kurang macam ni.

Gadis A: Weh, jom pergi makan. Aku laparlah.
Gadis B: Kau lapar ke?

Kelakar kan? Cuma, dalam situasi ni, bagi aku tiada masalah.

Sebaliknya dalam hal lain, aku ni sedikit hampa bila kita tanya sesuatu, orang balas “rujuklah Al-Quran dan Hadith”.

Betul jawapan tu, tapi .. macam tak membantu je?

Contohnya, kalau orang tanya macam mana perempuan nak tutup aurat, beritahulah kena tutup semua bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Kalau tahu, kongsikanlah.  Kalau tak tahu, jangan buat orang sakit hati.

Ishh.

21 August 2013

Tak sanggup melihat

Kenapa banyak sangat berita peperangan di Negara-negara islam ni?! Perang antara orang-orang islam sendiri pulak tu! Ya Allah apa yang Engkau hendak tunjukkan ini? Tolonglah hentikan pertumpahan darah sesama Islam. Kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa. Sedih dan pilu melihat gambar-gambar kematian mereka. 

Hanya doa yang mampu kami berikan untuk menolong mereka dari terus diseksa. Ya Allah, Kau Maha Besar lagi Maha Berkuasa, hentikanlah peperangan yang sedang berlaku di Negara-negara Islam ini. Berilah peluang anak-anak kecil itu untuk membesar dan menikmati keindahan dunia ini yang Kau ciptakan. Berilah mereka kesempatan untuk mengenali dan berbahagia bersama keluarga mereka. Amin amin Ya rabbalalamin.

18 August 2013

Peringatan buat Isteri

Tugas isteri adalah membantu suami dalam menguruskan rumahtangga. Jadilah isteri yang faham apa tugas seorang isteri. Jangan banyak meminta sesuatu yang suami tak mampu beri. Banyak-banyakkan berdoa agar suami kita jadi suami yang soleh, bertanggungjawab dan boleh membimbing kita ke arah jalan Allah swt. 

Ibu mertuaku selalu berpesan, rajin-rajinlah baca Yassin dan buat solat hajat jika kita mahu suami kita berubah menjadi suami yang kita inginkan. Terimalah segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada suami. Jangan pernah meninggi suara kepada suami mahupun membezakan suami dengan suami orang lain walau seburuk manapun suami kita. 

InsyaAllah rumahtangga kita bahagia hingga hujung nyawa.

17 August 2013

Peringatan buat Suami

Kamu suami-suami di luar sana yang sedang membaca coretan ini, jadilah suami yang baik, suami yang ringan tulang, suami yang penyayang, suami yang tidak menggunakan kuasa veto dalam rumahtangga. Jadilah suami yang sensitif kepada kesusahan dan kepayahan isteri menguruskan hal-hal rumahtangga. 

Tolongla jangan harapkan isteri je dalam membesar dan menguruskan anak-anak. Tolonglah jangan jadi suami yang baran dan bengis tak tentu pasal. Jadilah suami yang romantis pada isteri agar segala penat lelah isteri tu hilang bila suami layan isteri dengan baik. 

Jadilah suami yang boleh jadi suami dan sahabat baik kepada isteri! InsyaAllah Allah akan merahmati anda semua wahai Suami.

16 August 2013

Bila anak kita...


Bila anak kita dah mula belajar nak berjalan kita tak sabar nak tunggu dia boleh berjalan dan berlari. Bila anak kita dah mula belajar nak bercakap kita rasa tak sabar nak tunggu dia petah bercakap!Bila anak kita dah pandai panggil nama kita, kita rasa terharu sangat sebab dia dah boleh beza mak atau ayah dia.

Bila dia dah pandai sebut nama-nama ahli keluarga kita, kita rasa bangga dan happy jugak. Tiba-tiba rasa cepatnya anak kita membesar dan mula pulak berfikir janganlah cepat sangat anak kita membesar. Takut nanti mulalah rindu saat-saat pembesaran dan kecomelan dia masa kecil. Itulah lumrah manusia.  

31 July 2013

ramadhan raya random

Tak de topic nak tulis.. tapi untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini.. maka mari kite menulis secara random.

