Showing posts with label 100 patah cerita. Show all posts
Showing posts with label 100 patah cerita. Show all posts

07 September 2013

3 patah perkataan

Percaya tak dengan 3 patah perkataan mampu mengubah hidup kita? Mungkin kita tak perasan tapi bila dibaca balik memang make sense. Baru-baru ni aku tengok satu video pasal penunggang motosikal yang dilanggar lari. Melanting penunggang tu nauzzubillah. Alhamdulillah dia selamat tanpa sebarang kecederaan tapi lebam-lebam atau scratch sikit mungkin ada. Ntah macamana ada pulak pemandu kereta lain yang merakam video tersebut. Itu satu kebetulan atau memang dirancang? Wallahualam. Jika benarlah ia berlaku cuba renung 3 patah perkataan ini..”MERAH TANDA BERHENTI!”, “MEMANDU DENGAN BERHATI-HATI”, “JANGAN CUAI MEMANDU”, “SAYANGILAH DIRI ANDA”, “ANDA MAMPU MENGUBAHNYA”. Kebetulan terdengar topik ini di radio pagi tadi.

03 September 2013

Lagi pasal Minyak...

Rentetan harga minyak naik hari ni masih ada lagi status tak puas hati dari kawan-kawan. Memangla kita simpati kepada orang-orang yg susah tapi memerlukan kenderaan untuk meneruskan kehidupan seharian tapi janganla mengomplen sampai tak ingat dosa pahala. Kita tak tahu perkara sebenar sesahih-sahihnyer kenapa harga minyak naik jadi cukup-cukupla mengata, memaki atau menyumpah orang. Biarlah Allah je yang balas perbuatan-perbuatan tak baik yang dilakukan oleh orang yg bertanggungjawab. Kita seharusnya fikir bagaimana nak meneruskan kehidupan untuk hari seterusnya agar kita sekeluarga bahagia walaupun terpaksa hidup tak mewah. Carilah rezeki seikhlas yang boleh insyaAllah Allah tengok usaha kita dan menggandakan rezeki.

02 September 2013

Minyak naik harga lagi!

Harga minyak naik lagi. Berderap status update kat fb duk komplen, perli-perli, luahan perasaan tak puas hati. Aku tak komplen ke? Bukan tak nak komplen tapi itulah hidup. Kejap naik kejap turun. Allah nak uji hamba-hamba dia macam-macam cara. Kite perasan dengan tak perasan je. Cuba istiqamah diri sendiri. Aku ni banyak berbelanja yang tak sepatutnya kot. Hutang banyak tapi berbelanja macam takde hutang. Haaa Allah pun kasilah hint kat aku. Menyimpan lebih baik dari membeli. Tapi kita kan manusia mana boleh tak membeli. Boleh je membeli tapi sentiasa beringatlah. Cukup-cukupla mengomplen dan menambah dosa yang memang dah banyak ni.

29 August 2013

Tragedi ngeri

Tragedi bas terjunam kat gaung di Genting Highlands baru-baru ni sangat ngeri dan menakutkan terjadi kat Malaysia. Seumur hidup aku dah 31 tahun ni belum pernah lagi aku dengar kat Malaysia berlaku kejadian macam ni. Kalau kat luar negeri tu banyakla kot. Baca paper pasal pengalaman dari org yg survived, dorang kata penumpang-penumpang jatuh tertindih macam sandwich! Mula-mula dengar suara dorang menjerit lepas sekejap tu senyap dah semua. Maksudnyer semua dah meninggal! Kesiannyer mangsa-mangsa dan ahli keluarga mereka. Siapa nak kita marah atau salahkan? Penumpang yg terselamat kata pemandu bas tu yang memang cuai sebab memandu dalam keadaan marah! Astaghfirullahalazim…

20 June 2013

Perjalanan Malam (yang patut kita tahu)



Dari zaman sekolah rendah, masuk sekolah menengah kerapkali gembira bila dapat cuti. Gembiranya cuti. Biasanya selepas cuti sehari di tengah-tengah minggu itu pasti akan ada ustaz ustazah sekolah mahupun ustaz ustazah jemputan  ceramah  Isra’ dan Mikraj.



