Showing posts with label 100 patah misteri. Show all posts
Showing posts with label 100 patah misteri. Show all posts

07 July 2013

Aku Akan Kembali ! (Bahagian V)

Adikku meneruskan lagi bacaan.


“Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka”
 

“Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)”


“Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi”
 
Nafas Firra makin kencang. Dengusnya makin deras.
 

“Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”
 
HUARGHH!!

Pekikan Firra makin lantang. Adikku makin tekad, dia mengulang-ulang baris terakhir.

Sekonyong-konyong, Firra bersuara dengan keras.

“AKU AKAN KEMBALI!!”

Badan Firra tiba-tiba melemah.
 
TAMAT.

06 July 2013

Aku Akan Kembali ! (Bahagian IV)

Adik aku semakin kaget. Tapi, tak tahu nak buat apa pun! 


“Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.”


Firra memberontak. Rontaan makin ganas dengan mata terbeliak bagaikan mahu membaham semua orang.

Dalam masa sama, makcik cleaner memicit ibu jari kaki Firra dengan lebih kuat. Firra memekik!

HUARGH!! HUARGHH!!!

ZOOM!

Kecut perut! Langsung cikgu-cikgu perempuan yang memegang Firra tadi cabut lari termasuklah mak cik cleaner sekali. 

“Cikgu Suhada, pegang kuat-kuat!” Arah Cikgu Azmi.

Dalam bilik sekarang, tinggal adikku yang memegang kepala Firra, Cikgu Azmi yang memaut bahu Firra dan Cikgu Hisam yang memeluk diri sendiri.

05 July 2013

Aku Akan Kembali ! (Bahagian III)

Sebenarnya, adikku pun bukan berpengalaman mengendalikan perkara sebegini. Lebih kepada terpaksa sebenarnya. Maklumlah, cikgu junior. Suruh apa pun, kena buat.

Takut? Memanglah takut.

Dalam ketakutan itu, adikku terfikir untuk membaca ayat Qursi. Bukan hendak dibacakan kepada Firra, tetapi lebih kepada menenangkan diri.

Lalu dia pun memulakan pembacaan sekadar kedengaran di telinga sendiri.


“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)”

Badan Firra makin berkuat bergoncang.


"Yang tidak mengantuk usahkan tidur”


"Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.”

Mata Firra yang terpejam tadi, tiba-tiba terbuka!

Bersambung...

04 July 2013

Aku Akan Kembali ! (Bahagian II)

Di sudut bilik yang kecil itu, terdapat seorang guru lelaki yang berdiri tegak dan memeluk tubuh. Mengikut protokol Jabatan, guru lelaki tidak dibenarkan memegang pelajar perempuan sekiranya masih ada guru perempuan. Berbeza pula dengan Cikgu Azmi yang bertindak atas keperluan situasi.

“Cikgu Suhada! Pegang kepala!”

Tanpa berlengah, adikku memegang kepala pelajar berkenaan. Nafas Firra turun naik dengan mata terpejam.
 
Datang pula seorang makcik cleaner berasal dari Indonesia memicit ibu jari kaki Firra. Badan Firran bergetar-getar dan mula meronta-ronta. Lalu cikgu-cikgu perempuan diarahkan oleh Cikgu Azmi untuk memegang badan Firra dari terus meronta-ronta dengan lebih kuat.

Rontaan Firra semakin kuat…

03 July 2013

Aku Akan Kembali ! (Bahagian I)

Kisah ini diolah dari pengalaman sebenar adikku sendiri sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah di selatan tanah air. Nama dan tempat diberi nama lain untuk melindungi nama-nama watak sebenar.

Sedang adikku berada di bilik guru menanti kelas seterusnya, dia dikejutkan dengan sahutan rakan sejawatnya.

“Suhada! Suhada! Ikut aku cepat! Ada student kena rasuk!”

Secara automatik, adikku bergegas mengikut rakan sejawatnya yang memanggil.

“Siapa Mona? Firra ke?”
“Yalah, siapa lagi?”

