Showing posts with label 100 patah kenangan. Show all posts
Showing posts with label 100 patah kenangan. Show all posts

01 January 2014

Manisnya 2013 - Mas



Assalamualaikum dan salam tahun baru semua. 


Manisnya tahun lepas kan. Alhamdulillah. TQ Allah atas nikmat kesihatan dan kemampuan kpd kita semua untuk melaksanakan segala apa yg telah kita capai 2013. Setelah berehat setahun (2012) Mas dah balik ke asal (tapi lebih tembammmmmm-lah-sangatt!) dengan membeli motor baru, panjat Gunung Kinabalu utk kali ke2, kembali scuba diving, outdoor impromptu, dan paling berharga kini 3beradik completely insane with riding activities.. Hehe..  


Pencapaian lain masih blom nampak sangat, walaupun keje dah sploh tahun, tp masih level kuli je..tp apapun Alhamdulillah, masih ok lagi. Boifren? Ok,..yg tu lg laa takleh komen! Aww..  


Korang plak, cane?




Manisnya 2013 - Soulie

Tiap2 tahun harapan yg sama cuma ayat yg berbeza. But of course 2013 has its special moments. 

I got my new ride, first time merasa full bonus, threw a birthday party for Qeeb and i’m sooo gonna print photos of him crying in front of his birthday cake for 3 years in a row and most probably a video montage on his wedding, I read more books even though most of it were only 5 pages.

I’ll definitely treasure all the small things that make me smile. All those ups and downs are just a part and parcel in life. 

01 September 2013

Masa Kecik-kecik - Mas

Kecik² adalah zaman terbaek idup aku (idup korang aku tak sure la kan?) zaman kita dimanjekan tahap oltromen, bergaduh dgn adik² pon seronok tahap gaban, makan tak kesah pasal kuros gemok.. sbb sume makbapak  tanggung.

Kecik² dulu aku gangster tauuuu (er, sampai beso rasanya! haha) sape dajalkan aku, akan dapatla balasannya kan.. paling aku ingat adalah budak kelas (anak cikgu plak tu!!) dia tarik tudung aku sbb nk tunjuk kat kawan² yg aku ada rambut GQ. Hahaha!! petang tu abis sekolah, aku ajak jo panggil budak tu dan blasah dia blakang kelas. Lepas² kejadian tu, kami jadik geng plak. hehehehe

14 August 2013

Kenangan raya Didie - Part 3

Lelaki tu sebenarnya polis yang memang sedang mencari aku di mana mak dan induk dah menungguku di balai polis rupanya! Aku tengok mak pon nangis teresak-esak dan terus memelukku. 

Mak cerita padaku balik yang dia tersedar aku hilang masa dalam bas sebab dia cari aku xjumpa! Terus dia ke balai polis buat report anak hilang. Nasib baikla kes kanak-kanak hilang masa zaman aku kecik-kecik tak sebahaya sekarang. 

Kami balik rumah nenek dan rumah dalam keadaan yang riuh rendah lepas dengar berita aku hilang. Semua orang bertanya macam mana aku boleh hilang. Kids being kids la kan senyum dan cerita saje.

13 August 2013

Kenangan raya Didie - Part 2


Dah leka tengok mainan org aku lepaskan tangan mak yang sedang memegang aku. Nak pegi tengok lagi dekat mainan dia. Sempat jugak aku senyum kat budak cina tu. Hehe Dah agak lama terralit aku pon menoleh kebelakang nak cari mak. 

Alamak! Mak xde! Induk pon tak nampak! Mana maaakkk??!! Aku menangis sendirian dan tiba-tiba aku didatangi dua orang lelaki yang tidak dikenali. 

Masa tu memang aku tengah nangis sakan. Dua lelaki tadi ambik aku dan bawak masuk ke dalam kereta. Tanpa berfikir panjang aku ikut je sambil nangis teresak-esak sebab takut. Lelaki tu cuba memujukku dengan menghulurkan  sebiji buah epal.

12 August 2013

Kenangan raya Didie - Part 1

Kenangan raya aku yang paling terkesan sekali dalam hati adalah masa umur aku 8 tahun kot. Tahun tu turn beraya di kampong belah mak kat Alor Gajah. So kami sekeluarga biasanya akan pulang awal sehari sebelum hari raya. 