Cuti dan ceramah


Sekdar itu pengertian tentang perjalanan Nabi SAW diwaktu malam, tentang buraq yang pantas dan permulaan perintah bersolat.

Cukup sampai situ yang aku tahu dan ambil tahu.


Lebih memeranjatkan pada umur hampir 3 dekad hidup. Baru kali ini. Baru Isra’ dan mikraj ini aku buka tafsir Surah Al- Isra’


Subhanallah.

Alhamdulillah

Allahuakbar

Menggigil. Maka aku isytiharkan diri aku WAJIB baca sekali seminggu!


18 June 2013

Sempurnakah solat kita?

Aku selalu tertanya-tanya tentang bagaimana seseorang itu melakukan solatnya. Dalam kehidupan seharianku solat di dalam surau di mana-mana jua tempat, sedang nak solat ada insan lain disebelahku ingin menunaikan solat. Aku baru membaca separuh doa Iftitah tapi insan sebelahku ini dah mula rukuk. Just wondering bacaan dia dengan bacaanku xsamakah? Yang xsama mungkin kelajuan bacaan atau surah tapi isi utama mesti sama ye x? Dia terus baca Al Fatihah ke? Xbaca Iftitah ke? Lajunyer dia baca. Tajwid, makhraj sempurna ke? Iftitah tu sunat atau wajib dibaca? Aku rujuk internet dan buku semua ada Iftitah tu. boleh tolong explain x?

13 June 2013

Cerita Seketul Daging

Lain di luar lain di dalam.

Tak sama. Tapi hampir serupa.

Di luar.

nampak gagah macam gajah. Mampu angkat batang pokok besar sehingga menimbulkan gerun dihati yang lebih kecil. Nampak dari jauh macam sukar untuk dijatuhkan. Ditakuti serta digeruni. Waktu gembira bisa berlari sana-sini sampai tak pandang apa-apa ditepi. Kalau bisa redah memang semua gigit jari. Tak peduli. Tak kisah langsung apa yang nak jadi.

Didalam.


Ada seketul daging tak tak nampak dengan mata kasar. Tapi boleh dirasai sendiri. Lembut.mudah terluka. sensitif dan kadang-kadang langsung tak munasabah. Aneh. Walau dibalut fizikal gagah namun hati nan seketul itu mudah benar rabak sampai terkoyak-koyak. Sakit.

01 June 2013

Peluang Keempat - Dani

Macamana aku jumpa Isteri aku.

Mulanya masa kenduri kahwin Salim. Kalau kenduri classmate selalu jadi mini reunion. Aku perasan seorang awek nih tapi tak ingat siapa dia. Lepas riki-riki rupanya Marlina. Cun oh sekarang.

Kali keduanya masa Reunion Class of 1994. Reunion sekolah rendah aku. Dalam ramai-ramai aku spot lagi Marliana. Khabarnya masih single.

Kali ketiganya masa kenduri doa selamat Arwah Cikgu Mael. Err, takkan aku nak tegur masa tu macam tak sesuai.

Finally peluang keempat aku untuk approach Marliana, masa kenduri kawan baiknya Ayu. Tapi Marliana dah anak satu. Kecewa. Nasib baik Ayu ada adik, Zubaidah.. isteri aku sekarang.

31 May 2013

Perpustakaan


Perpustakaan.

Walau bunyi macam bosan tapi tak pernah menghampakan, biasanya sejuk perpustakaan buat mata mahu pejam walaupun dihadapan menimbun kerja menunggu untuk dikerjakan!

Perpustakaan di Bandar tempat aku diam tak ubah macam istana yang sunyi dan kusam.
Tapi kelmarin aku mampu senyum kerana ada perpustakaan komuniti 1 Malaysia buat kami,
Seluruh perasaan kecewa yang aku pendam seakan hilang bersama senyum nampak gigi

Dah lama aku impi perpustakaan moden dengan interior mengancam, lalu aku jadi penunggu disitu saban hari sampai tiba malam !