  1. kurang dari 2 minggu lagi nak raya.. cepatnye kan.. rase macam baru je 2/3 hari lepas mula puasa.. hmmm….
  2. shopping kompleks dah mula sesak dengan orang sebok nk beli baju and persiapan raya.. sampai ade yang sanggup korban solat jumaat.. hmmmm….
  3. Tak tahu kenapa param tahun ni sangat tak meriah.. tak tau la aku je yang rase camtu.. atau memang dah tak meriah…
  4. Untuk tahun yang ke-3.. raya aku kosong.. rindu nak raya dengan arwah mak… huhuhuh..


12 July 2013

Tarbiyah Menuntut Ilmu



Satu hari..
Lepas satu hari..
Dan lepas satu hari..
Hari demi hari..

Dalam usia yang dah mencecah lebih suku abad, Tuhan tarbiyah dengan cara berbeza sampai perspektif pun berubah dari satu fasa ke fasa yang lain. Nikmat makna dalam kata yang kita sebut sebut tak akan terbit sampailah orang kata kene setepek kat muka sendiri.

Hari ni kita kata pada orang “sabar, ini semua ujian”
Esok kita rasa sendiri “beratnya ujian ni..mana sabar?”

Sungguh.

Mahalnya sabar, mahalnya iman.
Kalau tak, tak adalah dinamakan menuntut ilmu di jalan Allah itu sebagai Jihad.
Nampak mudah bagi orang lain.
Sendiri, azab.

Iman, teguhlah.

23 June 2013

Tukar Pelan Celcom Prepaid (Bahagian II)

Fuh! Excited ni! Dengan hati yang berbunga-bunga, aku pun taip

MIG YES YES YES YES YES YES YES!!!

Sebenarnya nak buat macam tu tapi nanti arahan salah pula. Jadi, aku taip ni je..

MIG YES

Dan hantar ke 28882. Sistem kemudian memberi makluman:

Arahan tidak sah.Sila taip MIG HELP untuk perkhidmatan peralihan pelan atau 15PAX HELP untuk 15pax & hantar ke 28882

Aik? Silap hantar arahan ke? Salah UPPER CASE dengan lower case ke? Takpe, buat dua-dua.

Lower case: mig x2, 28882, mig yes –> arahan tidak sah
UPPER CASE: MIG X2, 28882, MIG YES –> arahan tidak sah

EHHH??


Bersambung..

16 June 2013

Tukar Pelan Celcom Prepaid (Bahagian I)


Pelan Celcom prepaid yang aku guna sekarang ni, pelan International. Bukan tersilap pilih beli, tapi sebab memilih nombor cantik. Takdelah cantik sangat pun sebenarnya hahaha.

Mujurlah ada cara nak pindahkan dari pelan International ni ke pelan lain yang lebih sesuai dengan kegunaan aku. Pelan yang dimaksudkan ialah Pelan X2.

Dengan penuh rasa kompiden, aku taip arahan ini dari handphone.

MIG X2

dan kemudian dihantar ke 28882.

Terus dapat balasan.

Caj RM5 akan ditolak dr akaun anda utk beralih ke pelan Xpax Baru. Bonus & 8pax/15pax/15pax/Teman20 tidak terdpt dlm pelan ini. Htr MIG YES ke 28882 utk teruskn

Eh bersambung ..


12 June 2013

Kempen "Kami Benci Sampah"

Sejak VO ni, rajin buat daily cleaning. Bila wat cleaning, jelas nampak banyaknya sampah yang terhasil daripada aktiviti seharian kita. Jika purata seisi rumah menghasilkan 1 beg sampah sehari, satu kawasan perumahan yang ada 1000 rumah dah 1000 beg.. kalau 1000 kawasan perumahan? Tak ke dalam sehari, kita dah menghasilkan lebih sejuta beg sampah?

Itu sehari.

Itu satu negara.

Sampah yang dikutip dan dilupuskan tu ok lagi. Sampah-sampah yg terbiar itu yang mengundang agent2 pembiakan penyakit seperti nyamuk, lalat dan tikus. Tak lupa jugak banjir dan pencemaran udara.


Rasa mcm hidup dikeliingi sampah, yet kita masih lagi seronok menghasilkan sampah.

04 June 2013

Dari kacamata seorang JDTian.

