Showing posts with label 100 patah ucapan. Show all posts
Showing posts with label 100 patah ucapan. Show all posts

01 January 2014

Manisnya 2013 - Mas



Assalamualaikum dan salam tahun baru semua. 


Manisnya tahun lepas kan. Alhamdulillah. TQ Allah atas nikmat kesihatan dan kemampuan kpd kita semua untuk melaksanakan segala apa yg telah kita capai 2013. Setelah berehat setahun (2012) Mas dah balik ke asal (tapi lebih tembammmmmm-lah-sangatt!) dengan membeli motor baru, panjat Gunung Kinabalu utk kali ke2, kembali scuba diving, outdoor impromptu, dan paling berharga kini 3beradik completely insane with riding activities.. Hehe..  


Pencapaian lain masih blom nampak sangat, walaupun keje dah sploh tahun, tp masih level kuli je..tp apapun Alhamdulillah, masih ok lagi. Boifren? Ok,..yg tu lg laa takleh komen! Aww..  


Korang plak, cane?




25 August 2013

100patah RAYA!


Pada tarikh entry ini, kami buat 100patah gath pertame. Yeay!

Date: Ahad, 25/8/2013
Venue: Rumah Kak Fara (Tudung Kuning) @Lorong Kiai Sujak, Kapar, Klang
 

So yang ada di dalam gambar adelah:Didie, Farah, Mas, Mukeh, Dop, Dani, & Soul.

Time nih time raya jadi nampak agak kemeriahan suasana raya baju-baju sopan dan kacak embun gitu. Ngahaha..

Kak Fara, thanks for having us. Kami tinggalkan tuan rumah dengan rumah yang bersepah untuk dikemas. Aiyo!.. ngahaha..

Dan last but not least. Thanks to members yang sudi datang ke gath 100patah nih. Especially Dop lah sebab yang lain tu dah part of geng GLC.

19 August 2013

Ucapan Raya - Fara

Kuharap masih belum terlewat, untuk memohon kemaafan darimu sahabat. Semoga Ramadan memberi manfaat, dan Aidilfitri kau sambut penuh nikmat.

Sememangnya bermaafan itu sebaiknya setiap masa, bukan terhad di Aidilfitri sahaja, oleh kerana ketika Ramadan kita sudah berusaha, mengumpul harta bekal ke syurga, semoga kemaafan sesama insan menjadi pelengkap, kembali ke fitrah tanpa sekelumit pun dosa.

inshaAllah dengan izin-Nya…

Selama ini, kata-kataku mungkin berbisa, gurau sendaku mungkin tak kena pada tempatnya, Kau mungkin terguris, hatimu mungkin terhiris. Kau tahu aku bukan sempurna, tapi aku mahu mencuba, menjadi sahabat dunia akhirat.

Ikhlaskan hati kita, memberi dan menerima kemaafan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

15 August 2013

Ucapan Raya - Soul

Fakta raya some new, some routine for me this year...

Main bunga api & mercun pop-pop. Takbir raya. Gosok baju raya kain linen yang degil gila nak licin T____T. Carik sampin matchy2. Pujuk rayu anak pakai baju melayu. Salam raya. Family photos. Upload gambar kat instagram. Check whatsapp. Reply ucapan raya.  

Makan rendang/ lemang/ kuah kacang. Duit raya. Ziarah pusara arwah bapak and mom. Jumpa my sis & family kat Port Dickson. Tido dalam keta. Munch kuih. More photos. Layan kids. Layan traffic jam.

Selamat hari raya kengkawan online dan offline semua.


Hari bahagia, mari sama2 kita merayakannya dengan gembira.

10 August 2013

Ucapan Raya - Dani Neh

Dengan rendah diri dan menyusun jemari
Aku ingin memohon maaf jika ada terkecilkan hati
Terkasar bahasa, terover perangai, terlupa diri
TerExit whatsapp Group, termerajuk dan lari
Sungguh semua itu manusia dan emosi
Sejak azali tak boleh lari
 
Semoga semua mendapat kerahmatan Ilahi
Dan Peroleh kegumbiraan walau hanya happy sebab cuti
Dalam pada itu sentiasalah beringat di segala segi
Beringatlah masa makan supaya tidak merana ceri-beri
Beringatlah masa memandu supaya selamat ke destinasi
Beringatlah masa maen mercun supaya masih ada jari menulis entry
Beringatlah beringatlah supaya lepas raya tak sambung MC
 


Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin, ikhlas dari aku Nurmadani
 

 

09 August 2013

Ucapan Raya - Mas

Assalamualaikum dan salam 100patah (saje nk tukau salam 1Malaysia haha)
Disini saya nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua penulis dan pembaca 100patah sekalian yang dirahmati Allah sentiasa, insyaAllah. Harap semua dapat memaafkan saya yang tidak terlalu aktif untuk mengepost entry, dan keEMOan yang agak terlampau semasa menulis entry sendiri, maupun membalas komen, maupun menyepam thread2 yang ada.
Semoga satu hari nanti kita semua akan dapat bertemu muka; mana la tau ada reunion ke apa ke kan :) Sehingga itu, kita tunggggggu je lah!
 
Moga semua selamat pergi dan balik, walau ke mana jua destinasi raya korang.
 
Ikhlas
 
NP


08 August 2013

Ucapan Raya - Suhaila

Kawan-kawan 100patah..

Hampir setahun kite bersama di alam blogger dan whatsapp.. ade yg bertahun dah kenal.. ade jugak yang baru kenal.. tapi macam dah rapat sesangat.. dah bermacam-macam kita kongsikan bersama.. kite bergosip.. kiter bertukar info.. kite beronline marketing.. memang fun..

Maka sempena hari raya ni.. saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang  perkenalan kita.. saya ade terkasar bahasa dan terlanjur kata sampai ada yang terasa hati.. mahupun kecik hati.. saya jugak nak mintak maaf sebab jarang sangat buat entri kat sini.. saya manusia tak sempurna.. maafkan saya zahir dan batin..


Semoga anda semua dirahmati Allah dibulan kemengan ini.

05 May 2013

Kenduri


040513

Dah berbulan-bulan orang bercakap pasal pilihanraya.. dalam facebook setiap minit update isu pilihanraya.. tepi-tepi jalan orang berbaris berkempen pilihanraya.. and I had enough.. terlalu banyak kutuk-mengutuk yang keluar..


Hari ni rasa release sikit.. setengah hari berada di kenduri kawen anis.. kenduri yang simple yet meriah.. first time gi kenduri kawen yang ade photobooth.. with all the props.. jadikan end product dia sangat2 cute...  as I can see.. setiap tahun kenduri kawen ade je trend yang tersendiri.. and that makes the kenduri so unique..





So for both Anis & Shah.. semoga kehidupan anda berdua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.. aminnn.. 




08 March 2013

Penantian Dani



















Selalunya dia akan duduk sambil buat-buat tatau ada sesuatu menantinya. Senyuman yang mudah terukir, diiringi perasaan mengantuk yang setia menemaninya di ofis, dia pasti mengharapkan sesuatu yang indah, sekurang-kurangnya hari ini.

Pada hari-hari sebelumnya, dia tidak pernah jemu untuk memberi hint-hint "Nanti Jumaat tu ada apa eh?", takpun "Tayah susah-susah, yang simple-simple pun ok". Tak pernah pulak telinga yang mendengar ini berasa jemu dengan hint-hint comel tu.

Saya dengan rasa berbesar hati, menghadiahkan 100 patah mengenai "Penantian Dani" sempena besday dia hari ni. Semoga dirahmatiNya, berpanjangan kasih sayang segala buat dirimu. Amin!