Mereka kemudian memasuki bilik sakit yang menempatkan pelajar berkenaan. Kelihatan seorang guru lelaki memegang pelajar itu di bahagian bahu. Terdapat juga guru-guru perempuan yang mengelingi pelajar berkenaan tetapi sekadar memerhatikan.

Bersambung.

23 June 2013

Tukar Pelan Celcom Prepaid (Bahagian II)

Fuh! Excited ni! Dengan hati yang berbunga-bunga, aku pun taip

MIG YES YES YES YES YES YES YES!!!

Sebenarnya nak buat macam tu tapi nanti arahan salah pula. Jadi, aku taip ni je..

MIG YES

Dan hantar ke 28882. Sistem kemudian memberi makluman:

Arahan tidak sah.Sila taip MIG HELP untuk perkhidmatan peralihan pelan atau 15PAX HELP untuk 15pax & hantar ke 28882

Aik? Silap hantar arahan ke? Salah UPPER CASE dengan lower case ke? Takpe, buat dua-dua.

Lower case: mig x2, 28882, mig yes –> arahan tidak sah
UPPER CASE: MIG X2, 28882, MIG YES –> arahan tidak sah

EHHH??


Bersambung..

16 June 2013

Tukar Pelan Celcom Prepaid (Bahagian I)


Pelan Celcom prepaid yang aku guna sekarang ni, pelan International. Bukan tersilap pilih beli, tapi sebab memilih nombor cantik. Takdelah cantik sangat pun sebenarnya hahaha.

Mujurlah ada cara nak pindahkan dari pelan International ni ke pelan lain yang lebih sesuai dengan kegunaan aku. Pelan yang dimaksudkan ialah Pelan X2.

Dengan penuh rasa kompiden, aku taip arahan ini dari handphone.

MIG X2

dan kemudian dihantar ke 28882.

Terus dapat balasan.

Caj RM5 akan ditolak dr akaun anda utk beralih ke pelan Xpax Baru. Bonus & 8pax/15pax/15pax/Teman20 tidak terdpt dlm pelan ini. Htr MIG YES ke 28882 utk teruskn

Eh bersambung ..


11 June 2013

Mimpi Mainan Tidur ?

Orang kata, mimpi itu mainan tidur. Namun, boleh jadi bingung juga sebab mimpi.

Dalam mimpi aku tadi, aku dengan rakanku berada di sebuah tempat. Tiba-tiba, kami didatangi Tuan Guru Nik Aziz yang datang berseorangan dengan kerusi roda. Rakanku itu memeluk TGNA sambil mengucapkan sesuatu kepada beliau (dah lupa isi kandungan). Mereka sama-masa menangis, dan aku yang turut tersentuh dengan pertemuan itu pun turut memeluk mereka dan menangis.

Sebenarnya, aku bukanlah peminat TGNA atas sebab-sebab tertentu. Tak perlulah tanya, ia cuma pendapat peribadi sahaja oleh aku yang kecil ini dan sukar aku nak jelaskan dengan keadaan diri aku yang dhaif ini.

02 May 2013

Misi Malik - Bahagian 2


Usaha pencarian Malik sudah dijalankan namun hasilnya hanyalah tanda tanya. Hanya khemah yang kian usang, dan beberapa persalinan pakaian Malik yang dikenalpasti oleh ibunya.

“Kami masih mengharap menjumpainya, walau apa keadaan sekalipun tapi kami redha akan ketentuanNya.” tenang ujar Ali, bapa Malik sambil menunjukkan gambar2 yang ditinggalkan Malik di dalam kameranya:

1. Wajah Malik tersenyum lebar sambil menunjukkan ketulan otot di lengan.
2. Susunan batu menunjukkan ‘smiley’ dan bayang-bayang Malik membuat tanda ‘peace’.
3. Lukisan pasir menunjukkan arah anak panah kehadapan.
4. Sinaran cahaya matahari di hujung jalan yang di ambil dari sebalik pokok-pokok hutan yang menebal.


“Mungkin ini kemahuannya”

01 May 2013

Perubahan - Malik (Dani)


“Kau ni Malik tak reti-reti ke nak nolong kat rumah ni. Mak ni bukannya muda lagi. Nak mintak pasang lampu kat bilik air pun mak kena import abang ko kat Jerantut tu ha” bebel Fatimah memecah keheningan petang.

