Showing posts with label 100 patah perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label 100 patah perkahwinan. Show all posts

18 August 2013

Peringatan buat Isteri

Tugas isteri adalah membantu suami dalam menguruskan rumahtangga. Jadilah isteri yang faham apa tugas seorang isteri. Jangan banyak meminta sesuatu yang suami tak mampu beri. Banyak-banyakkan berdoa agar suami kita jadi suami yang soleh, bertanggungjawab dan boleh membimbing kita ke arah jalan Allah swt. 

Ibu mertuaku selalu berpesan, rajin-rajinlah baca Yassin dan buat solat hajat jika kita mahu suami kita berubah menjadi suami yang kita inginkan. Terimalah segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada suami. Jangan pernah meninggi suara kepada suami mahupun membezakan suami dengan suami orang lain walau seburuk manapun suami kita. 

InsyaAllah rumahtangga kita bahagia hingga hujung nyawa.

17 August 2013

Peringatan buat Suami

Kamu suami-suami di luar sana yang sedang membaca coretan ini, jadilah suami yang baik, suami yang ringan tulang, suami yang penyayang, suami yang tidak menggunakan kuasa veto dalam rumahtangga. Jadilah suami yang sensitif kepada kesusahan dan kepayahan isteri menguruskan hal-hal rumahtangga. 

Tolongla jangan harapkan isteri je dalam membesar dan menguruskan anak-anak. Tolonglah jangan jadi suami yang baran dan bengis tak tentu pasal. Jadilah suami yang romantis pada isteri agar segala penat lelah isteri tu hilang bila suami layan isteri dengan baik. 

Jadilah suami yang boleh jadi suami dan sahabat baik kepada isteri! InsyaAllah Allah akan merahmati anda semua wahai Suami.

07 June 2013

Hari ini, kami....

... 10 tahun.

Alhamdulillah. Belum lama, tak jugak sekejap. Masih cuba untuk lebih memahami erti sebuah perkahwinan.

T – Taaruf (mengenal). Seiring masa berjalan, kita dan pasangan pun akan mengalami perubahan. Justeru perlu terus mengenali mereka.
O – Onak dan duri sama-sama dilalui.
L – Limpahan kasih-sayang sentiasa dizahirkan.
E – Ertikan limpahan kasih sayang melalui kerjasama dan bantu-membantu.
R – Rahsia rumahtangga terpelihara.
A – Anak-anak penyeri utama.
N – Nafkah tidak terabai.
S – Santai. Tidak terlalu rigid dengan pasangan, anak2 dan ahli keluarga lain.
I – Istiqamah dengan semua yang telah disebut tadi, bagi mengekalkan kebahagian dan keharmonian rumahtangga.

TOLERANSI. Tunjang perkahwinan kami.

Dengan izin Allah.