Showing posts with label 100 patah bahasa. Show all posts
Showing posts with label 100 patah bahasa. Show all posts

19 June 2013

Kenali Frasa: Smiling Like a Fool

Smiling Like a Fool : Senyum sorang-sorang ataupun dalam peribahasa melayunya “Seperti Kera Mendapat Bunga”. Sesuatu perasaan yang thrill dan best sangat terjadi. Kuch Kuch Hota Hai.

Bila baca meaning dia macam tak berapa baik sebab ada Fool di situ. Kera pun ada juga. Tapi jangan salah faham, people saying that to you has good intentions. Contoh ayat:

“Look at Anes, smiling like a fool all day.. Maklumlah suami dia datang KL”.

It’s a good… eerrr It’s a great feeling actually.
Orang-orang yang selalu “Smiling like a fool” nih orang bercinta.

Ingatkah masa anda “Smiling Like A Fool”. Best kan?
 

15 June 2013

Kenali Vocab: Suuk! Suuk!

Suuk! Suuk! : penggunaannya mestilah berulang dan disusuli dengan tanda seruan. Digunakan untuk memberitahu Ni! Ni! Atau Lihat Sini! Lihat Sini!

Asal perkataan adalah pengaruh dari cerita “The Fifth Element”. Pelakonnya Milla Jovovich dan Bruce Willis. Milla ni alien purba yang dijelmakan sebagai seorang gadis daripada sakibaki DNAnya dari hempasan aircraft yang dinaikinya.
Dia ni enthusiastic, excited, fast learner dan sangat curious semasa dia baru dijelmakan menjadi manusia. Dia juga kuat makan. Dengan bersungguh-sungguh dia tunjuk ayam panggang dalam microwave
 
“Suuk! Suuk!”.
 
Jadi dari situlah dapatnya perkataan “Suuk! Suuk!” ni. Kitrang ulang tengok cerita ni banyak kali kut.. “Multi Pass”

14 June 2013

Kenali Vocab: Mechak!

Mechak! : perkataan ini digunakan untuk mengatakan saya Mengantuk!. Penggunaan kebiasaannya disusuli dengan tanda seruan.. Mechak!
 
Asal perkataan ni tiada kaitan langsung dengan mengantuk.
 
Dulu aku dan sahabat tengok cerita “The Eye”. Part masa flashback kehidupan gadis malang yang boleh melihat kematian dan orang mati; di kampungnya di Thailand. Dia selalu dicemuh oleh orang kampung sebab kelebihannya. Dia tinggal bersama ibunya. Dan memanggil ibunya Mèè (pronounce: Meh); ibu dalam bahasa Thai. Suatu masa dia dah tak tahan, dia membunuh diri dalam bilik sambil memanggil-manggil ibunya..
 
Mèè Cha!, Mèè Cha!.
 
Jadi dari situlah datangnya perkataan Mechak! Macamana boleh relate dengan mengantuk?

05 June 2013

Kenali Vocab: SiAkuk

SiAkuk : seseorang yang suka meng-Aku-Aku kan diri nya sendiri. Dalam erti kata lain, dia aje lah yang best. Dia mesti Top. Dia ada semua.

Asalnya ejaan “Si Aku”.. memang kena la dengan maksudnyakan. Lama-lama jadi “Siakuk”.
Panggilan ini dicipta masa zaman aku sekolah menengah dulu. Duduk di asrama perempuan jadi agak close komuniti sesame kekawan.
Situasinya, bila kita bercerita pasal sesuatu, dia mesti “Eh, Aku pun …” over and over again. Ditambah pula dia memang suka bercerita pasal diri sendiri, “Aku kan …..”
Korang mesti ada kawan yang cenggitukan? Kawan yang “SIakuk”.


Tapi, pastikah anda bukan seorang yang “Siakuk?”

27 May 2013

Oh My English - Bahagian 1


Tetiba aku tingin nak bukak kelas English pasal pronunciation kat sini, walaupon grammar aku sendiri forever fail so maap kan lah. I’m sure kowang dah tau sebutan yang betol, but since aku noticed ada jugak gang seangkatan yang sebut ala2 lidah melayu, moh belajar sesame.

Pekataan hari ini ialah:
BREAKFAST 
/ˈbrekfəst/

Kesilapan sebutan aku yang lalu ialah “break.fuhst” sebab literally ikot ejaan. Punyerlah trying too hard nak practice sebutan sampai lepas tuh jadik “breck.fuhst” pulak. Kerasnyer lidah aku nie. Semenjak tuh, aku asik pasang telinga dengar sebutan orang pulak “Wahh dia sebut betol!” atau “Ohh kita geng lidah keras -.-'!”