Showing posts with label 100 patah informasi. Show all posts
Showing posts with label 100 patah informasi. Show all posts

31 August 2013

Step ringkas nak beli rumah - Part 2


Selalunyer bank akan mintak dokumen macam list kat bawah ni:
1.       IC
2.      Payslip 3 bulan
3.      Surat sah jawatan
4.      EPF Statement
5.      EA form
6.      Bank Statement(gaji masuk)
7.      Letter of Purchase agreement/S&P/Geran

So benda basic ni korang preparela dulu beforehand. Scan pastu senang nak email je kat dorang.
Kalau nak mudah lagi, register je nama kat website ni www.loanstreet.com.my then nnt dorang akan tolong kita untuk carikan bank nak apply loan. Kita just inform criteria loan macamana kite nak(refer post step ringkas nak beli rumah). Ni belum cerita pasal lawyer lagi k. Topik tu next pulak! Hehe

30 August 2013

Step ringkas nak beli rumah -Part 1


Untuk orang-orang yang baru first time nak beli rumah mesti blur what to do first! Aku ler tuuu. Now baru tau ape nak dibuat. Meh aku kasi share tips awal eh.
1.       Make sure semua commitment kita every month cantik bayarnyer. Kalau tak banyak cerita sket bank ni.
2.      Buat excel list yang contain benda-benda ni supaya senang nak call banks untuk mintak info:

Item/Banks
Bank A
Bank B
Bank C
Total loan



Max tenure



Lock in period



BFR



Interest



Monthly



Free moving cost



MRTA



Valuation fee




Bila ada list ni senang nak compare which bank we want to apply!

26 August 2013

Tip: Pasport Antarabangsa Kaunter Ekspress

3rd attempt aku dan suami ke Jabatan Imigresen untuk buat passport anak. Akhirnya Berjaya jugak!

Nota kepada korang yang nak buat passport SILA BUAT RESEARCH. 2x pergi Nombor Habis!

OK Nih tips kepada korang yang nak buat Pasport,
Yang ada anak bawah 2tahun, warga Emas, atau OKU.
  1. Datang le awal, tayah mandi anak dulu, sejuk.
  2. Pergilah time weekdays, sebab Sabtu dan Ahad TIADA KAUNTER EKSPRESS.
  3. Jangan lupe surat beranak anak.
  4. Ambil gambar dari kedai gambar bertauliah dan tahu skema gambar.
  5. Untuk anak, buat aje 5 tahun sebab masani half price, RM150
  6. Research sini: Jabatan Imigresen Malaysia



 

22 August 2013

Oh My English - Bahagian 2

Pekataan hari ini ialah:
CAREER
/kəˈri(ə)r/

How do you pronounce career? I used to pronounce as ‘care-rier’. Especially time pegi interview dolu2. “I want to build my career with this company, I want more challenges in my career”. OMG blushing kejap bila teringat that moment aku pronounce benda yang salah banyak kali.
So aper kah sebutan yang sebetol2nya? Mari sebut bersama2 uols…. ‘ke-rier’. Bayangkan kuih keria senang sket nak ingat kan?

Yang penting sebut dengan confident walaupon tersalah. Still dapat jugak offer kerja time tuh hehe. Tapik bila dah tau pronunciation sebenar tuh kita kasik practice supaya tak tersasul lagik. 

11 July 2013

Pelangi Malam



Meniti pelangi malam. Suatu impian yang tidak mungkin terjangkau. Suatu fantasi dari kehidupan di sebelah sini. Cuba lah google. Lihatlah website teratas yang muncul. Blog usang, lama tidak terusik. Sesekali tertawa membaca link blog rakan-rakan seperti ahmad NADia, ahmad JAIs, Nurul Syuhada Nurul Ain dan lain-lain. Entah masih hidupkah blog mereka? Entahkan sama bersawang macam blog aku.Haha…

Pelangi malam. Sungguh. Pengetahuan manusia itu sangatlah cetek. Ku fikir mustahil ada fenomena alam seperti itu di dunia ini.