Petang bantai tu, mak and induk nak pergi ke pekan Tampin buat last minit shopping. Tak ingat plak mak cari apa masa tu tapi aku memang ikut dorang sekali laaa. Tengah mak and induk leka menyopping, aku pon leka tengok mainan yang dipegang sorang budak lelaki cina. 

Memang ralit betul menengoknyer sampai tak kelip-kelip mata mandang. Bestnyer mainan budak tu getir hati.

04 August 2013

Tanah Haram

Saja nak share kegembiraan dengan kawan2 yang saya telahpun selamat kembali ke tanah air setelah balik dari Umrah. First day puasa saya bersahur di Malaysia dan berbuka kami di Madinah. Subhanallah. Pengalaman yang cukup berharga bagi diri ini kerana pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Haram dan berpuasa pulak di sana. First day sampai di Madinah saya berpuasa hampir 17 jam lamanya tetapi Alhamdulillah sedikit pun rasa lapar atau dahaga tidak menjengah! Panas?? Ya memang panas tapi Allah melayan kami tetamunya dengan baik sekali. Dia hilangkan rasa penat,lemah sebab jauh perjalanan dan memudahkan setiap urusan kami di sana. Syukur Alhamdulillah.

11 July 2013

Pelangi Malam



Meniti pelangi malam. Suatu impian yang tidak mungkin terjangkau. Suatu fantasi dari kehidupan di sebelah sini. Cuba lah google. Lihatlah website teratas yang muncul. Blog usang, lama tidak terusik. Sesekali tertawa membaca link blog rakan-rakan seperti ahmad NADia, ahmad JAIs, Nurul Syuhada Nurul Ain dan lain-lain. Entah masih hidupkah blog mereka? Entahkan sama bersawang macam blog aku.Haha…

Pelangi malam. Sungguh. Pengetahuan manusia itu sangatlah cetek. Ku fikir mustahil ada fenomena alam seperti itu di dunia ini.

Hinggalah. Pada suatu petang. Di dalam pesawat AK5242 ke Bintulu. Apabila aku terbaca suatu artikel di dalam majalah Travel 3sixty

Subhanallah…Indahnya pelangi malam itu..


02 July 2013

Er.. Kawan ku yang Over

Ade satu hari tu aku dengan sahabat jalan-jalan kat KL as in area Jalan TAR. Itu selalu menjadi port jalan-jalan kami sebab kat depan Pertama tu turun bas pastu naek komuter depan Bank Negara untuk ke Shah Alam.. tempat belajar.
Ade satu tengahari tu kitrang lapar and decide nak tapau Mc D sebab nak balik. Masa ni tak aware on the Israel thingy dah lama dah ni. Ramai gak masatu. Beratur-beratur sambil berborak. Sampai aje kaunter,
“Saya nak set Burger Samurai tapi air nak tukar Air Milo…. Saya TAKE OVER yeh!”, ‘take over’ sahabatku.
Aku dan cashier girl cam… Er..

01 June 2013

Peluang Keempat - Fara

Teringat filem 80-an, “Darah Satria” lakonan Aman Shah. Kenal? Ada satu adegan yang Aman Shah balik kampung, syok2 tunggu awek idaman (lakonan Lydiawati) lalu depan rumah, tiba2 mak dia suruh angkat tong gas..  bila sampai semula di halaman, si-awek baruuu je berlalu.. terlepas peluang nak mengurat. Satu lagi, malam pertama lps nikah, dia dipanggil bertugas.. terlepas lagi!!!! ekekeke…

OK, serious.

Peluang bukan dinanti, tapi dicari. Terlepas sekali bukan penyebab berhenti. Ada akal dan kudrat, pandai2lah melihat. Pensil tumpul pun perlu diasah. Sekali gagal, carilah peluang kedua, bukan berserah. CARI. Lagi, lagi dan lagi…


Manalah tahukan, kejayaan ada pada PELUANG KEEMPAT?

25 May 2013

Terapi Minda


Dulu..