Tapi semalam gembira aku sudah padam

gara-gara peraturan baru tak benar aku menumpang,
mengecas laptop yang sudah padam!

17 May 2013

Sa Sa Sayur


Kau suka makan sayur?

Aku suka. Sangat suka. Jadi aku tak berapa faham kenapa orang tak suka makan sayur. Banyak gila khasiatnya. Tak patut betul kalau orang tak suka makan sayur. Kasihan sayur-sayuran itu. Tapi antara sayur yang dimasak dan belum masak, aku lebih suka makan sayur begitu saja (eh… eh macam roti Gardenia pula). Sebab sayur yang belum dimasak adalah lebih manis dan sedap berbanding sayur yang sudah kehilangan vitamin selepas dimasak. Rangup pula itu. Manis dan tak pahit langsung.

Kalau tak percaya cuba makan sayur kobis.

Secara mentah-mentah.

Memang manis aku cakap kau. Tak percaya cubalah buat eksperimen.

27 April 2013

Tentang 23 April si Hari Epic

Hari ni 23042013.

Dua lagu aku dengar menimbulkan emosi yang syahdu tatkala pandangan dilempar ke luar tingkap dan nampak burung-burung berterbangan berlatar-belakangkan bukit kehijauan di luar bangunan hostel aku. tempat aku mentelaah hadap laptop, memang menghadap hijau bukit dan birunya langit.


Allah ubatkan resah aku hari-hari. Pernah berhari-hari aku tak keluar dari bilik ni. Masak dalam bilik. Menunjukkan betapa selesanya bilik ni.

Ni gambar aku ambil masa bulan Februari. Kebetulan si merpati singgah. View dari tingkap tempat menelaah.



Dan lagu mampu membangkit jiwa.








Mungkin citarasa lain-lain. Tapi, dua lagu ni, menjemput melankolik lalu terkenang suatu kebesaran. Hati kembang goosebumps. 

Allahuakbar~




24 April 2013

Setia Gila


Aku setia.

setia gila sehingga hilang logik dan hukum mantik.

Aku setia tapi aku sering gagal letakkan setia aku ditempat yang sepatutnya.
Aku setia menggunakan jenama dan jenis  pensil mekanikal yang sama sejak aku tingkatan dua. Aku masih membeli kasut yang sama setiap kali yang lama rosak dan dicampak.

Aku tak pandai menduakan

Beg. Kasut. Telefon bimbit

Aku mungkin bukan perempuan normal yang suka padankan kasut ikut baju dan beg tangan. Aku berat sebelah terhadap dua benda sama fungsi yang aku ada.
Aku guna kasut A sampai lunyai dan aku selalu lupa aku ada kasut B.


Aku setia, tapi gilakan?

22 April 2013

Mencari Hidayah




“akak, saya suka tengok akak pakai baju lengan panjang macam ni, nampak cantik sangat”


Itu Adila a/p Itam yang baru sahaja aku kenal 3 bulan.

Aku pernah berfikir sampailah aku tak boleh tidur hanya kerana dia bumiputera (asli) bukan Islam dan aku tak tahu apa yang aku boleh buat supaya hati dia tertarik pada Islam. Aku tak pandai nak berdakwah hingga mampu tanamkan tauhid dalam hati dia.


Tapi aku lupa Rasulullah contoh terbaik yang hebat akhlaknya sehingga mampu buat orang jatuh cinta pada Islam. Jadi sekarang aku sudah ada SOLUSI
BAIKI DIRI, TUNJUK AKHLAK ISLAMyang sebenar. Moga dia jatuh cinta!

17 April 2013

Adik Penggalas Raga



Si kecik comel berlegar-legar jalan dan kadang menyelit di tengah keramaian orang yang wujud dalam petang sedikit bahang. Mencari seberapa banyak kesudian untuk sekurang-kurangnya separuh dari apa yang digalas dihadapan perut kempisnya hari itu, menjadi rezeki pulangan untuk dirinya dan rezeki santapan manusia yang berjumlah lebih dari apa yang digalasnya itu.

