Showing posts with label 100 patah madah. Show all posts
Showing posts with label 100 patah madah. Show all posts

21 May 2013

Sibuk

1)Lapang sebelum sibuk.

2)Mencelah kesibukan.

Aku dalam situasi mencelah dalam kesibukan. Macam mana sibuk wujud? Sebab mungkin pengurusan masa yang tidak berkesan atau hanya perasaan sendiri yang merasakan sibuk kerana apa lagi fungsi masa bernyawa kalau tak diguna untuk urusan keduniaan dan harapnya jambatan ke akhirat yang menjamin kebaikan. Pernah membaca dan terdengar bahawa jumlah tanggungjawab yang kita ada, takkan terlaksana walau seumur hidup sekalipun. Jadi, apa itu sibuk? Atau hanya prioriti yang disusun mengikut kepentingan? Bertahun aku cuba ungkai terma ‘sibuk’. Bila tidur itu penting, itu pun kategori sibuk.

Mencelah kesibukan pun satu jenis sibuk.

*Pergi sambung thesis.* Bai.

01 April 2013

Rindu itu...

Aku tau
Kau buat-buat tak tau
tentang perasaanku
berjuang setiap waktu.

agaknya aku yang buta,
enggan menerima.
tentang salah membiar rasa,
menguasai minda.

Benci ini datang
melihat kau tenang
sedang aku? selalu walang

Kenapa kau tak kisah?
tentang aku yang gelisah?

ajari aku pandai berdusta
bagai tiada apa-apa.

aku benci kau
tapi aku rindu kau.

takkan kau tak tau?
atau kau memang dungu?

hariku suram
kau? nampak tenteram
buat aku geram
kau buat tak faham

memang kubilang jgn kacau
tapi tahukah kau?
gtalk dan FBku selalu hijau
mengharap teguranmu, tau?

sejujurnya pintaku
zahirkan hatimu
ucapkan RINDU ITU...

Hanya itu kumahu.

21 March 2013

100 patah 2 baris



Salah satu elemen yang boleh menjadi faktor kepada kehidupan umat manusia yang harmoni
adalah empati.

Salah satu elemen yang boleh menjadi faktor kepada kehidupan umat manusia yang hancur
adalah ego.

Ego boleh bunuh empati.
Empati mati, hati jadi besi.

Empati boleh didik ego.
Ego yang terdidik hidupkan karisma yang macho.

Empati yang hidup buat manusia lebih ‘hidup’.
Empati yang hidup buat manusia rasa cukup.

Ego yang hidup kadang buat manusia dihormati.
Ego yang hidup kadang buat manusia hidung tinggi.

Kasih-sayang bersemarak pabila hidupnya Empati
Kasih-sayang beku sepi bahana Ego yang tak bertepi

Ego dan Empati.
Mana satu pujaan manusia berhati.

19 March 2013

Pendam



Beras yang direndam lama-lama busuk jadi bedak sejuk. Ini benda baik.
Durian peram lama-lama busuk jadi tempoyak. Ini benda baik.
Ikan peram lama-lama busuk jadi pekasam. Ini benda baik.

Tapi, keserabutan dalam kepala dan jiwa peram lama-lama boleh bikin ‘layan blues’atau dengan kata lain, ‘jiwa kacau’.  Nak lagi champion, bom jangka masa. Anytime akan meletup menyebarkan tempias maut pada makhluk sekelilingnya. Ini tak baik.

Therefore, the power of storytelling adalah perlu dalam diri setiap manusia. Agar tidak menjadi pembuat bom atom. Janji, pendengarnya tepat kriterianya dan tenang pasti menyusul melaluinya.

Maka, don’t bottle up your problems. Speak it out smartly.