Aktiviti yang paling seronok dilakukan semasa hati tengah kacau adalah duduk di kedai makan sambil memerhati gelagat orang.. aku tak tahu lah orang lain.. but untuk aku.. aktiviti macam ni berjaya men-distract-kan otak serabut aku dari memikirkan masalah2 dalaman sekejap..

Seronok sebenarnye tengok gelagat orang.. tengok cara orang bercakap.. berjalan..ketawa.. bergosip.. kadang-kadang kalau nasib baik  dapat tengok orang bergaduh.. menangis sume.. Cuma yang tak syok bile ade budak2 yang tak cukup umur dok ber’cinta’ depan mata.. haduii sakit jadinya mata..

Ape-ape pun.. kalau nak memerhati gelagat orang kena pandai cover.. takut orang cop stalker pulak nanti.. naya je.. hahahaha..

22 May 2013

Er.. Kawan ku dan Winamp

Familiar tak korang dengan Winamp?

Kalau dulu masa zaman aku belajar setiap PC mesti ada Winamp. Kalau ada 6 PC kat dalam hostel, semua mesti ada Winamp untuk memainkan klip-klip lagu MP3 masing-masing.

Selalunya setiap PC mesti ada speaker. Speaker memang berguna bila tengok movie atau mendengar radio secara berjemaah. Tapi ada juga kejadian yang 2-3 PC pasang lagu berlainan dari speaker masing-masing.

Tapi al-kisah kawan aku nih, dia akan synch kan lagu yang sama pada setiap PC yang berlainan untuk berbunyi serentak. Dia akan godek Winamp setiap PC sampai lagu tu berbunyi serentak. Itu hobi dia.

Aku cam… Er..

10 May 2013

Sesuatu yang tidak diduga

3.5.2013 adalah tarikh terakhir kontrak kejeku tamat dan hari itu adalah hari cutiku sebelum memulakan keje dengan status tetap dalam syarikat. Ya aku sangat gembira tidak terkata di atas status baru yang sekian lama ditunggu. Tetapi tanpa diduga pada tarikh yang sama juga anak saudaraku, Aqil Hamzah pergi bertemu Penciptanya. Aqil diserang demam panas dan jangkitan paru-paru. Doctor mengesahkan Aqil diserang bakteria Streptococcal di mana bakteria itu telah menyebabkan keseluruhan organ badan aqil rosak. Ya Allah luluh hati ini melihat tubuh anak kecil disambung dan dicucuk dengan wayar berselirat. Semoga parents Aqil tabah dan kuat menghadapi ujian dari Allah swt.

01 April 2013

Rindu Itu

Bangun pagi, tetibe kebasahan. Aik? Tade mimpi tade ape, tetibe melekit tapi wangi.

Ketika ke koridor nak amik towel, tengok-tengok sume towel dah diikat-ikat disambung di penjuru blok A ke penjuru atas blok B. Bersilang-silang.

Di tengah padang, sebuah piramid dibina daripada meja kelas. Dem! Kesian kelas sape yang kene tu.

Di pemegang tangga plak, diletakkannya Colgate. Konfem bila nak bergegas turun ke perhimpunan, tak pesal tangan berlumuran Colgate.

Bile jenguk ke bawah, kasut-kasut hitam sekolah disusun menjadi 'APRIL FOOL'.

Demm!!! 1 April kottt!!!

Rindu tuuu zaman April Fool di asrama.

Ohh melekit tapi wangi tu adalah Syampu Aloe Vera.

Rindu Itu..


Suatu peristiwa pada suatu waktu.. baru sahaja berlaku.. di satu pulau persendirian di negeri perak.. kami berdua..

Selepas selesai bersarapan berat.. kami mengambil keputusan untuk berjalan2 di persisiran pantai.. sambil sembang-sembang.. sambil main air.. sambil ‘cuci’ mata tengok minah-minah omputih berjemur..

Tiba-tiba dia bersuara..

“akak pernah tak rase rindu kat seseorang sampai rase nak buat ape pun tak boleh.. nak buat keje pun takde semangat..”

“err… pernah.. tapi rindu nak makan something la.. bukan rindu kat orang.. yang tu belom lagi.. hahaha”

“cet.. tu bukan rindu..itu mengidam namanya.. hahaha”

Tapi.. serious..betul ke dahsyat camtu sekali bila merindukan seseorang yang disayangi..

