Showing posts with label 100 patah lagu. Show all posts
Showing posts with label 100 patah lagu. Show all posts

12 May 2013

Untukmu Wahai Ibuku



Apabila aku sedih dan jiwaku letih
Apabila masalah melanda dan hatiku dibebani
Aku tertunggu disini dalam kesunyian
Hinggalah kau datang dan duduk bersamaku

Kau mendewasakanku, maka aku bisa berdiri di puncak
Kau mendewasakanku, untuk meniti lautan bergelora
Aku gagah, apabila aku dibahumu
Kau mendewasakanku, ke tahap lebih dari kemampuanku

Tiada kehidupan, tanpa ia kelaparan
Tiap resah degupan hati sungguh tidak sempurna
Tapi pabila kau datang dan aku dipenuhi kehairanan
Kadangkala, kufikir itulah lirikan abadi

Kau mendewasakanku, maka aku bisa berdiri di puncak
Kau mendewasakanku, untuk meniti lautan bergelora
Aku gagah, apabila aku dibahumu
Kau mendewasakanku, ke tahap lebih dari kemampuanku


27 April 2013

Tentang 23 April si Hari Epic

Hari ni 23042013.

Dua lagu aku dengar menimbulkan emosi yang syahdu tatkala pandangan dilempar ke luar tingkap dan nampak burung-burung berterbangan berlatar-belakangkan bukit kehijauan di luar bangunan hostel aku. tempat aku mentelaah hadap laptop, memang menghadap hijau bukit dan birunya langit.


Allah ubatkan resah aku hari-hari. Pernah berhari-hari aku tak keluar dari bilik ni. Masak dalam bilik. Menunjukkan betapa selesanya bilik ni.

Ni gambar aku ambil masa bulan Februari. Kebetulan si merpati singgah. View dari tingkap tempat menelaah.



Dan lagu mampu membangkit jiwa.








Mungkin citarasa lain-lain. Tapi, dua lagu ni, menjemput melankolik lalu terkenang suatu kebesaran. Hati kembang goosebumps. 

Allahuakbar~




19 April 2013

Gwiyomied yet?


Gwiyomi video klips adalah viral sekarang di YouTube.
Gwiyomi ni maksudnya “orang comel” ataupun jika anda salah seorang yang cuba untuk membuat parody Gwiyomi ni maksud dia akan jadi “saya rasa saya comel” (lembut sikit dari “saya perasan comel” haha!)
Percaya tak originator yang membuat gaya2 tangan untuk Gwiyomi nih sebenarnya lelaki: Jung Ilhoon, ahli kumpulan BToB yang aku pun tak kenal kecuali korang-korang yang gemar K-Pop kan. Yes, YOU!
Parody dia berlambak2, dari yang memang comel sampai la yang tak sanggup nak tengok.

Jadi, adakah anda berani untuk men-Gwiyomi kan diri anda?

Antara Gwiyomi yang comel dipetik dari YouTube.

02 April 2013

Cinta vs Lain-lain



Dari pendengaran aku, dan mungkin jugak ‘bias’ sebab aku memang kurang gemar dengar lagu Melayu berbanding dengan lagu-lagu bukan Melayu. Pendek kata, universal kononnya, membuatkan aku rasa dan berfikir, kenapa lagu-lagu Melayu semuanya tentang cinta, putus cinta, kecewa, nak kejar cinta manusia dan segala-galanya obsesi tentang cinta manusia khususnya pada kekasih?

Aku dahagakan lagu-lagu penuh motivasi, semangat kehidupan, yang mampu buat jiwa kembang dan hari-hari bangun pagi dengan ceria dan gembira biar apa pun halangan yang mendatang. Lagu-lagu bersifat kemajuan jiwa dan vitamin untuk perasaan terhadap kehidupan, sangat kurang dalam lagu Melayu.

Inspirasi : Berani by Yaasin dan Faizal Tahir

26 March 2013

A Little Singing Bird



Lirik seseorang di perantauan. English is not my forte. Dia excellent. Jadi, aku culik status fb-nya, lalu mengiramakannya gaya aku.

"A songbird stood on a branch nearby,
broke into symphony and unrestrained melody,
It jumped about, flew around, hoping that we could both soar,
And made me feel the same ever more,
But I could only smile,
and perhaps whistle, a little,
for I have neither the wings
nor the voice to sing.
If only gravity would let me be free,
If only what matters is just you and me."

Mengubati kerinduan begini kadang-kadang berkesan.



By : The Nagging Daughters

19 February 2013

Diari Malam



Lagu yang aku rekod 13 kali. Kali ke-13, aku dah penat, aku pun kongsi sama kawan-kawan. Pengarah Weekenders Club guna lagu ini untuk video aktiviti naik Broga yang cantik dengan ciptaan Allah. Sesungguhnya, aku puas hati. Walau sumbang sana sini.


pinta malam
kunjungkan rindu
hamparkan rasa
yang terpendam

buat pemiliknya
terpisah jarak
dipujuk sabar
bertali kasihnya

silakan malam
bersuaralah
silakan bintang
menarilah
silakan bulan
terangilah

hiburkan rindu
buaikan jiwa
agar tersenyum
esok harinya

awan berarak
mengusap resah
rasa terpana
kenangan masa

ingin membentang
kepingin indah
memacak mimpi
dalam realiti


Nota sisi : kalau rajin, taip “Diari Malam” di Youtube, hayatilah.