Malik menggenyeh-genyeh matanya baru bangun tidur.

 “Malik kerja la Mak, hari-hari Malik pergi kerja. Orang penat aa. Mak suruh aje la anak kesayangan Mak tu pindah balik KL ni. Sikit-sikit Malik!” Malik mula meninggikan suara tidak puas hati.

“Ke situ pulak dia. Siapa yang tinggal dengan Mak sekarang ni? Bila la kau nak berubah ni Malik.”

Perubahan? Ya, itu yang aku perlukan.

28 April 2013

Misi Malik - Bahagian 1


“Sejak dia suka masuk hutan, dia berubah. Dia lebih baik, penyayang dan lebih tenang..” sayu Fatimah bercerita.

Sudah 8 bulan Malik hilang. Yang tinggal hanyalah keretanya di tempat letak kereta perkarangan Gunung Ledang. Dan di dalamnya sebuah kamera pakai-buang yang terdapat beberapa keping gambar.

Malik seorang penggodam komputer. Selalu merungut tentang kehidupannya yang sibuk. Dia pemarah dan seperti tiada haluan. Malik mula berubah semenjak pulang dari berkemah bersendirian di Gunung Ledang. Ketika itu dia telah mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan.

Kali seterusnya dia bertekad untuk pergi lebih lama. Setelah cukup simpanan dan bekalan dia pergi semula ke Gunung Ledang. 

03 March 2013

Misteri Senja - Episod 2


“Anak dia mati, kena langgar” 

Jawapanku memang ditunggu-tunggu. Idlan mengangguk2. Agaknya dia berpuas hati.

“Kenapa anak dia mati, dia kejar kita mak?”

Sangkaanku meleset. Knowing Idlan, memang aku kena beri jawapan lengkap. Jadi aku terangkan kepadanya yang waktu kami balik tu, anjing tu tengah kesedihan sebab ada kereta yang baru langgar anak dia.. Jadi, bila ada je kereta lalu, mak anjing pun menyalak dan mengejar, itu tanda dia sedih kehilangan anak. Anjing pun tahu sayang anak.

Idlan diam. Mungkin cuba memahami. Aku biarkan dulu. Aku tunggu apa lagi dia nak tanya. Dengan selamba dia cakap,

“Abang Lan pun sayang mak”



22 February 2013

Misteri Senja - Episod 1


Petang tu giliranku mengambil anak2 dari taska. Tiba di rumah dalam kelam Mahgrib, sesuatu menghalang keretaku dari berhenti. Namun kupaksa diri jadi berani di depan anak2.

Anak2 mula menangis ketika aku turun dan bergegas membuka gate. Mereka bimbang aku diapa-apakan. Usai membuka pagar, sepantas kilat aku kembali ke kereta dan memandu masuk ke dlm pagar. Halangan cuba mengejar tetapi terhenti bila ku sergah. Kedengaran deraman halus bagaikan berlagu pilu. Pintu pagar kututup. Nafas lega kuhela.

"Kenapa anjing tu kejar kita, mak?"  tanya Idlan penuh rasa ingin tahu.

Di luar, anjing masih bersiaga, sedia menghalang apa yg datang.

"nantilah mak cerita"

31 January 2013

Kite pindah ye, Bang?


"Kite pindah ye, Bang? Sayang takutlah. Jiran kite ramai yang dah pindah."
"Sekarang Abang busy sangatlah. Lagi dengan baby baru, semput sikit kocek Abang ni."
"Semalam ada orang nak bukak skru tombol pintu depan, Bang. Sayang nampak. Sayang buka lampu dia lari. Takutlah Bang, terutama waktu malam. Kebelakangan ni Abang selalu outstation pulak tu."
"Perasaan Sayang aje kut. Tolong la faham keadaan Abang sekarang ni. Tahan dulu, K."
"OK Bang."
"Usop, mana Tuan Rumah tu?"
"Kat luar, bawah pokok besar tu. Lain macam je cakap sorang-sorang dari tadi."
"Tahan dia. Aku nak soal siasat kes pembunuhan wanita dan bayi ni."