Showing posts with label 100 patah wanita. Show all posts
Showing posts with label 100 patah wanita. Show all posts

09 June 2013

EOS Lip Balm Sweet Mint




CUTE!
Its sphere design makes it very handy and can easily be found digging through my handbag. It’s also has an easy twist to open.

The Sweet Mint is one of EOS’s (Evolution of Smooth) Smooth Sphere Lip Balm line. Love the peppermint taste. Beats chewing Wrigley’s Spearmint gum. It also gives a cool effect when applied. The ones like when you put on Lip Ice. The cool icy feel lasts about an hour but my lips stayed moisture for a long time.

Its colourless which makes it easy and fast to apply, don’t need a mirror it won’t smudge.
 

 
 

 

29 April 2013

Jenis-Jenis Beg (Bahagian II)

Satchel

Satchel hari ini biasanya mempunyai pemegang pendek untuk pemakaian di lengan. Boleh juga didatangkan dengan tali untuk pemakaian di bahu atau secara bersilang.



Clutch

Umumnya, clutch bersaiz kecil, tidak bertali dan direka supaya boleh dibawa dengan tangan.

Terdapat juga clutch yang disertakan dengan rantai besi atau tali kulit yang boleh ditanggalkan membolehkan ia dipakai dengan menggantungkannya ke bahu menjadikan ia “crossbody”.



Wristlet

Bersaiz kecil seperti clutch. Bagaimanapun, ia berbeza pada tali yang boleh dimasukkan ke dalam pergelangan tangan (wrist) yang biasanya terletak di bahagian tepi.


Dalam video di bawah, lihat bagaimana beg “crossbody” boleh bertukar menjadi clutch dan wristlet.

23 April 2013

Geran SKMM (GMBO)

GMBO adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro untuk melonjakkan perniagaan atas talian. RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak seperti di bawah: 

-Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita
-Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat; 
-Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif
-Mempunyai akses atau capaian perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar melalui langganan atau ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M); 
-Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan 
-Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM200,000 setahun.

10 April 2013

Jenis-Jenis Beg (Bahagian I)


Ibarat manusia, beg ada pelbagai bangsa dan jenis. Jika manusia ada bangsa seperti Arab, Afrika, Eropah, beg pun ada bangsa Gucci, Prada, Louis Vuitton dan sebagainya. Jika manusia ada pengkelasan darah A,B,O dan AB, beg juga ada pengkelasan tersendiri; ada jenis hobo, tote, satchel dan lain-lain.  


Hobo 

Kebiasannya, hobo bersaiz besar, berbentuk bulan sabit dan mempunyai pemegang yang cukup panjang untuk disangkut ke bahu. Material digunakan lembut dan fleksibel. 




Tote 

Kebiasannya, tote bersaiz sederhana ke besar dengan dua tali atau pemegang selari dari sisi beg yang boleh digunakan untuk dibawa dengan tangan atau jika cukup besar, boleh disangkut ke bahu.