Semangat tak luntur.
Malu ada tapi redah saja.
Demi ibu yang bersusah-payah, dia bantu melariskannya.

Tempeyek kacang ikan bilis, tempeyek kacang dal, dan pelbagai lagi. Satu RM2 saja.

Masih kecil, petah berbicara, gigih menjaja sini dan sana.

Buat adik penjual kerepek Taman Tasik Darulaman Jitra, akak nak beli lagi.

28 March 2013

Er.. En. M


Anak kami payah sikit untuk tidur pada waktu malam sebab kepanasan. Dia mesti gelisah sebab tido berpeluh. Kami pun pergi menempah air-cond.

Selesai air-cond dipasang di dalam bilik kami. Suamiku En. M pun pergilah kerja. Kebiasaannya En. M memang akan pulang lewat dari kerja. Dia memang seorang yang agak berdedikasi dan komited dengan kerjayanya.

Sewaktu makan malam aku mendapat panggilan darinya, 

“B, Hadi ok?”
“Ok je. Suka dia air-cond tu” ujarku.
“Oh ada lubang bawah pintu tu B kena tutuplah.” pesannya.
“Lubang?”
“Ala ada ruang bawah pintu tu, B cari la storyboard ke guna untuk tutup.”
“Storyboard?”

Aku cam… Er..

24 March 2013

Pesta Buku 2013

 
Bagi mereka yang jauh diutara macam aku ni memanglah pesta buku tu mengujakan. Sanggup turun KL semata nak beli buku. Tahun lepas pesta buku aku histeria beli buku sampai demam  gara-gara usung buku banyak naik keretapi.

berbaloi sebab beli buku stok untuk setahun.

lama tak bertapa dikedai buku sambil beli buku. Sekali-sekali terjah kedai buku sebab nak hirup aroma buku.

Tahun ini aku kena pastikan ada simpanan yang cukup untuk borong buku masa KLIBF nanti.

26 April 2013.

Sekarang aku jual buah potong di kedai mak. pendapatan sehari RM20.

 Aku harap aku punya duit yang cukup untuk borong buku lagi





17 March 2013

Nenek dan Ekonomi Terancang



Semua orang pun ada nenek. Kami panggil  nenek TOK (panggilan orang utagha)

Kedua-dua nenek aku ahli ekonomi

Aku mengemas meja lepas makan
 jangan buang lebihan kuah kari! Besok boleh buat cicah roti.

Aku menyapu sampah
 jangan buang getah tu, nanti boleh guna ikat apa-apa!

Aku beli kerepek buat kudap-kudap!
kenapa tak buat sendiri? Senang aja buat kerepek. Meh sini tok ajar.

Tok memang tak suka kalau kami beli-beli-beli sebab semua dia pandai buat sendiri. Jadi kalau balik rumah dia, sembelih ayam , kutip sayur di belakang rumah, petik limau untuk sirap limau! Patutlah selalu jumpa duit bawah tilam!

Ekonomi terancang!

25 February 2013

Jangan! Jangan! Jangan!

Orang-orang tua sinonim dengan pelbagai pantang larang. Pernah tak kita ada perasaan tak setuju? Kurang setuju atau mungkin kita pernah berkali-kali tak setuju tapi diamkan saja?


Jangan duduk depan pintu nanti banyak halangan hidup

Jangan masak sambil menyanyi nanti dapat suami tua
Jangan makan dalam periuk nanti hujan lebat masa kenduri kawin

Jangan,jangan, jangan,

Tapi

Pakar motivasi era baru berpesan “anak harus dididik untuk meneroka, biar mereka merasa dan tidak seharusnya menggunakan perkataan JANGAN!

Hari ini adik ipar menegur aku

“jangan meratah lauk,mak saya cakap nanti kahwin lambat”

“oh ye? Ingatkan sebab qada dan qadar?”

Aku senyum dan blah segera!