Hinggalah. Pada suatu petang. Di dalam pesawat AK5242 ke Bintulu. Apabila aku terbaca suatu artikel di dalam majalah Travel 3sixty

Subhanallah…Indahnya pelangi malam itu..


29 June 2013

GIVIT, The Right Way To GIVE


Adekah anda mempunyai masalah banyaknye barang yang tak berguna tapi kondisi masih baik? Nak buang membazir amalan syaitan, nak bagi orang tak tahu nak bagi siapa.

HA!

Masalah sama yang dihadapi oleh founder GIVIT Australia, Juliette Wright.

Mulanya dia nak dermakan baju babynya tapi bila dia menghubungi pusat-pusat kebajikan mereka katakan yang mereka dah BANYAK baju baby. OH? Jadi apa yang kurang? Kami sangat memerlukan Kasut But Getah. OH? Tak sangkakan.

Dari situlah timbulnya idea untuk me-match makekan keperluan dengan pemberian. Website GIVIT menyenaraikan keperluan individu-individu yang kurang berkemampuan dan sekaligus memudahkan dermawan untuk memberi mengikut keperluan mereka. GENIUS!

Support: GIVIT

28 June 2013

Save Merapoh Caves Part 3 of 3

Memang Cool caving nih! Kalau belum pernah try. Kena try SEKALI dalam sejarah.

Gua Hari Malaysia ni merupakan salah satu daripada 85 Gua yang baru ditemui di Merapoh. Ada lagi 500 kot Gua yang belum diteroka kat sini. Banyaknye GUA kat Merapoh ni!
Orang tempatan memang sedia maklum. Orang luar macam aku dan anda ni je tak tahu.

Jadi adalah sangat membazir kalau kawasan Merapoh ni, tempat beratus-ratus Merapoh Caves ni, tempat yang dikatakan merupakan tulang belakang takungan air untuk supply seluruh semenanjung Malaysia ni diletupkan dan dibina kilang simen yang bukan kepunyaan orang Malaysia pun. Tak gitu?

 
courtesy: LailiBasir

27 June 2013

Save Merapoh Caves Part 2 of 3

Baru permulaan perjalanan dah kena merangkak biawak dalam air yang mengalir sepanjang dalam Gua. Menari-nari mengimbangkan badan menyusuri jalan yang berbatu-batu licin. Menunduk-nunduk mengelak stalagtit. Berapa puluh kali jugak la terantuk helmet. Frasa “Oh mak kau!” memang biasa kedengaran. Kejung peha terpaksa berjalan seperti itik. Merangkak commando dah rasa macam Rambo. Dan meredhakan terpegang t**i kelawar untuk mengimbang badan.

Belum lagi kisah kena panjat 3 air terjun mini berarus deras menggunkan teknik “sandar badan ke dinding dan kaki tolak dinding lagi satu”

Merangkak yang final tu paling best bila dalam kesamaran nampak cahaya matahari dari pintu Gua lagi satu.
Pergh!

 
courtesy: azlishah

26 June 2013

Save Merapoh Caves Part 1 of 3

“OK, Team Mission, kita akan meredah Gua sehingga ke hujung sejauh dekat 1km, dan kemudian patah balik jalan yang sama, dan keluar dari pintu Gua ni sebelum jam 3.30 petang. Team santai, sampai air terjun pertama aje.”

Gua Hari Satu Malaysia. Ya, itulah namanya, bak kata En. Laili, ianya dijumpai pada tarikh 16 Sept tahun lepas, Hari Malaysia.

Join team santai aje lah. Takut lak. Tapi dah jauh gini datang Taman Negara bukan selalu, rugi lak tak mencabarkan.

“Jom a korang, Mission!” ajak Didie dengan penuh semangatnya.
“OKkkeh!” cepat je smerang jawab.

Tu belum dia ajak shopping berjemaah lagi tu.

 
courtesy: Iqbal Pandaman
 

23 June 2013

Tukar Pelan Celcom Prepaid (Bahagian II)

Fuh! Excited ni! Dengan hati yang berbunga-bunga, aku pun taip

MIG YES YES YES YES YES YES YES!!!