Mereka berbondong2 datang, memenuhi segenap ruang.  Solo, berdua, bersama geng sekepala, atau yang berkeluarga – tujuan mereka sama, sokong pasukan mereka!

Ada situasi, mereka membawa anak di dlm kandungan tapi masih sanggup berebut berhimpit-himpitan.

Ada situasi, mereka membawa anak kecil yang belum faham. Tika hari kian malam, si-anak mungkin keliru dalam kebisingan, mungkin terlena dalam dakapan ibu yang gigih berteriak dan bersorak.

Ada situasi, Si-bapa menyumpah, Si-ibu memaki. Tak sampai seminit, anak-anak sudah menyesuaikan diri. Tidak kekok menyumpah dan memaki.

Semangat kesukanan, KONONNYA.

RIADAH bersama keluarga KONONNYA.

Minat bolasepak memang boleh. Menyokong itu bagus. Tapi itu bukan lesen membuang adab sopan.

01 June 2013

Peluang Keempat - Awi



Kali ni aku ingin menulis tentang peluang bekerja. 

Secara pukul ratanya, aku telah berpeluang bekerja di empat tambah empat (sama dengan lapan) syarikat dengan industri berbeza. Bermula dengan bidang R&D kemudian masuk ke Heavy Machinery. Kemudian pergi pula ke Semiconductor sebelum masuk ke industri Solar

Itu baru empat peluang pertama. 

Empat peluang seterusnya, bermula dengan Automotif seterusnya ke Rail Industry sebelum ke Integrated Facilities Management dan sekarang terjun ke Petrochemical, sebahagian dari industri Oil & Gas

Bukan hobi menukar kerja tapi peluang yang Allah beri tanpa disangka-sangka.

Benarlah kata-kata bos aku lapan tahun dahulu.. “Work first, money will come later…”

Peluang Keempat - Adahuys




Wajah depan mata itu aku tatap sepuasnya. Dia yang pernah aku sayang, selalu saja buat hati aku tak senang. Tak pernah sekali sayang itu berbuah tenang. Makin lama hati aku sudah hilang rasa buat dia. Puas aku cari segala alasan logik dan mantik agar aku boleh rasa kembali nikmat setia.

Satu demi satu aku pertahan, hati ini sebagai gantian. Aku pujuk diri memaafkan setiap satu perbuatan. Hilang aku dimata bukanlah alasan untuk dia ambil ringan nilai seorang perempuan.

Aku dan dia, kami dan KITA. bukan lagi alasan. Pergilah, aku lepaskan kerana tak mungkin ada peluang keempat.


 aku  tak mampu bertahan.

31 May 2013

Perpustakaan


Perpustakaan.

Walau bunyi macam bosan tapi tak pernah menghampakan, biasanya sejuk perpustakaan buat mata mahu pejam walaupun dihadapan menimbun kerja menunggu untuk dikerjakan!

Perpustakaan di Bandar tempat aku diam tak ubah macam istana yang sunyi dan kusam.
Tapi kelmarin aku mampu senyum kerana ada perpustakaan komuniti 1 Malaysia buat kami,
Seluruh perasaan kecewa yang aku pendam seakan hilang bersama senyum nampak gigi

Dah lama aku impi perpustakaan moden dengan interior mengancam, lalu aku jadi penunggu disitu saban hari sampai tiba malam !

Tapi semalam gembira aku sudah padam

gara-gara peraturan baru tak benar aku menumpang,
mengecas laptop yang sudah padam!

30 May 2013

Salah peraturan rancangan

Minggu lepas company buat family day ke Legoland! Wahhh eksaitednyer saya sebab leh masuk FREE!! Tapi sayangnyer keseronokkan hilang bila pegi time cuti sekolah baru je bermula, bawak anak kecik yang xpaham ape-ape tentang lego tapi nak berjalan,berlari,pusing-pusing tengah-tengah panas which mak dia plak jadi panas sebab duk mengejar, mendukung yang akhirnyer tak pegi pon round-round satu Legoland tuh! Kesian tengok anak kepanasan and risau dia demam plak bila balik nanti. Tambah pulak kena que nak masuk legoland tu sampai sejam lamanyer! Memang panas membara lagilah jawabnyer kan! End up aku x enjoy pon! Kena pergi lagi sekali lain kali!