Showing posts with label 100 patah lawak. Show all posts
Showing posts with label 100 patah lawak. Show all posts

15 July 2013

Er.. Nak Makan Sahur?

Al-kisah anak Kak Sham ni. Semangat nak bersahur.

Dua-dua abang dan adik. Bersungguh pesan kat maknya jangan lupa kejut nanti, nak makan sahur kata mereka.

Bila tiba time sahur, Kak Sham pun bangun la siap-siapkan mana-mana patut untuk juadah bersahur. Agak-agak dah ready, Kak Sham pun kejutlah budak-budak tu untuk ke meja, makan sahur.

Abang elok je duduk makan.
Tapi Si Adik melalak-lalak.
“Nak Makan Sahur!”

Bagi air takmo, bagi nasi semua takmo. Nangis-nangis
“Nak Makan Sahur! Nak Makan Sahur!”

Last-last Kak Sham pujuk, “Takpelah mama tak paksa Ayep posa”

Rupanya dia ingat Sahur tu sejenis makanan.
Aku cam... Er..

 

 

02 July 2013

Er.. Kawan ku yang Over

Ade satu hari tu aku dengan sahabat jalan-jalan kat KL as in area Jalan TAR. Itu selalu menjadi port jalan-jalan kami sebab kat depan Pertama tu turun bas pastu naek komuter depan Bank Negara untuk ke Shah Alam.. tempat belajar.
Ade satu tengahari tu kitrang lapar and decide nak tapau Mc D sebab nak balik. Masa ni tak aware on the Israel thingy dah lama dah ni. Ramai gak masatu. Beratur-beratur sambil berborak. Sampai aje kaunter,
“Saya nak set Burger Samurai tapi air nak tukar Air Milo…. Saya TAKE OVER yeh!”, ‘take over’ sahabatku.
Aku dan cashier girl cam… Er..

28 May 2013

Mengenali Personali Dengan Tabiat Pemakanan Roti Canai

Tahukah anda, roti canai bukan sekadar makanan? Ia juga menggambarkan personaliti seseorang itu dari segi jenis roti canai yang mereka pesan.

Roti Bawang – Berhati halus dan mudah menangis

Roti Boom – Askar pencen atau anggota RELA

Roti Kosong – Suka berjimat-cermat dalam kehidupan. Pandai mengurus kewangan. Sesuai dijadikan calon suami/isteri.

Roti Pisang – Mempunyai masalah sembelit tapi tidak diceritakan kepada orang (suka berahsia)

Roti Sardin – Sukakan cabaran. Gemar mengikuti perkhemahan unit beruniform di sekolah dan menjadikan sardin sebagai lauk utama.

Roti Sotong – Mempunyai hobi mencandat sotong

Roti Telur – Seorang pembersih jika bertanyakan kepada penebar roti canai “adakah telur ayam dibasuh?”. Begitu juga sebaliknya.

28 March 2013

Er.. En. M


Anak kami payah sikit untuk tidur pada waktu malam sebab kepanasan. Dia mesti gelisah sebab tido berpeluh. Kami pun pergi menempah air-cond.

Selesai air-cond dipasang di dalam bilik kami. Suamiku En. M pun pergilah kerja. Kebiasaannya En. M memang akan pulang lewat dari kerja. Dia memang seorang yang agak berdedikasi dan komited dengan kerjayanya.

Sewaktu makan malam aku mendapat panggilan darinya, 

“B, Hadi ok?”
“Ok je. Suka dia air-cond tu” ujarku.
“Oh ada lubang bawah pintu tu B kena tutuplah.” pesannya.
“Lubang?”
“Ala ada ruang bawah pintu tu, B cari la storyboard ke guna untuk tutup.”
“Storyboard?”

Aku cam… Er..

23 March 2013

Er.. Kawan ku yang sopan


Aku ade seorang kawan.

Dia memang seorang yang berbudi bahasa. Elok tutur kata bila dengan kekawan. Suka gelak jenis terbelahak. Putih gebu orangnya. Cuma dia nih kalut-kalut sikit yang juga menambahkan aset kecomelan dia.

Kat asrama kami ada Musollah yang biasanya digunakan oleh pelajar Tingkatan Satu.

Time solat Asar selalunya kami kalut ramai-ramai sebab balik dari prep nak kene siap mandi, solat dan ke dining hall untuk siapkan meja makan. Dalam pada reramai kalut nak solat Asar tuh, aku terlanggar sikit buntut kawanku yang sopan tersebut yang sedang rukuk.

“Opps, Sorry Sorry” sopan je dia punya bahasa.

Aku cam… Er..

22 March 2013

Er.. Kawan ku Dory


Aku ade seorang kawan.
Dia kekadang cam Dory sket. Short Term Memory Loss.

Masa time belajar dulu kitrang suke tengok wayang. Selain dari melepak berejam-rejam kat MPH sampai jurujual asik pandang ‘slack’ aje. Maklomla student. What more nerdy thing to do.

Satu ari tu teringin lak nak makan waffle kat A&W kat tepi wayang tu. Kitrang pun singgah. Sedapnye Waffle dengan ais krim. Nyum Nyum..

Selang beberapa minggu lepas tu. Kami pergi lagi tengok wayang hasratnye.

 “Eh Dani, aku pernah makan kat A&W tu dulu dengan kawan aku. Sedap aku tengok dia makan waffle dengan ais krim.

Aku cam… Er..

16 March 2013

Mana pergi Pegawai Perhubungan Raja Belgium?


Seorang wartawan ditugaskan untuk mewartakan keberangkatan Raja Belgium, Raja Baudouin selepas lawatannya ke Detroit.

Dia cuba menghubungi Pegawai Perhubungan Raja tersebut di Hotel Sheraton di mana Raja Belgium itu dikatakan menginap.

“Maaf dia baru sahaja keluar”, ujar suara yang sopan. “Tetapi saya akan cuba mencarinya”.
Beberapa minit berlalu.

“Maaf saya tak dapat mencarinya. Boleh tunggu lagi? Saya cuba mencarinya lagi.
Selang beberapa minit lagi.

“Maaf sangat saya tak dapat mencarinya”
Dengan sabarnya wartawan tersebut bertanya, “ Kalau begitu bolehkah anda yang beritahu saya bilakah Raja Baudouin akan berangkat?”

“Ini Baudouin, kami akan berangkat jam 2.45 petang”

Best of Reader’s Digest