Sebenarnya nak buat macam tu tapi nanti arahan salah pula. Jadi, aku taip ni je..

MIG YES

Dan hantar ke 28882. Sistem kemudian memberi makluman:

Arahan tidak sah.Sila taip MIG HELP untuk perkhidmatan peralihan pelan atau 15PAX HELP untuk 15pax & hantar ke 28882

Aik? Silap hantar arahan ke? Salah UPPER CASE dengan lower case ke? Takpe, buat dua-dua.

Lower case: mig x2, 28882, mig yes –> arahan tidak sah
UPPER CASE: MIG X2, 28882, MIG YES –> arahan tidak sah

EHHH??


Bersambung..

18 June 2013

Sempurnakah solat kita?

Aku selalu tertanya-tanya tentang bagaimana seseorang itu melakukan solatnya. Dalam kehidupan seharianku solat di dalam surau di mana-mana jua tempat, sedang nak solat ada insan lain disebelahku ingin menunaikan solat. Aku baru membaca separuh doa Iftitah tapi insan sebelahku ini dah mula rukuk. Just wondering bacaan dia dengan bacaanku xsamakah? Yang xsama mungkin kelajuan bacaan atau surah tapi isi utama mesti sama ye x? Dia terus baca Al Fatihah ke? Xbaca Iftitah ke? Lajunyer dia baca. Tajwid, makhraj sempurna ke? Iftitah tu sunat atau wajib dibaca? Aku rujuk internet dan buku semua ada Iftitah tu. boleh tolong explain x?

16 June 2013

Tukar Pelan Celcom Prepaid (Bahagian I)


Pelan Celcom prepaid yang aku guna sekarang ni, pelan International. Bukan tersilap pilih beli, tapi sebab memilih nombor cantik. Takdelah cantik sangat pun sebenarnya hahaha.

Mujurlah ada cara nak pindahkan dari pelan International ni ke pelan lain yang lebih sesuai dengan kegunaan aku. Pelan yang dimaksudkan ialah Pelan X2.

Dengan penuh rasa kompiden, aku taip arahan ini dari handphone.

MIG X2

dan kemudian dihantar ke 28882.

Terus dapat balasan.

Caj RM5 akan ditolak dr akaun anda utk beralih ke pelan Xpax Baru. Bonus & 8pax/15pax/15pax/Teman20 tidak terdpt dlm pelan ini. Htr MIG YES ke 28882 utk teruskn

Eh bersambung ..


09 June 2013

EOS Lip Balm Sweet Mint




CUTE!
Its sphere design makes it very handy and can easily be found digging through my handbag. It’s also has an easy twist to open.

The Sweet Mint is one of EOS’s (Evolution of Smooth) Smooth Sphere Lip Balm line. Love the peppermint taste. Beats chewing Wrigley’s Spearmint gum. It also gives a cool effect when applied. The ones like when you put on Lip Ice. The cool icy feel lasts about an hour but my lips stayed moisture for a long time.

Its colourless which makes it easy and fast to apply, don’t need a mirror it won’t smudge.
 

 
 

 

08 June 2013

Mengantuk


Mengantuk.
Mengantuk itu anugerah tuhan.Memberi hak kepada mata untuk berehat.
Tapi apa nak buat kalau mengantuk sangat masa bawak kereta;

Dah minom nescafe original masih jugak mengantuk
Dah basuh muka berkali-kali, mata masih nak lali
Dah telan gula-gula segenggam, masih tak jalan
Dah cubit peha seniri, makin tersengguk berkali-kali
Dah cuba cabut bulu hidung seniri..tahan sekejap je
Dah pasang lagu kuat-kuat, makin asyik pulak rasanya

Tapi itu dulu..sekarang saya baru dapat petua baru yang sangat mujarab.

Cubalah makan kuaci sambil memandu..nescaya tak mengantuk sampai kuaci habis

Tapi kalau masih mengantuk jugak..bawak-bawaklah pegi medical checkup
Anda memang ada penyakit tidur agaknya..