23 March 2013

Er.. Kawan ku yang sopan


Aku ade seorang kawan.

Dia memang seorang yang berbudi bahasa. Elok tutur kata bila dengan kekawan. Suka gelak jenis terbelahak. Putih gebu orangnya. Cuma dia nih kalut-kalut sikit yang juga menambahkan aset kecomelan dia.

Kat asrama kami ada Musollah yang biasanya digunakan oleh pelajar Tingkatan Satu.

Time solat Asar selalunya kami kalut ramai-ramai sebab balik dari prep nak kene siap mandi, solat dan ke dining hall untuk siapkan meja makan. Dalam pada reramai kalut nak solat Asar tuh, aku terlanggar sikit buntut kawanku yang sopan tersebut yang sedang rukuk.

“Opps, Sorry Sorry” sopan je dia punya bahasa.

Aku cam… Er..

22 March 2013

Er.. Kawan ku Dory


Aku ade seorang kawan.
Dia kekadang cam Dory sket. Short Term Memory Loss.

Masa time belajar dulu kitrang suke tengok wayang. Selain dari melepak berejam-rejam kat MPH sampai jurujual asik pandang ‘slack’ aje. Maklomla student. What more nerdy thing to do.

Satu ari tu teringin lak nak makan waffle kat A&W kat tepi wayang tu. Kitrang pun singgah. Sedapnye Waffle dengan ais krim. Nyum Nyum..

Selang beberapa minggu lepas tu. Kami pergi lagi tengok wayang hasratnye.

 “Eh Dani, aku pernah makan kat A&W tu dulu dengan kawan aku. Sedap aku tengok dia makan waffle dengan ais krim.

Aku cam… Er..

09 March 2013

Roti Inti Milo


Sewaktu sekolah rendah duhulu, setiap kali cuti panjang hujung tahun mesti kami adik-beradik hendak balik ke kampung. Kampung kami nun di Kelantan. Yang bestnya adalah hujung tahun, mesti Musim Tengkujuh jadi kami boleh bermain air banjir. Abah Tok mesti buatkan kami rakit batang pisang. Di kampung, saya manja dengan Long Nah, Ibu saudaraku yang dikategorikan OKU. Tidak pada mata kami kerana hatinya besar, rajin dan tidak pernah marah. Waktu petang sejuk-sejuk selepas bermain air banjir, Long Nah pasti akan buatkan Roti Inti Milo untuk kami. Sekarang baru saya sedar, bukan mudah untuk mambuat Roti Inti Milo dengan hanya sebelah tangan

02 March 2013

Rumet


Dulu masa zaman universiti, rumet aku bukanlah seorang yang suke melepak. Dia memang pandai, skema tapi tidaklah kacak. Tapi dia mampu menjana pendapatan melebihi 1000 sebulan, hanya dengan mendownload anime, burn dan menjualnya kepada hantu anime sepertinya.

Tak pernah sekalipun aku berjaye ajak dia makan skali, sebabnya dia terlampau busy dengan bisnes anime tu. Sampai satu tahap, aku ajak dia lunch camni "Bro, jom lunch CD kat Lowyat nak?" Dia terus on!! Demmit! Bukan nak lunch sebab ayam goreng ker, nih lunch CD je terus on! Sejak hari tu, aku terpakse ajak dia lunch CD, anime takpun .

Gilee saiko!

01 March 2013

Cinta Monyet



Hari ni dia tayang gambar tadika berhingus yang aku tak ingat apa motif. Tiba satu ketika, gambar terbang secara otomatis ke luar tingkap lalu mendarat di bumbung konkrit luar kelas kami yang berada di tingkat dua (sebenarnya aku lupa macam mana gambar tu boleh keluar tingkap).

Aku dengan macho mengeluarkan skill heroin bergaya capai penyapu sawang. Mulakan strategi menghulur pemegangnya keluar tingkap, menolak gambar berupa memegang segulung ijazah tadika yang sekeping tu jatuh ke aras tanah.

*sejam kemudian* (kot)

“Nah”
*aku buka sampul*

Lukisan Power Rangers atas kertas pink dengan ucapan terima kasih. Buka lagi lipatan, gambar tadi.

Sekian Darjah3.